Thursday, July 28, 2011

Bengang Bengang Bengang...

Bengang bengang bengang, bengong bengong bengong!

Tiap-tiap hari buat-buat silap nombor. Tiap-tiap hari operator dari syarikat yang terdesak, telefon tanya nama orang lain. Bila kali pertama Riza kata salah nombor, dia minta maaf. Kali kedua dia minta maaf lagi, Riza kata tak pe... walaupun dah tahu ini sengaja nak mengenakan orang. Kali ketiga bila kita marah, dia terus kata,"Puan tak nak cuba ke skim perlindungan kita ni?".. Arggghhhh!! Agak-agak la nak menipu pun. Kalau nak berlakon, meh sini Riza ajar cara berlakon. Jangan la dok mendesak orang sampai macam ni.

Esoknya suruh orang lain pula call. Semalam lelaki, hari ni perempuan pulak! Mana etika kerja korang ni? Mana etika perniagaan? Sampai begitu sekali bos-bos mereka didik mereka untuk ganggu hidup orang?

Macam-macam panggilan yang masuk, sedangkan itu talian peribadi Riza. Maknanya apa tu? Siapa yang edarkan nombor telefon Riza? Kebarangkalian ahli keluarga 0.01%. Kebarangkalian syarikat telekomunikasi? ATAU orang-orang yang bekerja di sana? ...hemm... Bila buat report, dikatanya mereka tak boleh sekat... Tak logik! Sebabnya, ada yang siap boleh mention nama dan butir-butir peribadi kita! Kalau setakad info kat fb tak pe, ini butir akaun kita dibank dan bil telefon!

Memang bengong!

4 comments:

Azura Mendezz said...

Kak..nasib baik i bukan artis..
do xkisah kalo xjawab nombor yg xkenal..
hehe! =P

Shahriza Mahmud said...

sama je zura...derang ni tak kira sape pun... :)

Azura Mendezz said...

tp leaking source about us is evwhere now la Sis dear..
mcm2 sumber diaorg ley dpt detail ttg kita..
kalo yg keje bank tu lg la..ujung jari je kot??
sabo aje la erk??
maki jek cukop2..biar dia tketar2 bila bce remark kt call tu "dispute call"..
OPS!!Hehe! =P

Shahriza Mahmud said...

yeap.. exactly.. makin susah nak jumpa orang yang jujur dan ada pendirian utk tidak bocorkan maklumat orang lain.. semua pikir nak untung cepat.. contohnya jual email kita, jual nombor telefon kengkawan and so on... haishhh....