Sunday, July 31, 2011

Ramadhan, Aku Cinta Padamu...

Setahun sekali aku bertemumu wahai Ramadhan. Keindahan dan kedamaian sepanjang waktu yang kau bawakan banyak meninggalkan kesan di hati dan merubah banyak gelora amarah yang tidak menentu. Kami bersatu di bawah satu payung. Satu dunia bersamamu Ramadhan. Datangmu amat dialu-alukan. Pergimu, membuatkan kami teruja menyambut Syawal tanda kesyukuran dapat bersamamu selama sebulan.

Tahun mendatang pasti aku menanti kehadiranmu semula di sisi...InsyaAllah... Dikesempatan ini, aku doakan agar seluruh umat Muhammad s.a.w dapat bersama menunaikan ibadah yang terkandung sejuta kemanafaatan kepada kita semua...aminnn....

Sama-samalah kita berjimat cermat mengawal perbelanjaan...Berbuka puasa ala kadar asal sampai maksudnya. Semoga tidak tertanggung bahana yang tidak diperlukan. Persediaan untuk Syawal harus ada perkiraan. Ingatan ini untuk diriku jua, kerana mata dan nafsu kebendaan sentiada ada di mana-mana... hehe... :)


Selamat Menjalani Ibadah Puasa wahai sahabat!

***

Saturday, July 30, 2011

Ex-Student Akademi Filem Malaysia (AFM) berkata...

Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah 21 tahun sejak Riza mula menjejakkan kaki di Akademi Filem Malaysia (AFM). 1990, Riza merupakan batch kedua, kami diajar dengan pelbagai subjek filem secara teori dan praktikal. Bermula dari penulisan skrip , pengambaran, editing sehingga kepada pengarahan, semuanya didedahkan kepada kami. Tenga pengajar terdiri dari pensyarah industri dan dari IPT yang terpilih dan hebat-hebat belaka. Antaranya Encik Rushdi dari UITM, aruah Anuar Nor Arai dari UM, Anwardi Jamil, aruah Zainuddin Kechik, Encik Hassan Muthalib, aruah Abdullah Zainol, Tan Sri Jins Shamsuddin dan ramai lagi.

Batch terawal AFM mengalami pelbagai pandangan negatif dan dipandang serong oleh orang industri. Umpama orang belajar seni persilatan, setiap kali berjalan ada saja yang nak 'try'! Semua orang tak percaya dengan kemampuan graduan dari AFM. Maka timbul lah sekelompok manusia yang senantiasa membawa cerita-ceita negatif yang ditokok tambah dari satu produksi ke satu produksi. Semua yang buruk saja diceritakan, contohnya;"Aku suruh budak tu bawa lampu, lembik nak mampus, macamana nak jadi orang filem?" atau,"Kau orang bila keluar nanti ingat boleh jadi director ke?" atau,"Alah...derang belajar berlakon je tu.."...disambung dengan gelak ketawa dari yang lain...

Hampir tidak ada sokongan dari orang industri. Ramai rakan-rakan yang mengadu kepada Riza. Kesian...Nak mencari ilmu pun dihina macam tu. Bagi Riza, Riza bernasib baik sebab sewaktu mengikuti pengajian, Riza sudahpun setahun berjinak-jinak di dalam dunia lakonan TV dan tiga tahun berteater. Riza sudah mengenali orang industri dan yang paling penting, Riza tackled mereka dengan cara terbaik. Kebiasaannya Riza tidak akan melawan tetapi memberi points dan penerangan apa yang kami belajar dan apa yang kami boleh buat. Sejak masuk kedunia pengambaran, sebelum muncul AFM lagi, Riza memang sudah mula mencuri-curi ilmu dari pengarah-pengarah drama yang Riza berlakon. Bila mendapat khabar penubuhan Akademi Filem Malaysia, Riza cepat-cepat nak apply tapi waktu tu dah lepas tarikh tutup sebab iklannya tidak meluas maka Riza terlepas batch pertama. Riza nekad menunggu batch ke-2!

Bila iklan batch ke-2 dikeluarkan, lebih ramai yang memohon. Risau juga tak dapat tapi Alhamdulillah Riza terpilih. Yang hebatnya sewaktu batch kami, kami tidak menggunakan video sebagai asas latihan. Waktu itu semuanya menggunakan filem 35mm atau 16mm. Banyak yang kami timba ilmu di AFM. So bila kita bercakap tentang pelajaran filem di kelas, orang-orang kecil dalam industri akan mengajak kita berdebat namun orang-orang besar akan lebih menghormati. Tidak dinafikan teori tidak akan membawa kita kemana-mana, maka dengan itu orang industri harus memberi peluang dan membuka pintu untuk anak-anak pelapis meneruskan perjuangan! Walaupun perit dengan nama AFM yang dipermainkan di kala itu, kami bangun dan menerjah industri sehingga kini, ramai sudah berjaya di dalam pengkhususan masing-masing yang dipilih.

Riza akui Riza lewat sedikit memulakan langkah pengarahan kerana rezeki dalam bidang lakonan datang mencurah-curah ketika sebelum kegawatan ekonomi melanda namun Riza simpan segala ilmu sebagai bekalan. Pun begitu, Riza mulakan dengan penulisan skrip berselang seli lakonan kerana Riza boleh menulis walaupun sewaktu sedang berada di lokasi. maka terhasil lah beberapa skrip seperti IDAMAN the series yang cukup popular satu ketika dulu. Riza merupakan pioneer scriptwriter bersama Meera isteri Khabir Bhatia. Riza menulis sehingga musim kedua. Sewaktu kegawatan ekonomi melanda Malaysia, projek tersebut juga dilanda kegawatan kewangan.

Setelah kegawatan reda, Riza telah mengambil keputusan untuk meneruskan bidang lakonan seiring dengan penulisan skrip dan pengarahan. Amatlah payah untuk menembusi bidang pengarahan yang dipegang oleh orang-orang lama yang tidak membenarkan generasi baru mengambil alih. Persoalan demi persoalan ditimbulkan. Kutukan dan pembodekan berlaku di mana-mana sehingga membuatkan Riza hampir mengalah. Terus terang, Riza tak pandai nak membodek lebih sudu dari kuah, takut nanti tak tercapai dek akal namun akhirnya ilmu dan kemampuan Riza dipandang juga. Riza telah memulakan pengarahan drama TV dengan sebuah produksi drama Tamil! Menggunakan skrip Riza, KELAB EKSEKUTIF yang dialih bahasa ke bahasa Tamil, Riza mula mengarah aktor-aktor Tamil.

Penggunaan bahasa Tamil? Ianya tidak pernah menjadi masalah kepada Riza kerana Riza memahami apa yang hendak diarahkan. Riza faham skrip, Riza faham bahasa tubuh aktor, Riza tahu komposisi sudut dan teknikal secara khusus. So, apa masalahnya kalau hendak mengarah drama dalam bahasa Melayu? Masalahnya terlalu banyak politik! Dari bawah sampai ke atas! Semua itu wajib dilalui. Sebagai seorang anak seni (karyawan), sifat rebel pasti ada pada setiap dari kami. Untuk bermuka-muka bagi mendapatkan projek, itulah yang Riza failed! Failed! Failed! Riza tak bleh blah la! Haishhhh....

Mahu atau tidak, dek kerana minat dan kemahuan yang mendalam dan telah menjadikannya sebagai sumber periuk nasi Riza, Riza harus meneruskan juga perjalanan yang dirasakan pincang ini. Apatah lagi Riza telah meyakinkan ayah yang bidang ini menjanjikan masa depan yang baik buat Riza jika sanggup berusaha keras. Ayah melepaskan walaupun dalam berat. Ayah mahu Riza teruskan dalam bidang perguruan ataupun accounting sepertimana yang telah Riza ada laluan dan sijilnya. Semuanya Riza ada untuk meneruskan perjalanan tapi bidang yang ini juga yang Riza dok hadap setiap hari. Kenapa???

Sebab jiwa yang ada di dalam setiap dari KAMI anak-anak AFM, tidak ada pada orang lain. Ianya begitu eksklusif dan wajar diteruskan!

Sebelum berada di AFM, Riza telah mengikuti kelas teater selama tiga tahun lebih. Riza sedar bukan hanya lakonan semata yang Riza boleh capai. Dari pentas, Riza sudah didedahkan kepada teknik pengarahan dan pembikinan sebuah pementasan. Sewaktu di tahun pertama AFM, Riza dan rakan-rakan persatuan teater telah memasuki pertandingan Drama Asia. Riza telah gabungkan teknik filem dan pentas untuk diaplikasikan di dalam persembahan. Alhamdulillah semua anugerah kami sapu bersih! Riza menulis skrip, mengarah dan berlakon.

Dari situ Riza menjadi lebih yakin untuk berada di pentas seni. Riza bukan naik dengan mudah dan Riza tidak akan mengalah dengan mudah dan tidak sesekali akan mensia-siakan apa yang ada di dalam diri, InsyaAllah...

Tolong ingatkan Riza, tolong kejutkan Riza bila diri ini lemah dan jatuh kerna Riza insan biasa yang berhati lusuh....

Friday, July 29, 2011

Mencari Lagu Baru Terbaik Punya!


Riza nak bertanya kalau-kalau ada rakan-rakan yang boleh mencipta lagu baru yang berentak rock, happening tetapi muziknya tak mahu yang memeningkan kepala. Yang sedang-sedang saja dan boleh layan. Kalau dapat satu heavy dan satu slow.

Bayangkan ala-ala macam style Ella sekurang-kurangnya tapi dengan pembaharuan yang boleh diketengahkan.

Amacam? Boleh? Ada?

Sila message Riza di FACEBOOK..

Terima kasih!

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya Tunjuk Taring Berkilat Kepada Singa!


TAHNIAH!

Harimau Malaya memang HEBAT. AUUUMMMMM!
Bergegar Stadium Bukit Jalil!!!!!!!!!!!

1-1 maknanya Malaysia berjaya menyekat Singa dari memenangi perlawanan pada malam ini! Serangan demi serangan tapi nasib tidak menyebelahi kerana Singa lebih bijak mengawal watak dan perwatakan mereka yang tetap maintain!! TAHNIAH! :P

Selamat Bersorak Depan TV! Go Harimau Malaya!

Nampaknya Riza bersorak di depan TV saja lah malam ni. Debaran semakin hangat. Kita yang tak bermain bola yang berdebar lebih. Harap-harap kemenangan berpihak kepada team Harimau Malaya Auuuummmm! Amin...

Go Harimau Malaya!
We Love You!

Kalah atau menang you all tetap Harimau Malaya yang comel-comel belaka!

Ambil lah sokongan peminat yang tak seberapa ini untuk diserapkan sebagai bekalan semangat tambahan. Fooooooooh! Riza tiupkan bekalan tenaga dan semangat kental yang berkepul-kepul! Hehe!

LAP YOU ALL! :)


Bengang Bengang Bengang...

Bengang bengang bengang, bengong bengong bengong!

Tiap-tiap hari buat-buat silap nombor. Tiap-tiap hari operator dari syarikat yang terdesak, telefon tanya nama orang lain. Bila kali pertama Riza kata salah nombor, dia minta maaf. Kali kedua dia minta maaf lagi, Riza kata tak pe... walaupun dah tahu ini sengaja nak mengenakan orang. Kali ketiga bila kita marah, dia terus kata,"Puan tak nak cuba ke skim perlindungan kita ni?".. Arggghhhh!! Agak-agak la nak menipu pun. Kalau nak berlakon, meh sini Riza ajar cara berlakon. Jangan la dok mendesak orang sampai macam ni.

Esoknya suruh orang lain pula call. Semalam lelaki, hari ni perempuan pulak! Mana etika kerja korang ni? Mana etika perniagaan? Sampai begitu sekali bos-bos mereka didik mereka untuk ganggu hidup orang?

Macam-macam panggilan yang masuk, sedangkan itu talian peribadi Riza. Maknanya apa tu? Siapa yang edarkan nombor telefon Riza? Kebarangkalian ahli keluarga 0.01%. Kebarangkalian syarikat telekomunikasi? ATAU orang-orang yang bekerja di sana? ...hemm... Bila buat report, dikatanya mereka tak boleh sekat... Tak logik! Sebabnya, ada yang siap boleh mention nama dan butir-butir peribadi kita! Kalau setakad info kat fb tak pe, ini butir akaun kita dibank dan bil telefon!

Memang bengong!

'Shakali Shakala' Kasi Tembak! :P

Riza pernah bercakap tentang perkara ini tetapi nampaknya setiap hari ia terus berlaku. Adakah kerana negara kita semakin ramai orang yang kurang bijak atau disekeliling kita dipenuhi dengan orang-orang yang malas, yang sentiasa mahu disuap mulut mereka dengan jawapan?

Kalau yang tergolong dalam kategori ini adalah budak kecil atau yang sememangnya tidak bijak, bolehlah diterima tapi bila yang bertanya soalan yang tidak perlu terdiri dari pelajar IPT dan mereka yang bijak belaka, bagaimana?

Ok, ok...Sebenarnya begini...

Riza rasa terganggu dengan banyak penemuan samada di facebook atau di mana-mana blog atau web yang Riza rayau...terutama facebook... Contohnya, kalau dulu ramai yang suka sangat menggunakan singkatan perkataan yang terlampau singkat macam taip sms sampaikan sukar kita nak faham tapi sekarang Riza rasa ianya dah semakin hilang. Baguslah sebab ramai yang dah sedar barangkali.

Kemudian, penggunaan huruf besar. Masih ada yang menggunakan huruf besar setiap kali membalas komen seolah sedang marah yang amat sangat walaupun tidak marah, akhirnya menimbulkan kemarahn orang lain di dalam group :). Elok-elok bercakap soal lain, tiba-tiba timbul hal lain! Hehe... Ada yang ditegur boleh menerima dan ada yang ditegur , melenting dengan perkataan-perkataan yang lebih kasar. Hemmm... Kalau mak Riza, Riza faham sebab matanya kurang jelas, jadi dia lebih selesa untuk bersms dengan Riza menggunakan huruf besar. Agaknya yang suka menggunakan huruf besar di facebook sama seperti mak Riza kut? Ooooo.... Kesian... Jangan marah mereka, bukan salah mereka... pandangan mereka tidak jelas... ;)

Ada pula yang suka menjawab tapi langsung tak kena dengan status update seseorang. Contohnya ada seorang hamba Allah update statusnya begini,"Hari ni makan nasi lauk ikan kering dan sambal belacan je.." , kemudian ada kawan yang balas,"BERSYUKURLAH, ORANG KAT SOMALIA MAKAN TULANG JE, TAK KECOH PUN!"

Apa maknanya tu? Itu cari gaduh sebenarnya...Hehehe...maka bermulalah episod balas membalas dengan nada yang pedih sampai tak sudah...Kadang-kadang sampai ketahap 'delete' terus kawan dari 'friend's list'! Haiiiishh..... Namun ada antara kawan-kawan yang memang dah biasa dan itu merupakan satu gurauan. Kategori ini tak kisah lah tapi yang memang saja cari pasal yang pelik tu! :)

Ada sekali tu Riza kena dengan seorang budak perempuan, entah berapa umurnya tak tahu lah...Ini akibat nak tunjuk pandai lah ni... Riza update status tentang ada orang yang tak dikenali hantar sms minta topup. Dia gunakan nombor maxis. Riza reject. Lepas reject, dia minta lagi dan lagi. So, bila dah bengang, Riza update status menyatakan betapa orang sekarang ni senang sangat nak minta orang sana-sini yang tidak dikenali untuk hidup mudah, sedangkan dia tak tahu yang kita ni pun tengah susah mencari rezeki. Tup-tup ada satu minah ni tetiba menyampuk,"Itu orang minta topup la. Itu pun tak tau ke??" ??? Lebih kurang macam tu lah!

Kalau you all, tak menyirap ke? Dah lah entah sape-sape. Tak pernah menegur pun walau dia ada dalam friend's list, tiba-tiba bagi orang angin satu badan! Memang Riza bengang sangat waktu tu tapi Riza cakap elok-elok dan explain apa maksud sebenar status Riza dan suruh dia baca komen orang lain yang faham apa yang sedang kami bincangkan. Bila dah bertalu-talu Riza attack secara baik, tup-tup dia delete Riza dari list dia? Hahaha! Dah termalu lah tu...Kalau minta maaf elok-elok kan boleh terus berkawan... :)

Satu lagi ejaan yang hampir sama tapi membawa maksud yang lain. Ini selalu berlaku. Tak payahlah Riza bagi contoh sebab Riza nak sentuh sikit je. Payah sangat ke nak semak? Kalau dah online, boleh semak di banyak laman web untuk cari perkataan dan terjemahan. Paling mudah google. Kalau bahasa Malaysia pula, boleh semak di web Dewan Bahasa saja. Memang tak dinafikan Riza sendiri pun pernah buat kesilapan, sebab itulah Riza lebih berhati-hati dan menjadikan rutin untuk menyemak sekiranya rasa ragu-ragu supaya orang tidak salah penerimaan. :)

Tak naklah hurai banyak-banyak, nanti you all bosan baca. :) Riza nak akhiri dengan sikap segelintir pengguna internet yang teramatlah malas...Macam yang Riza katakan di awal tadi, orang-orang ini adalah mereka yang terpelajar. Perkara yang mudah saja sebenarnya tapi menunjukkan 'ke dot dot' mereka. Kesian dan malu rasanya. Perkaranya mungkin kecil tapi bila tanggapan dah jadi besar, habis lah... Begini;

Ini contoh salah satu darinya yang nyata... Ada seorang rakan, post iklan temuduga. Ciri-cirinya mestilah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki. Ada minah IPT ni pi tanya balik,"5 kaki tu berapa cm ek?".... Hemmmm.... Perlu ke soalan begitu untuk orang yang nak menemuduga kita? Agak-agak, you all akan panggil dia tak?

Riza terus terfikir, macamanalah dia boleh masuk IPT? Itu matematik budak sekolah rendah lah! Hadoiiii! Ada pula jenis yang dah dihuraikan panjang lebar dalam posting, mereka malas nak baca...so terus bertanya macam-macam soalan yang sebenarnya sudah ada jawapan dalam poting tersebut. Bila orang yang membuat posting malas nak menjawab, dia pula dicop sebagai tak bertanggungjawab, kononnya,"Kalau tak nak jawab, jangan post lah!"

Haishhhh.... penat memikirkan orang-orang kita yang sudah naik lemak ni.... Apa pandangan you all? Minta maaf lah kalau ada yang terasa dengan posting Riza ni.. hehehe... :)

Sekadar lontaran lusuh dari saya...Shahriza Mahmud... :)
By the way, jangan lupa dengar Radio Lusuh SM ye! Peace.....! :)

p.s:
'Shakali Shakala' = Sekali-sekala... :)


Tuesday, July 26, 2011

Aksi Anak-anak Murid Yang KuSayang... (TUN FATIMAH)

Tun Fatimah merayu agar bapanya tidak dibunuh. Harapan terakhir untuk menyelamatkan ahli keluarganya setelah adik, bapa mertua dan suami dibunuh tanpa bicara.... Adda Rosdi membawakan wataknya dengan baik sekali dan bertambah baik setiap kali persembahan! Bapa Tun Fatimah, Tun Mutahir dilakonkan oleh Megat Aidil Putra. Tun Sura (tukang bunuh) oleh Prasanth. Sahabat Tun Fatimah , di kiri Ziera dan kanan Syafiqa. Semuanya bagus-bagus belaka. Berbaloi setiap hari kena marah! Hehe!

Tak perlu diperkatakan lagi. Gambar ini menceritakan segala-galanya... Yang pergi dirayu, namun segalanya tiada guna lagi. Dengan ini, Tun Fatimah bangkit membela bangsa dan keluarga! Adda, keep it up! Pesananku cuma satu, jangan lupa diri dan jangan cepat selesa dengan pujian.. :)

Walau hanya sebagai sahabat, jika tidak dihayati watak dengan sepenuh jiwa, ianya tidak akan dapat membantu 'Tun Fatimah'. Well done!

Babak ini, pasti ada penonton yang menangis. Ada ibubapa yang menangis setiap kali dipentaskan! Wow..... Alhamdulillah...

Belajar langkah silat demi kerana Tun Fatimah. Adda Rosdi seorang yang lasak tapi dek kerana Tun Fatimah, Adda harus menjadi gadis Melayu yang sopan, lembut dan tangkas dalam waktu yang sama!

Proses Nak 'Menyelimkan' Badan.. Huuhuu! Haha! :P

Tak nak! Tak nak! Lepas berdua, sejak dua menjak ni makin tak terkawal makan dan minum. Asal terhidang tak pernah tolak! :) Akibatnya, satu dua kilo dah tentu hasil yang terpaksa ditanggung.. Riza tak kisah tapi bila ada shooting last minute dan bila ada yang nak bergambar, hadoi...waktu lah rasa nak potong satu dua kilo tu kat situ jugak!

Pejam celik-pejam celik at last dapat benda ni! Eloklah tu, laki bini nak kena turunkan berat badan...so, setiap hari dok tidur kat dalam kotak ni siang malam! hehe... Instruction kata seminggu 3 kali, kami bantai 3 kali sehari! hahaha! :)

Harap-harap berkesanlah... hehe...

Apapun, Riza dapat yang termurah di pasaran! Alhamdulillah...

Kalau nak tahu lebih lanjut, dengar Radio Bicara Lusuh SM! ;)

Alhamdulillah...


Alhamdulillah, rasanya situasi sedang beralih kearah yang lebih baik. Walaupun sedikit demi sedikit, ianya membuatkan hati ini rasa lapang dan mudah memberi tumpuan kepada apa saja yang dilakukan. Perancangan dan harapan masa mendatang diharap dapat membawa satu lagi kejayaan kepada Riza. Kecil atau besar, Riza tak kisah...asalkan dapat menyuap sesudu nasi bagi mengalas perut dan menghirup seteguk kepuasan sebagai bekal untuk esok hari.

Riza tak minta banyak. Riza tak mimpi untuk jadi jutawan, hartawan mahupun hidup mewah. Namun jika rezeki itu menjenguk dan mengetuk pintu impianku, Alhamdulillah. Terus terang, Riza sekarang lebih leka untuk berkarya, walaupun tanpa sebarang imbuhan dari sesiapa, kerana tidak ramai yang mendengar dan memahaminya. Semoga apa yang Riza usahakan walau dalam keadaan susunan yang tidak sempurna, akan membuahkan hasil yang lumayan satu hari nanti, InsyaAllah...Amin....amin...YaRobbal A'lamin...

Monday, July 25, 2011

Al-fatihah


Sekitar jam 8 pagi, Riza menerima panggilan telefon dari Rohaiza Iza, ibu Farra Noradzlina Idola Kecil, dari Sungai Petani. Berita tidak enak Riza terima, katanya ayah kepada Mira telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang akibat serangan stroke yang tiba-tiba menyerang. Dia jatuh di rumah dan terus koma ketika dibawa ke hospital. Keadaannya tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih. Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sungai Petani dan masih di dalam wad ICU. Mira dan Fara sering bersama ketika membuat persembahan pentas. Riza temui mereka sewaktu Konsert Gegar RTM di Sungai Petani beberapa tahun yang lalu. Waktu itu Mira baru berusia antara 6 ke 7 tahun.

Mira dan Fara telah memenangi pertandingan Karaoke anjuran Riza. Sejak itu kami sering berhubung dan rapat. Mereka selalu turun ke Kuala Lumpur menyertai pelbagai aktiviti yang Riza anjurkan bersama SENIMAN. Ayah Mira cukup komited dalam memberi ilmu yang ada di dalam dirinya kerana beliau juga merupakan seorang pemuzik dan penyanyi. Walaupun dia tidak terkenal tetapi dia tetap seorang anak seni yang berhati kental. Kedua-dua anaknya mewarisi bakat beliau.

Sejam kemudian, Riza terima panggilan kedua. Ibu Fara memaklumkan bahawa ayah Mira , Azhar bin Nordin yang baru berusia 42 tahun sudah menghembuskan nafas terakhir. Innalillah.... :( Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang terpilih. Aminnnn... Takziah buat isteri dan anak-anak Allahyarham....

Al-Fatihah...

Sunday, July 24, 2011

Kamu Sumber Inspirasiku


Salam pagi Ahad wahai rakan2ku
kamu yang kurindui setiap waktu
langkahku lemah bila rindu kamu
kamulah pembakar jiwa semangatku

jangan kamu lari dariku, kerna
ia hanya akan membunuh rasaku
tatkala melihat kamu berlalu pergi
membawa sepenuh cintaku yang merdu
hanya ngilu sum-sumku saja yang tahu
ada nada luka berlagu kehilangan kamu

Shahriza Mahmud
10.45am, KLBA
Ahad 24 Julai 2011

Saturday, July 23, 2011

Tips Lakonan


Riza akan menyiarkan pelbagai tips lakonan melalui Radio Bicara Lusuh SM mulai esok Ahad 24 Julai 2011, jam 1pm dan ulangannya pada pada jam 10pm InsyaAllah. Jika anda mempunyai soalan yang berkaitan, boleh ajukan di dalam kotak Bicara Lusuh SM (chat box) di blog Diari Lusuh Shahriza Mahmud atau anda boleh rekodkan suara anda jika mahu Riza keudarakannya. InsyaAllah apa yang terdaya akan Riza cuba bantu.

Tidaklah tinggi sekolahnya, tidak juga banyak ilmunya, namun apa yang ada, yang sesuai boleh saja dikongsi bersama, InsyaAllah.

Friday, July 22, 2011

Pendekatan Bijak

Pendekatan bijak amat ditakuti oleh pihak musuh. Mereka yang naif umpama kain putih yang sudah dicemari dengan pelbagai agenda. Di'brainwash' dengan pelbagai propaganda negatif yang tidak boleh mereka analisa dengan akal yang terbuka. Minda mereka telah ditutup rapat. Umpama remaja yang dimasukkan ke sekolah budak-budak nakal, kita tidak boleh menentang mereka dengan cara kenakalan yang sama. Di sini pentingnya kecekapan dan kebijaksaan anak-anak pelapis pewaris bangsa..

Lihat mereka yang termakan hasutan dengan mudah, bayangkan mereka sebagai ahli keluarga kita, atok kita, nenek kita, ibu kita, ayah, adik, abang yang telah di'psiko' mindanya oleh anasir luar. Tidak adakah rasa kasihan di hati kita? Pasti kita mahu membawa mereka kembali kerumah kita. Mereka barangkali nampak tegar dari luar namun umpama kerak nasi, akan lembut jua dengan air yang mendinginkan. Ada kalanya kita mesti lantang dan berkeras tetapi ada waktunya kita harus bertindak seperti menarik rambut di dalam tepung.

InsyaAllah keikhlasan tanpa disogok dengan busuk hati yang membara, hati mereka pasti menjadi milik kita! Allah lebih mengetahui segalanya, kita yang harus menilainya. Terkadang mereka yang terbaik dan terpelajar juga tidak boleh lari dari terpesona. Kita punyai hak yang sama tetapi janganlah kita salah mempergunakannya.

Thursday, July 21, 2011

Malaysia vs Chelsea TAHNIAH Harimau Muda MALAYSIA!

Trafik makin naik kat situ. Riza tengah menonton. Fuyoooo! :) Jom kita gi terjah sama-sama tengok apa cerita. Setakad ni cuma ada seribu lebih yang menonton. MEH SINI!

As at 10.08 : 0 - 0

As at 22.10 : Minit ke 61.16

Come on Harimau Muda Malaysia!

They are doing great!

As at 22.17: I am proud of them.

As at 22.21: Fuyoooo!

Great Game!

As at 22.22: Huh?

As at 22:23: Hafiz cramp kaki.

Dah minit ke 76.32.

Adeh...

As at 22.28, Malaysia 0 - Chelsea 1 ?

Minit ke 81.15 as at 22.31

Teruk juga Chelsea nak menjawab ni. :)

Dah minit ke 85.59 as at 22.35pm

As at 22.37= :/

90 minute on d clock. as at 22.38.

Streaming pun dah lembab. = 22.41

Confirm HARIMAU MUDA MENANG!

0 - 1 je tu beb!

Teruk Chelsea lepas ni.

Chelsea nasib baik je tu... Kalau tidak, lagi jenuh nak menjawab kalau Malaysia tak bagi chance satu gol tu. hehe! :)

Program Merakyatkan Seni Budaya ~Video~

Shahril Fuyoo @Titiwangsa ~Video~

Dolphin @ Perhentian Island ~Video~



Video tidak jelas kerana diambil menggunakan kamera telefon bimbit resolusi rendah.

Diving Lagi @Perhentian ~Video~



Petang ini, petang flashback.. :)
Sayangnya, banyak yg telah terkubur
di dalam blog lama...

Lama Tak Pergi Diving... huuhuu...~Video~



Rindunya diving..Sejak dimasukkan kehospital disebabkan serangan landak laut atau sea urchin, Riza tidak pernah lagi berkesempatan untuk pergi diving... Hampir setahun berkerusi roda, kemudian bertongkat dan tidak dapat memijak lantai walau dah melepaskan tongkat, kini Alhamdulillah setelah 2 tahun, rasanya dah pulih sepenuhnya walaupun ada kesan sampingan antibiotik yang paling kuat diberikan doktor sewaktu terlantar di wad...

Rindu Boboi... :( ~Video~



Ini Boboi...aruah Boboi...hampir genap setahun Boboi meninggalkan Riza. Tahun lepas Boboi pergi seminggu sebelum Ramadhan... :(

Misi Menyelamatkan Helang ~Video~



Dulu Riza dah upload video ni di blog satu lagi yang dah ditutup, so sekarang Riza masukkan ke Diari Lusuh.. :) Selamat menonton!

Lori Terbalik ~Video~



Video ni Riza rakam sewaktu pulang ke Alor setar awal bulan ini atas urusan keluarga. Tersangkut dalam kesesakan akibat kemalangan ini lebih kurang dua hingga tiga jam! :(

Satu Melayu ~Video S.O.G~

Monday, July 18, 2011

Kem Motivasi Bina Semangat Melalui Teater & Filem


Hari ini Isnin 18 Julai 2011 hingga Rabu, Riza akan mengendalikan bengkel adaptasi teater dalam kehidupan seharian selama tiga hari bersama Saddiq Raffali dan team kami. Seramai 200 orang peserta di bawah pengurusan sebuah badan koporat yang terkenal di seluruh dunia akan turut serta. Peserta terdiri dari lepasan Universiti hinggalah kepada pegawai-pegawai besar di syarikat korporat. Bengkel sebegini telah menjadi rutin kami pada setiap tahun di mana ianya diadakan sekurang-kurang 3 kali setahun melibatkan peserta yang ramai. Ada satu ketika pada tiga tahun lepas Riza mengendalikan 500 orang peserta bersama beberapa orang lagi tenaga pengajar.

Kami menyediakan pelbagai konsep dan pakej sebagai pilihan kepada client utama. Mereka faham dan cukup berpuashati dengan apa yang telah kami berikan sehingga membolehkan graduan dan pekerja mahir lebih memahami dan mendekati kepentingan 'team building motivation' melalui konsep yang lebih dekat dengan mereka melalui pengendalian Theatre Production Company, Film Production, Golfing, Conquer The Ship dan pelbagai lagi konsep yang memberi impact yang dahsyat sehingga syarikat-syarikat tersebut sanggup melaburkan sejumlah kos yang besar bagi memastikan mereka mendapat tenaga kerja yang cekap dan bersemangat tinggi.

Kami lari dari konsep dan pengamalan biasa pengendalian team building walaupun ianya masih releven seperti motivasi di dalam hutan, pantai dan sebagainya. Jika permintaan ada, kami tetap mengendalikannya. Pun begitu, konsep baru yang kami ketengahkan ini masih menggunakan lokasi-lokasi menarik di luar Kuala Lumpur bagi memberikan kesegaran berkarya kepada peserta.

Syarikat yang benar-benar berjaya di seluruh dunia tidak akan teragak-agak untuk melabur hanya beberapa Ringgit Malaysia kerana sedar tentang keperluan memperbaharui semangat amat diperlukan bagi meningkatkan produktiviti syarikat. Trust me, Riza dah lihat bagaimana pegawai atasan dan pekerja biasa mereka boleh 'kamcing' bagaikan adik beradik setelah tamat bengkel /seminar 3 hari bersama team Riza! Mereka lebih bersemangat dan 'big boss' mengakui bahawa kami telah berjaya meningkatkan prestasi kerja mereka di dalam syarikat.

Ianya serius tetapi cukup 'fun'. Menghiburkan dengan penerapan perkara-perkara baru yang tidak pernah mereka fikirkan sebelum ini. Ia bukan sekadar bengkel biasa-biasa kerana kami juga memberi kuliah ekonomi dan hubungkait antara konsep yang kami ketengahkan. Mereka harus membuat kiraan anggaran perbelanjaan dan target untung dan rugi hasil daripada projek yang mereka pilih.

Perantaraan bahasa, Inggeris dan Malaysia.

Apa yang pasti, di lokasi yang hendak Riza tuju ini, broadband Riza tidak dapat digunakan... huuhuu... :( so, Riza akan update perkembangan melalui Blackberry ke facebook, InsyaAllah.

Selamat mendengar Radio Bicara Lusuh SM! :)

Sunday, July 17, 2011

Ruang Buat Artis Baru & Lama di Radio 'Bicara Lusuh SM'



Riza buka peluang ini untuk artis baru dan lama samada yang ada single atau yang tak ada apa-apa.. :) Yang perlu cuma bakat, yakin dan rajin.. :) Ok, ada beberapa kategori yang akan Riza pilih untuk dimuatkan ke dalam Radio Bicara Lusuh SM:

1. Penyanyi / Band : Rakam lagu dengan audio yang baik. Kalau tak ada muzik pun tak apa, asalkan suaranya merdu..

2. Pendeklamator : Rakam dengan feel dan latar muzik yang syahdu.

3. Pencerita : Be creative! Ceritakan apa saja, pengalaman, cerita hebat, cerita lucu.

4. Drama? :) Buat lah drama apa saja.. hehe..

5. TERPULANG! :)

Berikan cadangan kreatif anda. Yang penting, semuanya harus dirakam dan hantar dalam format MP3! Attach file melalui FB message.

Good Luck!

p.s:
Siaran tertakluk kepada pilihan BLSM.

Saturday, July 16, 2011

Radio 'Bicara Lusuh SM'



Dua hari lepas, Riza telah mendaftar untuk Internet Radio Broadcasting. Selepas digodek-godek, kini Riza dah ada Radio BICARA LUSUH SM yang Riza setup khusus untuk anda, teman-temanku.

Riza akan gunakan live streaming radio BICARA LUSUH SM di blog Diari Lusuh Shahriza Mahmud sebagai penghubung secara lebih akrab dengan anda. Jika ada yang mahukan pandangan dan ada sebarang pertanyaan, InsyaAllah akan Riza jawab. Buat waktu ini, Riza akan bersiaran tanpa waktu yang tetap tapi Riza akan update jika Riza bersiaran.

Artis baru dan lama yang nak promote lagu-lagu atau deklamasi sajak anda sila hantar ke inbox Riza di SINI. Kalau nak add Riza, add di SINI. Bukan setakad lagu dan muzik malah jika anda ada sesuatu yg nak diperkatakan, sila rekod dalam bentuk mp3 dan hantar ke inbox fb Riza. InsyaAllah kalau lulus ujian, Riza akan siarkan! :)

Untuk mendapat semua ini, Riza telah keluarkan sedikit modal, tenaga dan masa demi kerana minat. Jika ada yang sudi untuk melihat kesinambungan BICARA LUSUH SM tidak terhenti separuh jalan, anda boleh menjadi penaja. Sikit atau banyak, sekurang-kurangnya dapat kita sama-sama membantu. Terima kasih!

Sila lah berkunjung untuk mendengar lagu2 pilihan Riza di SINI!

P.s: Jika internet connection anda slow, harap bersabar tapi rata-rata rakan, tak ada masalah untuk mendengar siaran dengan jelas.

Friday, July 15, 2011

Wahai Lelaki... Sayangilah Kami...











SAKSIKAN TAHAJJUD CINTA
SETIAP JUMAAT
9 MALAM...

=================================

Monday, July 11, 2011

Kamu Pilih Juga


Mata dibutakan
telinga ditulikan
hati dimatikan
tinggallah minda
tidak bertuan...

dia yang tersohor
dia yang terbilang
dia yang aku sayang

andai bertandang mesra ke pondokku
tidak memberi erti dia sayangkan aku
mana mungkin mengikut mahuku
apalagi seiring rasa di kalbu

kunjungannya hanya menumpang teduh
mahunya sedikit ruang melepas keluh

jika aku berteriak nama kamu
ia tidak menimbulkan hebatmu
pekik tempik tiada arah dituju
pembuka jalan tambah berliku

bila kematian menjengahmu
ketika berjalan kerumahku
adakah itu menjadikan aku
penyebab kepulanganmu?

bila tiba soal perjuangan diri kamu
kamu lupa takdir tiba tidak menentu
katamu manusia juga penyebab matimu

saat nadi terhenti tanpa sesiapa di sisi,
ubun-ubun berdenyut direntap dan terhenti
kamu melolong meratap nasib diri celaka lagi!

permainan minda , manupulasi akal bebal
dari mana asal tidak membayangkan pejal

bijak pandai melompat tinggi, ke-dalam ke-luar
tubuh perkasa berasap, ngauman gempita bergegar
yang menurut kata,bertebaran mencari arah suara

itu benar kata kamu
kerana suaranya merdu
kerana sijilnya mahal
kerana pakainya tebal

kamu pilih juga tanpa analisa
aku disini memilih kasihmu jua

Shahriza Mahmud
11.00am
10 Julai 2011
8.11am
11 Julai 2011
KLBA

'Ini Siapa?' ~video~



INILAH DIA

Aku merasai keluhmu ayahanda
aku hiba mendengarnya
usaha juang sebelum merdeka
hingga kini lengkap semua
tidak menyalahkan sesiapa
kerna kau berpijak di bumi nyata

Shahriza Mahmud
KLBA
3.10am
11 Julai 2011

Subhanallah.. Hebatnya Hamba Allah Ini.. Part 1 ~Video~



PEJUANG

Seorang tua di kaki lima,
tidak punya facebook macam kita
tiada blog mencurah rasa
tapi tahu segala
walau diri sudah dipanjat usia
akal fikir yang sihat tetap diguna
hidupkan aku seperti dia
kerana aku sayang
lagi kasih akan dirinya
cuma satu dalam sejuta
apalagi antara 10,000 bersorak cela.

Shahriza Mahmud
2.11am
KLBA
11 Julai 2011

Subhanallah.. Hebatnya Hamba Allah Ini.. Part 2 ~Video~



ATOK CINTA AMAN

Atok, saya tabik atok
atok tahu erti perjuangan
atok kenal makna kehidupan
maruah kedamaian dan keamanan
hanya itu yang atok mahukan
Allahuakbar...
Atok, saya kini pencinta kamu
Atok kini idola bangsa berilmu!

Shahriza Mahmud
2.15am
BAKL
11 Julai 2011

Saturday, July 09, 2011

Hak Saya Bersuara Dinafikan :)

Ini mangkuk hayun orang asing tajaan berSHIT boleh pula buat hal? Nama PM kita pun tak betul! Pirahhh!

Saya disuruh diam oleh penyokong berSHIT. Dari lenggok komennya, dia barangkali Melayu yang tak pernah cakap Melayu atau... Wallahualam...

"Kalau tak tau...diam la. drama atau xdrama. bad la ini blog."

Hahaha! Lama saya nak faham apa yang dia maksudkan! :)

Hehe...Kenapa menyamar sebagai 'sue'. :P

peace!

Drama! Drama! Drama King!

KJ ke ni?

Drama! Drama! Drama!

Patriot vs BerSHIT

Aku Pilih Kasihmu

Selamat berjuang wahai para rakanku...
apa saja alasan dan kiblat perjuanganmu,
pastikan landasan benar tidak berdebu...

bersih atau kotor, gunakan akal dan minda
kerana terlalu berleluasa perayu beragenda
aku tidak rela kehilangan walaupun sesiapa

wahai teman, walau kau dipihak selain aku,
tali silaturrahim jangan diputuskan melulu
rintih hati piluku, kau tetap kesayanganku...

Shahriza Mahmud
9 Julai 2011
12.00 tengahari
2 Jam sebelum BERSIH 2.0
KLBA.

==============================================
NOTA HATI:
Percayalah, aku menulis ini dengan sebak didada...
Hanya Allah yang tahu sesak nafasku kerna kamu...
10 hari mindaku terhenti melencong entah kemana...
hanya kerna kamu wahai para sahabat yang kurayu...

==============================================

Friday, July 08, 2011

SPR jawab lapan tuntutan Bersih

LAPAN tuntutan Bersih adalah bersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Dalam sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media dan wakil agensi kerajaan anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) baru-baru ini ,Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan lbeberapa tuntutan utama itu.

Senarai pengundi berdaftar :

  • daftar pemilih untuk lebih 12 juta orang pengundi telah dikemas kini mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja iaitu alamat pada MyKad pengundi bermula 2002.
  • Menjadi tanggungjawab pengundi menyemak alamat berdaftar mereka untuk dibersihkan kerana SPR tiada kuasa untuk menukar alamat tersebut tanpa dipohon sendiri individu berkenaan.
  • seseorang itu berhak mendaftar alamat mengundi di kampung halamannya,bukan di tempat dia bermastautin. Lebih 40 peratus pengundi berdaftar yang ada kini berbuat demikian. Ada undang-undang menetapkan alamat perlu dikemaskini dengan JPN selepas tiga bulan berpindah tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
  • SPR hanya merujuk kepada maklumat JPN mengenai kematian pengundi, bukannya mengikut cakap sesiapa sahaja.Maklumat kematian bergantung kepada waris untuk memaklumkan kepada JPN. Kesukaran paling banyak timbul untuk penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak. Inilah yang dicanang-canangkan kononnya ada pengundi hantu.
  • Hakikatnya, tiada daftar pengundi di dunia yang bersih 100 peratus memandangkan faktor seperti kematian adalah sesuatu ynag tidak boleh dijangkakan.

Undi Pos:

  • SPR sedang membuat penambahbaikan. Untuk memansuhkan terus kaedah itu tidak mungkin kerana tidak adil kepada rakyat yang bertugas pada hari mengundi atau di luar negara.
  • Pengundi yang dibenarkan membuang undi melalui pos adalah polis, tentera, pelajar sepenuh masa di luar negara dan kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara berserta ahli keluarga mereka. SPR juga sedang mengkaji undi pos untuk petugas media.
  • SPR akan memantapkan lagi undi pos dan akan laksanakan undian awal mulai Pilihan Raya Umum Ke-13.
  • Walkil (Ejen) parti-parti politik juga kini dibenarkan memantau undi pos di kem dan ibu pejabat polis hasil usaha penambahbaikan itu.

Penggunaan Dakwat Hitam:

  • Amalannya seolah-olah satu langkah ke belakang. Yang praktikal ilaah sistem 12 digit individu pada MyKad merupakan antara tercanggih di dunia. Dakwat hitam digunakan di negara yang tidak memiliki sistem seperti MyKad serta mempunyai berpuluh juta pengundi.
  • Penggunaan dakwat juga bercanggah dengan Perlembagaan negara dan pindaan perlu dibuat jika kaedah itu mahu dilaksanakan.
  • SPR juga pertimbangkan untuk gunakan sistem biometrik dan mengikut maklumat asal JPN.

21 hari berkempen

  • Tempoh kempen yang diberikan SPR adalah sesuai dengan realiti negara ini. Ia sudah berpatutan untuk rakyat kerana kita hanya mempunyai hanya 12 juta pengundi.
  • Di negara luar seperti Indonesia berkempen selama satu bulan adalah wajar kerana negara itu mempunyai ribuan pulau dan lebih 100 juta pengundi.

Tuntutan-tuntututan yang lain lebih merupakan tuduhan-tuduhan politik semata-mata.

ayop_Jun 2011

Thursday, July 07, 2011

List of individuals barred from KL this Saturday

July 07, 2011

KUALA LUMPUR, July 7 — The police obtained a restriction order from the magistrate’s court yesterday under Section 98 of the Criminal Procedure Code to prevent 91 individuals from entering the city.

Below are the names:

Perkasa

Datuk Ibrahim Ali

Datuk Ab Rahman bin Abu Bakar

Syed Hassan bin Syed Ali

Irwan Fahmi bin Ideris

Roslan bin Kassim

Sharifuddin bin Abd Hamid

Dr Zubir bin Harun

Hj Ameir bin Hj Hassan

Datuk Ahmad bin Saad

Ahmad Zaini bin Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira bte Jaafar

Norkhaila binti Jamaludin

Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Dato’ Omardin

Rizalman Dato’ Mokhtar

Tengku Azman bin Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez bin Rahim

Ungku Saleh bin Ungku Jamal

Arman Azha bin Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail bin Aziz

Bersih

Datuk Ambiga Sreenevasan

Mohamad bin Sabu

Hishamuddin bin Md Rais

Khairul Anwar bin Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman bin Mohamad

Dr Mohd Hatta bin Md Ramli

Syed Shahir bin Syed Mohamud

Syed Ibrahim bin Syed Noh

Teresa Kok Suh Sim

Badrul Hisham Shaharin

Shamsul Iskandar bin Mohd Akin

Arutchelvam A/L Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini A/P Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim

Datuk Khalid Yunus

Datuk Zulkifli Noordin

Dr Zubir bin Harun

Datuk Seri Abd Hadi Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Nurul Izam bin Nurul Anuar

Kohila A/P Yanasekaran

Zaid bin Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa binti Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Datuk Mahfuz Omar

Nasarudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli bin Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari bin Amamt

Wan Hassan bin Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi bin Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir bin Mohd Ithnin

Muhammad Hilman bin Idham

Mohd Shukri bin Che Ab Razab

Mohd Syukri bin Kamaruddin

Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy A/P Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim

Abd Rahim bin Osman

Mohd Sibri bin Ismail

Mohd Lukam bin Muda

Datuk Prof Kamaruddin bin Kachar

Datuk Hj Mohd Noor Nordin bin Abdullah