Wednesday, August 31, 2011

Selamat Menyambut, Menghayati & Menghargai MerdekaRaya!


Kita tak perlu berada di zaman lalu untuk menghayati erti kemerdekaan
TANAH TUMPAH DARAH tercinta!

Kita tak perlu diingatkan betapa negara ini negara kita!

Kita tak perlu diperbodohkan dengan sejarah buatan yang tiba-tiba menyerang dari segala arah demi penaklukan kuasa gelojoh yang semakin rakus mahu meruntuhkan apa yang nenek moyang kita telah bina!

Wednesday, August 24, 2011

Menanti Yang Tidak Pasti

Gambar ini Riza capture dari video promosi Filem HIDDEN The Movie yang telah menjalani pengambaran pada 4 tahun yang lalu di bawah arahan Sameet Baadkar, seorang pengarah dari India.

Di dalam facebook Riza pun, ada Riza upload gambar-gambar Riza yang disolek sebagai lembaga yang sedang menanti ini, yang menyebabkan ada di antara rakan-rakan yang menyuruh Riza gantikan gambar profile dengan gambar yang lain kerana tak sanggup melihatnya. ;)

Kenapa Riza kata Menanti Yang Tidak Pasti? ;)

Di dalam filem ini Riza menjadi lembaga wanita yang sedang menanti kehadiran anaknya (special appearance). Iye ke? :) Realitinya, Riza dan rakan-rakan yang terlibat di dalam pengambaran ini juga sedang menanti waktu tayangannya.

Apa yang membuatkan Riza menulis sedikit coretan ini adalah kerana, tadi tiba-tiba ada satu sms masuk ketelefon bimbit abi Riza menyatakan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 13 Oktober tahun ini... Wallahualam... Riza belum mendapat jawapan pasti lagi.

Untuk filem HIDDEN ini Riza juga menyediakan bakat-bakat dari Malaysia, samada sebagai bakat tambahan mahupun yang special appearance cast. Apa yang pasti ramai yang terlibat di dalam filem ini telah 'membesar' :) ...samada di dalam kerjaya mereka ataupun usia mereka. Watak anak Erra Fazira sewaktu berusia lingkungan beberapa bulan kini sudah boleh bercakap dan berlari! Hehe!

Sama-sama kita menanti dengan sabar.... :)

LAKONAN:
CHRISTOPHER ATKINS, ERRA FAZIRA, ELLAN DALE dll...

ARAHAN & SKRIP:
SAMEET BAADKAR

Tuesday, August 23, 2011

Nak Balik Kampung Ye? ;)


Percaya atau tidak, ada yang sudah mula balik kampung ;). Ya lah.. bagi yang berpeluang balik awal, eloklah balik awal. Dapat lama sikit berpuasa, berbuka dan bersahur bersama ayah bonda dan keluarga tersayang. Yang paling selesa bila tidak perlu mengharungi kesesakan lalulintas yang melampau tatkala masing-masing pulang pada waktu yang serentak.

Memang dah tak boleh nak buat apa lagi dah, bila tinggal beberapa hari sebelum 1 Syawal pasti kesemua lebuhraya di Malaysia ini akan dibanjiri kenderaan kecil dan besar. Bayangkan setiap tahun ada saja kereta baru yang bergerak di atas jalanraya. Ada siswazah yang baru bekerja, ada juga yang baru cukup sumber kewangan untuk membeli kereta dan yang paling utama sudah pasti setiap tahun ada beratus ribu yang cukup umur untuk mengambil lesen kenderaan. Bayangkan 10% dari mereka telah membeli kereta baru. Maka akan bertambahlah jumlah kereta yang bergerak di lebuhraya! :)

Itu kalau cuma 10%, kalau lebih? ;)


Pada Riza kesesakan di jalanraya ini menjadi penanda aras betapa negara kita semakin maju dan maju. Kalau tak maju, masakan sabanhari ada saja kereta baru yang dikeluarkan. Barangkali ada yang akan kata,"Alah...dapat 100% loan, senang la beli kereta.". Itu mungkin..tapi kalau tak mampu untuk bayar bulanan, mesti dia tak akan dapat pinjaman bukan?

Ok, apapun Riza sebenarnya nak cakap pasal balik kampung. Pada Riza, kalau nak balik elakkan dari memilih tarikh antara 1 hingga 3 hari sebelum raya. Kalau dapat seminggu sebelum lagi selesa. Itu bagi yang boleh memohon cuti awal. Bagi yang bekerja sendiri sudah tentu tak ada masalah untuk menyusun jadual barangkali.

Tahun ini Riza berkongsi kereta dengan adik bongsu Riza, Roshaniza Mahmud yang akan bergerak dari Johor, ambil Riza dan kami akan terus ke Alor Setar. Adik Riza bekerja sebagai seorang guru dan mula bercuti pada hari Sabtu 27 Ogos, Sabtu. Mahu atau tidak, nampak gayanya terpaksalah kami harungi kesesakan yang pasti akan berlaku! ;)

Mula-mula Riza rancang nak balik pada 24 Ogos tapi memikirkan lebih jimat kalau berkongsi kereta, makanya Riza membuat keputusan untuk pulang bersama. Kita tengok lah nanti, jalan sesak atau tidak. Walaupun kami merancang untuk bertolak seawal pagi yang mungkin tapi... hemm.... kita tengok bagaimana nanti... hehe...


Satu perkara yang Riza tak gemar sangat, bila setiap tahun balik kampung, pasti ada saja kerja menaik taraf jalan dilakukan ketika kita semua berpusu-pusu pulang. Kenapa mesti jadi begitu? Haishh... Harap-harap tak adalah masalah di jalanraya dan paling Riza doakan semoga semuanya berhati-hati ketika memandu. Elakkan apa saja tindakan yang boleh menyebabkan kemalangan yang membahayakan orang lain dan diri sendiri.

Sekecil manapun kemalangan yang berlaku dilebuhraya, pasti akan mengundang kesesakan lalulintas ketika menjelang musim perayaan. Jangan kata kemalangan, kereta rosak tepi jalan pun boleh merangkak semua kenderaan! Hehe! :)

So, kepada yang dah selamat tiba di kampung, selamat menjalani ibadah Ramadhan bersama keluarga dan kepada yang sedang bersiap untuk pulang, pastikan kesegaran badan dan ceria sentiasa ketika memandu! :)


Oh ya, Riza nak cakap sikit pasal orang kita yang masih ramai tidak mahu atau malas menggunakan signal kereta ketika memotong atau membelok. Sakit hati tau! Macamana boleh dapat lesen tu? Ada yang siap kata,"Tak rugged la guna signal.". What? Bawa kereta yang membahayakan orang lain tu rugged lah? Pelik betul orang kita. Ada yang kereta besar, mewah dan sudah tentu mahal pun tak guna signal. Sayang nak guna kut, takut susutnilai? Hehehe! Peace!


Bercakap tentang kereta mewah ni, Riza cukup-cukup terganggu dengan lampu spot putih yang menyiksa jiwa dan raga ketika Riza memandu! Huuuuhuu... dah la kereta derang tu besar, lampu putih terang benderang macam spotlight stadium, pastu guna lampu tinggi plak! Tension tension tension! Tolonglah berperi kemanusiaan sikit pada kami yang kecil ini. Tak cukup dengan itu, ada jugak kereta-kereta kecik yang perasan nak pakai lampu-lampu besar putih terang benderang satu alam ni! Dari jauh nampak macam lampu kapal je mencucuk dari belakang. Bila bagi dia potong je, mak aih! Rupanya kereta kecikkkkkk je!

Hemmm.... Nak cakap penat, tak cakap sakit hati...so sesekali cakap je lah.... :P


Ok, satu lagi, tolonglah jangan guna plastic cover sport rim yang cikai, konon-konon nampak macam sporty sangat lah... padahal main tampal je kat luar rim asal tu. Bukan apa...Riza bukan perlekeh tapi Riza bercakap dari pengalaman. Riza dah pernah terkena dengan satu kereta yang bukan main di modified sakan! Kereta tu di depan. Tengah hi-way ni, tiba-tiba rim celup dia tu terbang melayang! Riza boleh nampak dia terbang terus ke kereta Riza. Tinggi tu! Nak buat apa agak2? Memang tak boleh buat apa-apa. Tunggu je lah. Di kiri ada kereta, di kanan penghadang jalan. Mula-mula Riza dah agak mesti kena cermin depan. Riza dah bersedia untuk apa saja kemungkinan. Alhamdulillah missed sikit. Sikit je missed, TAMMMMM! TUMMMM! Riza siap tunduk kepala lagi. Rim cikai dia tu betul-betul landing kat atas bumbung kereta Riza! Adusss!!

Riza berhenti di station minyak yang berdekatan. Hemmm... Keluar kereta, pandang atas...apa lagi...berlekuk lah bumbung kereta Riza. Kuat kena hentam tu! Tengah laju pulak!

Riza bayangkan, kalaulah yang terkena tu, penunggang motorsikal... Adusss.... kesiannya... Memang tak de maaf lah jawabnya... :(

SOOOOO...... RIZA MERAYU....TOLONGLAH....
Kalau nak cantikkan kereta sekalipun...tak kiranya nak modified lampu ke, body kereta ke..TOLONGLAH... fikirkan keselamatan orang lain!!! PLEASEEEEE!!!! :(


Fuhh! Sampai bila pun tak habis ni kalau Riza nak cerita semua pengalaman Riza di sini.. Riza berhenti di sini dulu, nak sambung menulis skrip plak! :)

SELAMAT MENANTI KETIBAAN SYAWAL MULIA....
SELAMAT BERPUASA!

SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI DAN DILINDUNGI KETIKA PULANG KEKAMPUNG DAN KEMBALI SEMULA KE BANDAR, InsyaAllah........AMINNNNN.....YA ROBBAL A'LAMIN......

Sunday, August 21, 2011

Ahad Ramadhan Yang Dingin


Semalam hingga kini, cuaca cukup dingin. Bayu segar menerpa kejantung hati hingga tak mampu kutepis kedamaian yang amat bebas menerpa ruang dada minda ini. Kelapangan itu membuat aku terlalu selesa dan tenang. Terlalu tenang juga kukira tidak elok untuk diri ini kerana nakal benar jiwa ini mendesak untuk aku berasa pilu dan resah tiba-tiba. Ia tidak bagus. Ia tidak bagus bagi diriku. Mungkin tidak bagi kamu. Kerna itu, airmataku tiba-tiba gugur tanpa dipaksa.

Sekadar mencatatkan waktu ianya berlaku. Tidak lebih dan tidak kurang perisanya. Tiada apa yang ditokok tambah.

Alhamdulillah telah kuatasi kenakalan itu... :)

Ahad Ramadhan Yang Dingin

Semalam,
dingin amat cuacamu
kini, ia terus begitu

kesegaran terpaan bayu kekalbuku
menusuk hati yang tiba-tiba pilu

keselesaan itu hilang dengan sendu
ketenangan direntap dari dada sayu

nakal benar jiwa kamu mendesak aku
pilu resah itu makin tidak menentu

kejam kamu kepada diriku yang lesu
selapis demi selapis senduku sayu

maka gugur jua akhirnya
untaian itu satu persatu

Shahriza Mahmud
21 Ogos 2011
10am, KLBA

Friday, August 19, 2011

Kosmetik Derma-Rx Arbutin Cream Beracun!


Ini hanya contoh, salah satu darinya. Ada beratus-ratus lagi produk dipasaran!

Kepada yang tak yakin, ni dah ada pun news about it kat Sinar Harian! Alhamdulillah, selama ni Riza update apa yang pasti sahaja.. Kalau tak pasti, Riza akan semak dulu. Kalau ada yang tersilap, bahaya.. :)

Produk kosmetik derma-Rx Arbutin Cream dilarang dijual kerana mengandungi racun

KUALA LUMPUR - Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Datuk Eisah Abdul Rahman berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racuan berjadual, tretinoin dan hydroquinone.

"Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan-bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampiangan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Eisah berkata, syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu telah diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam tempoh 72 jam.- Bernama

Perkara Paling Pelik Berlaku Hari Ini!


Pelik NO 1:
Riza ada order barang online. Penjual dah hantar secara express pada 17 Ogos. Hari ini dah 19 Ogos. Tiga hari barang belum sampai?

Pelik NO 2:
Bila penjual hubungi pemberi servis, boleh pulak derang call Riza dan kata nak hantar esok pagi. Maknanya 4 hari untuk pos secara ekspres? Riza sabar dan tanya tak boleh ke hantar hari ini juga? Dia kata akan cuba? TANPA beri alasan yang kukuh.

Pelik No 3:
Bila Riza check online, dengan nombor delivery yang diberikan, rupanya barang dah sepatutnya sampai semalam dan status update menyatakan CANNOT LOCATE. Kalau dah CANNOT LOCATE, hantar esok ke, lusa ke, sampai bila pun cannot locate. Riza dah mula fikir barang akan hilang dah ni!

Pelik No 4:
Riza call HQ mereka dan tanya kenapa 'cannot locate' sedangkan tak pernah dalam sejarah, barangan atau surat yang dihantar tidak sampai. Bila dia bacakan alamat, ada sedikit kesilapan pada nama jalan. Well....ini jelas salah penjual yang tak teliti menulis alamat.

Pelik No 5:
Riza tanya kenapa pekerja penghantaran tak telefon bila tak jumpa alamat, sedangkan semua penghantar syarikat lain boleh berbuat demikian sekiranya mereka tak jumpa alamat? Alasannya,"Mungkin penghantar barangan tak de kredit"!?? What?? hahaha! So Riza tanya balik dia, takkan tak boleh guna alternatif lain? Public phone ke? Kalau tak de kredit macamana mereka bekerja kalau ada masalah? Tentu tak boleh hubungi centre! Dia cuma meminta maaf. Katanya mereka akan hantar hari ni juga.

Pelik No 6:
Orang lain pula call, dia kata akan hantar esok pagi. Riza kata, I need it urgently and demand it to be sent by today. Dia jawab, semua penghantar dah keluar. So, malas nak pening-pening, I just said, ok.

Pelik No 7:
Kalau dah tahu semalam tak boleh deliver, kenapa centre tak call dan identify alamat semalam juga dan boleh hantar pagi ni sebelum van-van mereka tu keluar? Paling busukpun, boleh call pagi-pagi ni. Kenapa call tengahari lepas van dah keluar? Pastu pada mulanya janji nak cuba hantar hari ni juga, petang ni. Saja je nak buat orang tertunggu-tunggu?

Pelik No 8:
Sebenarnya alamat utama yang diberikan cuma ada satu sahaja lokasinya di seluruh Malaysia! Takkan tak boleh berfikir secara kreatif? Contohnya Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Takkan tak boleh locate?

WELL, cukuplah 8 tu. Sebenarnya Riza memang tak nak bising dan terima seadanya. Ya lah...cuma 4 hari, bukan 4 bulan tapi bila memikirkan kos penghantaran untuk khidmat pantas, ini tidak boleh dibuat main kerana melibatkan kepercayaan orang ramai dan wang yang dibelanjakan. Kalau 4 hari boleh saja menggunakan khidmat pos biasa!

Bukan ini saja, Riza pernah menerima barangan secara ekspres (kononnya) setelah seminggu setengah menunggu! Boleh bankrap berniaga macam ni.

KESIMPULAN:
1. Penjual salah, tak semak betul-betul.
2. Pemberi khidmat courier sambil lewa, tak jaga nama baik syarikat. Kalau syarikat yang baik, dia akan usahakan juga untuk hantar hari ni, sebab dah ada aduan.

p.s:
Mungkin anda juga pernah mengalami insiden yang sama? Agak-agak syarikat mana? ;)

Wednesday, August 17, 2011

Tidak Upaya Tetapi Ceria

Ini lah gambar-gambar sekitar ziarah Riza bersama rakan-rakan dari Pesona Seni Kuala Lumpur ke rumah perlindungan kanak-kanak kurang upaya AZWAR. Berat mata memandang, berat lagi gelodak rasa ibu-ibu yang menjaga mereka sejak dilahirkan. Tatapi dan hayatilah... Dengarkan bicara Riza tentang mereka dan bagaimana untuk kerumah mereka di Radio Bicara Lusuh pada jam 11 malam ini, 2 pagi dan 10 pagi esok (18 Ogos).
























Tuesday, August 16, 2011

Pusat Perlindungan & Jagaan Anak Kurang Upaya AZWAR

Riza akan upload gambar-gambar sewaktu menziarah bersama Persatuan Pesona Seni Kuala Lumpur ke Pusat Perlindungan Dan Jagaan PSIAKU AZWAR pada Sabtu 13 Ogos.

Sementara Riza edit gambar-gambarnya, silalah dengar sedikit bicara tentang lawatan ke rumah tersebut dari Radio Bicara Lusuh SM di blog Diari Lusuh Shahriza Mahmud pada hari ini, jam 12pm dan ulangannya pada jam 2pm, 5pm, 8pm dan 11pm.

Terima kasih atas keprihatinan anda...

Selamat berpuasa!

Thursday, August 11, 2011

Operasi Menyita Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)


MBPJ akan menjalankan operasi menyita Gereja Methodist Damanasara Utama (DUMC) Seksyen 13 PJ pada hari ini kerana bangunan tersebut tidak pernah diluluskan sebagai gereja oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Permohonan asal oleh pihak pengurusannya adalah sebagai pusat komuniti. Operasi akan dijalankan pada bila-bila masa dari sekarang.

SUMBER: PapaGomo

Karipap-karipap Cinta v Ana Raffali Sehabis Baik (Video)



Klip Video Lagu Tema Filem Karipap-karipap Cinta. SEHABIS BAIK dicipta dan dinyanyikan oleh Ana Raffali. Enjoy! :)

Monday, August 08, 2011

Press Release JAKIM: ISU BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

Riza tidak menyokong untuk melepak di Starbuck. Riza juga memboikot mereka
berkaitan isu tertentu TETAPI yang tidak benar tetap tidak benar. Kenyataan
fitnah disebarkan walaupun ianya sudah bertahun-tahun berlegar di internet.
Masih ramai yang suka menyebarkan fitnah tanpa usul periksa. Riza malas nak
bertekak dengan mereka-mereka yang tidak memahami antara perjuangan
kebenaran dan perjuangan hasutan demi mencapai matlamat sehinggakan
menimbulkan kemarahan ramai pihak malah memalukan apabila kita dicop
sebagai bangsa yang mudah diperdaya.

Perkara ini jelas terus berantai walaupun pihak JAKIM telah menyediakan
saluran mudah di laman web www.halal.gov.my untuk disemak tetapi ramai
yang malas untuk membuat rujukan, makanya semakin ramai yang
menyebarkan finah tanpa usul periksa dan diakhiri dengan perbalahan sesama
sendiri sehingga terjadi tuduh menuduh dan maki-memaki yang amat
menyedihkan... sesama umat Islam... :(

========================================================

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
memberi penjelasan berkenaan perkara ini.

Jumaat, 05 Ogos 2011 05:55
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan
“JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga
telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah
mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media
massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran
Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan
Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

http://www.halaljakim.gov.my/

Friday, August 05, 2011

Urgently Needed 15 Extras
























Urgently needed 15 extras for a wedding scene:

Location: Kuang, Sungai Buluh.
Day: Saturday 6th August. (Tomorrow)
Call Time: 8am (1 day job)
Age: Teenage to 50 and above
Race: MALAY

Please message to my fb inbox / PM me A.S.A.P:
1. Few photos of you
2. Your phone number

Short listed will be notified.

Please take note,
Date posted: Today 5th August.

Thanks!

Wednesday, August 03, 2011

Berlaku Adil Kepada Mereka...


Alhamdulillah...Sudah hari ketiga kita berpuasa. Semoga rakan-rakanku dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan mulia ini dengan penuh kesabaran dan keinsafan..amin...

Sebelum masuk Ramadhan, semua orang sentiasa ternanti-nanti tarikh mulanya puasa. Macam-macam perancangan awal telah difikirkan untuk memenuhkan Ramadhan. Yang paling utama, semua umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba untuk menunaikan solat sunat Terawih dengan sesempurna yang boleh. Bagi yang berkemampuan, sudah tentu telah mengasingkan sebahagian rezeki masing-masing bagi dikongsi oleh mereka yang tidak bernasib baik.

Anak-anak yatim piatu sekarang lebih terurus kerana terdapat banyak rumah-rumah amal yang tersedia samada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Tidak menjadi alasan lagi buat kita untuk tidak menyalurkan sedikit sumbangan dalam apa jua bentuk kerana di mana-mana lokasi pasti mudah untuk mencari rumah mereka. Malah bagi mereka yang tidak punya masa untuk berziarah, boleh pada bila-bila memasukkan sejumlah sedekah mengikut kemampuan ke dalam tabung-tabung yang disediakan melalui khidmat pindahan wang di talian.

Namun di dalam keghairahan kita melakukan sedekah, harus diingat bahawa kita mesti berhati-hati kerana terlalu ramai manusia yang gemar mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita dan 'berlakon' sebagai wakil dari pertubuhan tertentu, malah ada yang melakonkan sendiri watak yang menimbulkan belas kepada kita.

Tidak Riza nafikan, orang Malaysia terlalu pemurah dan tidak boleh melihat kesengsaraan orang lain, apalagi bila ianya di depan mata. Memang sukar untuk mengenalpasti kejujuran mereka. Ada yang mengambil keputusan untuk tidak mengambil peduli siapa yang menguhlurkan tangan kerana bagi mereka hanya Allah saja yang menentukan, janji mereka sudah beramal. Allah tahu niat mereka, katanya.

Ya, benar tapi kalau sumbangan itu dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, bukankah ianya lebih baik? Tidakkah kita terfikir bahawa apa yang kita hulurkan itu adalah sebenarnya dipunyai oleh mereka yang lebih berhak?

Apa yang Riza buat, kadangkala kita kena berdegil sikit dengan orang-orang yang suka mengambil kesempatan ini. Selain dari menyemak kejujuran mereka, Riza akan bertanya kepada gerak hati. Jika was-was dengan kejujuran mereka, Riza akan menolak dengan baik. Namun dengan penolakan itu, tidak bererti kita harus dicop sebagai manusia yang tidak bertanggungjawab dan tiada perasaan.

Jika ada rezeki sikit atau banyak, sedikit dari hasil itu, Riza salurkan kepada saluran yang Riza pilih...samada terus kepada tuan tubuh atau melalui badan yang sah. Sejak kecil Riza diajar untuk menghantar zakat fitrah dari rumah ke rumah mereka yang memerlukan. Ayah Riza memang tidak suka kalau kita wakilkan kepada orang lain. Sewaktu kecil, ayah meletakkan beberapa kampit beras dan sedikit wang dibekalkan kepada Riza dan adik-adik, kami berkayuh ke rumah orang-orang tua dan fakir miskin untuk menyerahkan sendiri sedekah kami.

Sekarang Riza sedar bahawa ianya cukup berkesan. Sehingga kini terbayang wajah-wajah orang tua yang duduk di birai pondok menunggu ketibaan Riza dan adik-adik setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal malah hari-hari lain di bulan-bulan yang dimuliakan. Mereka ini tidak tersenarai di dalam mana-mana list skim bantuan atau yang sewaktu dengannya.

Itu adalah salah satu cara memberi kesedaran kepada anak-anak yang dilakukan oleh ibubapa Riza. Alhamdulillah, ianya membuka mata Riza untuk menghayati dan menyedari tentang betapa beruntungnya Riza dilahirkan di dalam keluarga yang sempurna dan bahagia. Ianya juga memberi pengajaran agar kita bijak menilai dan berusaha sedikit untuk mencari sendiri mereka yang memerlukan dan menanti kehadiran kita. Tidakkah itu lebih afdal wahai rakan-rakanku?

Semoga ianya berterusan...semoga ayahanda dan bondaku akan dirahmati, diberikan kesihatan berpanjangan dan hidup bahagia sampai bila-bila....amin....

Kadangkala orang yang amat memerlukan ada di depan mata kita tetapi kita tidak sedikitpun merenung akan kesakitan dan kepayahannya. Tepuk dada tanya selera. Apapun yang kita lakukan, pasti ianya ada balasan yang sempurna dariNYA jua.

p.s:
Riza bukan menidakkan cara orang lain tetapi sekadar berkongsi pengalaman anak kecil. :)

Tuesday, August 02, 2011

Hitam atau Putih ~ Salina Mohd Sobri ~

Hari ini, Riza ketengahkan seorang anak seni yang punya bakat tetapi tidak disebarkan apa yang terpendam. Salina ni boleh juga menulis dan mencipta lagu. Dia sedang mencuba untuk menulis skrip teater yang tak siap-siap lagi. Hehehe... enjoy! :)

Hitam atau Putih?
bukan menjadi persoalannya...
Yang dicorak dalam kehidupan kita,
hitam dikatakan kotor penuh celanya,
putih melambangkan suci dan bersihnya,
namun itu bukan ikhlas sebenarnya,

Hitam atau Putih?
Biar di sini jemari seni mencoretkan,
sebuah kisah hidup penuh cabaran,
hidup penuh dengan seribu perdebatan,
dengan jiwa penuh kegusaran,
namun langkah perlu diteruskan,

Hitam atau Putih?
Perlu diteliti penuh keterperincian,
luar saja nampak suci dan bersih,
pekat kejinya tidak kelihatan,
hidup hipokrit atau sukar memilih,
boneka hanya drama kepura-puraan,

Hitam atau Putih?
Untuk mengharungi ranjau kehidupan,
bukan ketentuan Ilahi sebenarnya,
jika hidup penuh dengan keimanan,
kita berhak mewarna dan mencoraknya,
supaya realiti kehidupan penuh tujuan.

~ SALINA MOHD SOBRI ~

Monday, August 01, 2011

Nak Broadcast Radio Sendiri?


Ok, sejak dua minggu lalu selepas Riza broadcast Radio Bicara Lusuh SM di Blog Diari Lusuh Shahriza Mahmud, ada beberapa orang rakan yang bertanya macamana cara nak broadcast Radio sendiri. Pertama, memang ada beberapa cara yang percuma tetapi complicated dan memerlukan kepakaran dalam menyusun coding dan sebagainya. Lagipun setelah melihat perkembangan KenariFM yang mengalami masalah dengan Free Streaming dan mendapatkan nasihat dari beberapa DJ KenariFM seperti Rows Uwie ATAU Kak Cik yang juga merupakan adik bongsu Riza :) dan seorang lagi DJ Malek Chicarito, maka Riza mengambil keputusan untuk mencuba server berbayar asal tak pening kepala. :)

Walaupun Riza yang usaha sendiri untuk setup Radio BLSM tetapi KenariFM menjadi sumber inspirasi untuk Riza teruskan cita-cita yang dah lama terpendam. :)

Ok, back to macamana nak broadcast radio streaming ni, you all boleh mulakan dengan klik DI SINI.

Kat page Stream Monster, you all boleh pilih pakej yang diminati. Riza nak try je, so Riza ambil yang sederhana, IceCast With Auto DJ, 100 listeners, 64kbs bit rate, $9.95, Unlimited bandwith dan 5Gig storage.

Auto DJ membolehkan kita membiarkan saja server memainkan semua lagu-lagu dan apa saja yang kita rakam dalam bentuk mp3 untuk dimainkan berterusan, walaupun kita tak online. 100 listeners bermakna setiap kali pendengar online, maksima 100 orang tapi nak dapat 100 orang online serentak bukan mudah.. :) so cukuplah 100 orang tu. 64kbs bit rate kiranya kualiti audio yang pertengahan dan memudahkan untuk mereka yang menggunakan internet connection yang tidak laju dan tidak perlahan. Riza tak ambil yang 32kbps sebab nak yang sesedap telinga mendengar.. hehe..

Unlimited bandwith bermakna tak kira berapa ramai yang mendengar radio kita, semuanya tak ada kos tambahan, kecualilah kalau kita sendiri yang mendengar berterusan, makanya kita bayarlah sendiri data charges untuk internet service provider kita. Riza dah test biar on je streaming Radio BLSM, tak banyak data guna pun.

5Gig storage boleh simpan beribu-ribu lagu online! Buat masa ni Riza cuma guna 1G lebih je, pun dah banyak lagu.

USD9.95 lebih kurang RM30 je duit kita tapi bayarannya monthly, bukan tahunan...so maknanya setahun dalam tiga ratus lebih.

By the way, kalau nak buat live streaming kena ada server software sendiri kat PC kita. Kat Stream Monster tu, you all boleh pilih mana yang bersesuaian. Paling best sebab tak pening kepala otak kerana servis online chat dia tip top! So far Riza tak ada masalah kalau nak bertanya anything pada mereka.

Apapun, ianya tak lah mudah sangat untuk setup semua ni, kena banyak berfikir.. hehe... tapi kalau dah minat, akhirnya berjaya juga. Riza buat sendiri sorang2 je sebab Riza suka explore..... :) Selamat Mencuba!