Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Wednesday, June 13, 2012

OPEN AUDITION for dubbers! UJIBAKAT TERBUKA untuk pengalih suara!

SUNDAY, 17 JUNE
1PM - 4PM (First come first serve)
Time is very critical since studio use is limited.

Please come if you think you have the talent to be a voice actor!
Semua yang berbakat dijemput hadir!

See you @
Dermaga Seni (M) Sdn Bhd.
Lot A-3-10, 3rd Floor, 
Setiawangsa Business Suite, 
Jalan Setiawangsa 11, 
Taman Setiawangsa, 5
4200 Kuala Lumpur

Tel: (03) 4251 0911 — at Dermaga Seni (M) SB,Setiawangsa Business Suite.

Bengkel Permulaan Kerjaya Pengalih Suara

'Bengkel Permulaan Kerjaya Pengalih Suara' anjuran Dubbers Inc. Malaysia dibawah program 'Projek Kotak Suara' akan diadakan pada 16 Jun, SABTU ini.

Antara Facilitator ialah Shahriza Mahmud dan special guest / icon dubbers, Dato' Ahmad Tarmimi Seregar.

Antara pembelajaran & kelebihan:
1. Pengenalan kepada kerjaya dubbing dan yang berkaitan dubbing.
2. Pengenalan kepada skrip dubbing dan alihbahasa.
2. Kepentingan lakonan dan jenis-jenis vokal dalam dubbing.
3. Rakaman 'voice sample'
4. Soal jawab dan berkongsi pengalaman dengan tetamu jemputan.

Disediakan / diberikan:
*Makan minum 3 kali.
*T-Shirt Dubbers Inc.
*Sijil

Yuran cuma RM150.

Pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi:

Wanji: 0122756653
Eiyha: 0193960477
Izatul: 0123516562

https://www.facebook.com/events/434453773240938/

Akhirnya Tiada Perkara... ;)


Pengambaran RUBIAH , disolek sebagai MAK ALANG...
PHOTO BY: Rizal Halim

Kalau baca tagline blog *DIARI LUSUH Shahriza Mahmud* Riza, yang berbunyi"..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara.."...maka ianya sangat bertepatan sekali dengan tenggelam timbulnya Riza dilaman blogger ini.. ;)

Disebabkan terlalu banyak perkara, terlalu banyak kerja barangkali atau sengaja mencari kerja-kerja untuk dilakukan demi memenuhkan semua masa yang terluang, maka sudah lebih empat bulan Riza tinggalkan DIARI LUSUH yang usang ini. Bukan tidak ada perkembangan diri dan bukan tiadak ada perkara yang hendak diperkatakan tetapi terlalu banyak perkara, sehingga tidak tahu mana satu yang hendak diceritakan... Akhirnya cukup sekadar update di Facebook dan Tweeter saja.. Bukan tak teringin nak update blog tapi bila kepenatan melanda dan ada waktu-waktu kebosanan jua menerjah, maka jari jemari ini juga mengikut jejak tuannya.. ;)

Ok, sewaktu mengambil keputusan untuk menaip kembali disini, macam-macam terbang melayang dalam kotak fikir ini. Nak tulis itu, nak tulis ini.. opss.. nak taip macam-macam bukan nak tulis.. hehe... Riza cuba listkan apa yang Riza terlepas untuk update disini: 

1. Pengambaran DIARI SIPENAMBANG, drama bersiri 13 episod di Sarawak pada Januari 2012. 
2. Pengambaran drama muzikal 13 episod RUBIAH.
3. Pengambaran 13 episod MASAK LOMAK CILI API 3. 
4. ...dan pelbagai rencah yang diselit2 untuk mencukupkan perisa jiwa... ;) 

 Riza akan cuba untuk menulis / menaip beberapa perkara pada hari ini juga.. opss... insyaAllah.. sebab baru teringat perlu menyiapkan beberapa sinopsis.. Hah! Satu lagi telemovie SUCI SEORANG NUR telah ditayangkan pada penghujung Mei lalu diTV1.. Script by me.. Ok lah.. Kejap lagi Riza akan sambung lagi... sebab alarm dah bunyi untuk menaip sinopsis baru! 

Jumpa later2 ye! Salam! ;)



Wednesday, February 08, 2012

Mai mai mai bersama Riza! ;) ~ Video ~


Sedikit bicara tentang aktiviti 2011 bersama GCT... :)

Saya Tak Hirau Kata Nista, Saya Teruskan Jua...


Riza mula mengajar lakonan sejak penghujung 1980an setelah 3 tahun menimba ilmu didalam bidang teater. Dikala itu tiada ASWARA, hanya menumpang Kompleks Budaya Negara. Sejak 1986 aktif tidak berhenti hingga kini. Sambil berlakon, menulis skrip dan mengarah, Riza selang seli dengan mengadakan bengkel senilakon, penulisan skrip dan pengarahan. Video 'gambar' ini merupakan bengkel terbaru Riza bersama team Riza, Green Creative Team(GCT)yang telah diadakan pada 5 Feb di Studio GCT.

Bengkel seterusnya akan diadakan pada 19 Feb, AHAD mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

YURAN cuma RM150 termasuk makan minum, sijil, bahan kuliah dan tiga orang tenaga pengajar termasuk Hilal Azman dan Saddiq Raffali.

LOKASI:
GCT STUDIO
No 12.2A Ukay Boulevard.
MRR2, Hulu Kelang.
http://g.co/maps/fmccq

TEL: 03-41621151 (Office)
012 3133224 (Shahriza)
012 6161418 (Saddiq)
012 7531952 (Ikhsan)
013 3851662 (Dean)

FB Email: shahriza@facebook.com