Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Sunday, July 03, 2011

Kemalangan Lori

2 Julai, Sabtu 2011. Sekitar jam 2.20pm perjalanan Riza bersama suami dan adik beradik yang sedang menuju ke ke Alor Setar terhenti bermula di +-KM262. Selama hampir 2 jam kenderaan bergerak amat perlahan.

Dari pelbagai jangkaan, akhirnya ini jawapan yang kami temui. Kemalangan lori yang terbalik dan menghalang jalanraya. Jalan menuju ke utara terpaksa dilencongkan ke arah bertentangan di mana pembahagi jalan telah dibuka untuk memberi laluan. Sebenarnya sebelum kemalangan lori yang ini, ada satu lagi kemalangan lori yang membabitkan lori tangki 'liquid oxygen' di sekitar lebuhraya selepas Sungai Buluh dan ianya juga menyebabkan kesesakan lalulintas. Namun kemalangan yang kedua lebih teruk dan membabitkan kecederaan kerana sebuah ambulan telah melepasi kenderaan kami ketika bersesak di dalam terowong. Gambar-gambar ini Riza capture dari rakaman video yang Riza rakamkan sewaktu kereta sudah bergerak selesa. Maaf tak ada info lengkap kerana kami cuma melintasi kawasan kemalangan dan jalan telah ditutup. Rasanya lori ini membawa muatan bahan-bahan kitarsemula.



No comments: