Wednesday, November 09, 2011

UJIBAKAT, Promosi, Ruang Niaga di Karnival Bolasepak Alor Setar 18 & 19 November

ATTENTION ORANG UTARA!
Salam and good day to all! I will be in Alor setar on 18 & 19 November 2011 for 'Karnival Bolasepak' at Stadium Darulaman.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai UJIBAKAT seni ( meliputi lakonan, nyanyian, seni bela diri, peragaan (modelling) dan apa saja bakat yang anda ada, sila berkunjung ke tapak karnival=BOOTH ARTIS di PERKARANGAN STADIUM DARULAMAN.

Sila bawa profile dan gambar-gambar yg telah dicetak bersekali dengan profile anda. Bersedia dengan keberanian diri dan buat sedikit kajian dan latihan sebelum hadir ujibakat kerana ianya dapat membantu anda.

UJIBAKAT akan diadakan pada 18hb JUMAAT sekitar jam 3 petang sehingga 7ptg. Ujibakat akan dikendalikan oleh saya sendiri dibantu oleh Saddiq Raffali dan Am Raja Lawak.

Untuk hari SABTU 19 November, UJIBAKAT akan bermula mulai jam 10 pagi hingga 3 petang. Pada jam 8 malam, mini konsert persembahan artis akan diadakan selama sejam sebelum Pertandingan Akhir Bola Sepak di Stadium Darulaman. Saya bersama suami, Saddiq Raffali dan Am Raja Lawak akan mengacarakan persembahan. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Jamal Abdillah, Rash Alleycats, Faraa Nora safwan IK3 dan Nurul IK2.

Sekiranya hasil dari UJIBAKAT menemukan bakat yang benar-benar bagus dan layak, Insyaallah anda akan saya bawa ke pentas stadium bersama artis-artis lain!

Semua yang menghadiri UJIBAKAT (jika terpilih) akan mendapat 'keistimewaan' bagi setiap kali Bengkel Seni yang diadakan oleh saya bersama Mastershot Event & Talent Management. Bukan itu saja, setiap bakat yang mempunyai kriteria yang diperlukan bagi setiap pengambaran akan dihantar untuk 'private audition' bagi setiap produksi kendalian saya.

Pendaftaran untuk bengkel Senilakon dan Penulisan Skrip juga akan dibuka di tapak Karnival.

Kepada artis-artis baru dan lama yang ingin membuat promosi lagu/CD/filem/drama dan sebagainya sila hubungi saya. Jika bersesuaian dan bertepatan, ruang masa akan diberikan untuk memperomosikan karya seni anda di BOOTH ARTIS.

Bagi anda yang ingin menyewa tapak niaga, ruang sewa masih dibuka untuk 20x20, 20x10 dan 10x 10.

Segala pertanyaan sila hubungi 012 3133224 atau mesej saja di sini atau email/inbox di: shahriza@facebook.com ATAU yoriza@yahoo.com TETAPI TOLONG BACA dengan teliti maklumat yang telah diberikan di sini. Jangan bertanya soalan yang telah ada jawapannya.. ;) peace..

TERIMA KASIH!

Wednesday, November 02, 2011

Intensive Acting Workshop (Characterization)

@Pinggiran Ukay, Kuala Lumpur. 30th October 2011. 10am-10pm.
Students: Akmal, Hazwan, Fida, Farid, Jojo.














Pujuk Memujuk

Kencang skala nafas tidak menentu,
terhasil rajuk denyut jantung melulu.
Hati sering menguji resah minda,
jiwa mengalah demi nadi terus bernyawa.

Shahriza MAHMUD
Rabu 2 Nov 2011
BAKL