Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Friday, June 17, 2011

Mimpi Peluk Anak Buaya


Riza jarang-jarang bermimpi tapi kalau mimpi, samada mimpinya selalu melambangkan sesuatu yang bakal terjadi atau cuma mainan tidur kerana terlalu banyak berfikir. Ada yang Riza tafsirkan sendiri. Jika terasa ada sesuatu yang negatif akan berlaku, maka Riza positifkannya. Ada mimpi yang amat sukar untuk ditafsirkan terutama mimpi-mimpi yang selalu berulang-ulang seperti mimpi berada di satu perkampungan yang dipenuhi ramai orang. Suasana selalunya meriah, macam majlis bertemu adik beradik dan Riza berasa cukup selesa berada di sana. Tempatnya memang Riza kenal namun tidak ada di dalam dunia nyata Riza. Walau seramai mana orang-orang di dalam mimpi Riza, seakrab mana Riza dengan mereka, Riza tetap tidak dapat mengingati wajah mereka apabila terjaga. Apa yang Riza ingat cuma keseluruhan acara dan perjalanannya.

Di Pagi Jumaat yang mulia ini, Riza tiba-tiba bermimpi yang aneh. Tidak di lokasi selalu. Ianya bermula dengan pelbagai perkara, suasana sibuk dan ramai orang hinggalah ke saat waktu masing-masing masuk tidur...tiba-tiba Riza ternampak kelibat seorang lelaki yang Riza kenal amat walau dia bersembunyi di sebalik cermin kaca dinding. Dari bahagian paras kakinya Riza sudah kenal siapa orangnya walau muka tidak jelas. Sudah banyak kali Riza bermimpikan lelaki ini yang sebelum ini berkali-kali datang di dalam mainan tidur Riza memohon maaf.


Riza berpura-pura tidur, malas nak ambil tahu. Tiba-tiba ada rasa kurang enak. Riza lihat di bawah pintu yang cuma lebih kurang dua kaki jaraknya dari kepala Riza (kami semua tidur di atas lantai)hadir berpuluh-puluh ekor ulat besar yang berwarna putih dan belang hitam atau kuning, tidak pasti. Mula-mula Riza tidak pedulikan, kemudian muncul pula sesuatu seakan lintah hitam tapi ianya menggeletik seolah melompat-lompat. Jumlahnya pun banyak juga. Riza terus kejutkan rakan-rakan dan semua panik. Lintah itu menjadi semakin banyak dan melompat-lompat dimerata-rata. Kami berlari. Dalam perlarian itu, Riza sambar seekor kucing yang seakan aruah kucing Riza, Boboi yang telah pergi tetapi bulunya tidak selebat Boboi dan tidak ada warna tompok putih di tubuhnya. Riza sayang sangat kucing yang Riza ambil itu. Kami berlari tak tentu arah. Lelaki yang bersembunyi tadi rasanya masih di situ.


Dalam perjalanan Riza berjumpa dengan seekor anak buaya yang seperti kehilangan arah. Riza ambil dan bawa berlari sama. Tiba-tiba terjadi seakan kucing dan anak buaya tadi menjadi satu. Anak buaya tadi tetap anak buaya tetapi dia tidak mempunyai kulit yang keras macam seekor buaya. Badannya halus lembut macam kulit kucing jika tanpa bulu. Dalam mimpi ini dipenuhi dengan kasih sayang yang amat mendalam. Riza peluk anak buaya yang tidak lagi berkulit kasar itu dengan seerat-eratnya. Riza sayang sangat kepadanya. Tak tahulah dari mana datangnya perasaan itu. Hingga terjaga, Riza masih terasa amat sayangkannya.

Namun tiba-tiba macam ada satu kuasa yang telah membuatkan anak buaya yang Riza peluk erat tadi melompat jatuh dan dia bertukar menjadi sesuatu yang lain. Ianya jauh lebih kecil dan ada banyak kaki seolah berbentuk berus kain yang kita selalu gunakan tu... berus plastik... Riza menjadi bingung... 'Berus' itu melompat-lompat seolah meminta tolong... Riza rasa macam menjerit tapi tiada suara...Kemudian Riza terjaga! :)

Hehe... Pelik, namun tetap hanya mimpi. Ada sesiapa yang nak menafsirkannya? Ada yang kata, kalau jumpa buaya, ada bahaya dan ada yang kata rezeki tapi ini anak buaya tanpa duri di badan. Ada buaya, ada kucing, ada lintah, ada ulat dan ada lelaki yang mencurigakan serta ada kawan-kawan yang tanpa wajah. Wallahualam.

2 comments:

IMAM MUDA AZZAM said...

Testing! Testing! 1,2,3...A,B,C...Ayq Batu Cmpoq Segelaiiihhh...Sooo Thirstyyy! ;(

IMAM MUDA AZZAM said...

Hai makngah,moga makngah sihat.NI hah makngah,azzam ada beberapa tip bagaimana utk mengelak drpd mimpi buruk...1)JANGAN LAH MAKNGAH MENINGGALKAN SOLAT! 2) BANYAKKANLAH MEMBACA AL-QURAN & BERZIKIR!...DAN YANG TERAKHIR, AMBILLAH WUDUK SEBELUM TIDUR. YG LEBIH AFDAL, TUNAIKAN SOLAT SUNAT WITIR SEBELUM TDO...FADILATNYA, 2 MALAIKAT AKAN DIUTUSKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK MELINDUNG MAKNGAH HINGGA KE SUBUH...TAPI MAKNGAH KENA INGAT 1 PERKARA, SETAN AKAN MENGIKAT LEHER MAK NGAH dgn 3 tali SEMASA MAKNGAH TIDO!Untuk melepaskan diri,
1)BANGUN DGN NIAT UTK SOLAT SUBUH. 2)BANGUN DGN MENYEBUT NAMA ALLAH.YANG TERAKHIR,BANGUN LALU MENGAMBIL WUDUK. Sekian tip AZZAM utk MAKNGAH. INSYAALLAH kalau MAK NGAH amalkan tip AZZAM ini, MAKNGAH akan bebas drpd mimpi buruk yg berpunca drp gangguan tut......... . "AU'ZUBILLAAAHIMINASYSYAITOOONIRRROJIIIM!!!"