Thursday, November 26, 2009
Wednesday, November 25, 2009
CBBS - Catatan Biasa-Biasa Saja

Salam!
Riza sedang dalam proses untuk mengalihkan blog Diari Lusuh ke blog baru di http://blog.shahrizamahmud.com
Blog yang baru, Riza namakan Shahriza Mahmud: Catatan Biasa-Biasa Saja ( CBBS ).
Ini cuma proses percubaan. Jika ianya berjaya dialihkan sepenuhnya ke sana, Riza akan kekal di sana, sebab Riza nak cari formula mudah untuk pencarian bahan-bahan di dalamnya. Pun begitu, Diari Lusuh akan kekal.
Riza mengharapkan rakan-rakan dapatlah meluangkan masa untuk mengikuti blog CBBS melalui kotak 'Networkblogs' yang disediakan di CBBS.
Sesekali nak beralih angin.. ;)
Terima kasih atas sokongan anda ye!
| Riaksi pembaca |
Tuesday, November 24, 2009
Isma & Zul Memang Hebat
Masih ramai yang tidak tahu tentang kehebatan Isma & Zul yang kini sedang bertarung di dalam pertandingan tarian Sehati Berdansa yang ditayangkan di Astro Ria setiap Sabtu jam 9 malam. Tonton sendiri, anda akan faham apa yang Riza maksudkan. Enjoy! ;)
| Riaksi pembaca |
~ Sinar Cahaya Ayat Kursi ~
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk ke rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Subhanallah. ..
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
1. Baca dan simpan sendiri ilmunya.
2. Khabarkan kepada semua yang anda kenali dan InsyaAllah redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
AMIN......
p.s:
Dari forwarded email.
| Riaksi pembaca |
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Shahriza Mahmud
- Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
- This page is about me, my thoughts, my writings, my career, my happiness, my sadness, my everything.I was born as an artist without knowing the real talent I had in me.Setelah mendapat kurniaan besar itu, aku kadangkala dipermainkan oleh dunia yang kecil ini.Lost in my own creative world.. Too passionate in acting, writing and directing.. but there are problems buried beneath everything, when hard works and talents is too cheap to handle the demand by the cold industry. Hanya DIA yang mengetahui segalanya.Aku menyukai hampir segala-galanya yang ada di mukabumi ini. Aku suka mencuba sesuatu yang baru, menarik dan memberi ilmu dunia dan akhirat. Aku senang mendekati sesiapa sahaja yang tiada muslihat, yang ikhlas.Perjalananku masih jauh untuk mencapai segala hajat yang tinggi ini. Aku masih sayangkan dunia lakonanku. Aku mengharapkan tawaran. Mereka katakan aku sudah berhenti. Mana mungkin. Aku masih mencintai lakonan, penulisan dan pengarahan yang telah aku tetapkan dalam hati ini sejak mula melangkah ke dunia yang serba asing ini.Katakan kepadaku bahawa kamu punya sesuatu yang indah buatku lebarkan sayapku ni.Hanya Allah mampu membalas segala ingatan dan pertolonganmu.amin.



