Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Tuesday, January 27, 2009

Kenapa Diari Lusuh?

Di waktu ini, di pagi subuh hening ini, di ketika nyanyian burung hutan berlagu sesekali, bersaing cengkerik dan si 'riang-riang', aku di dalam kedinginan yang syahdu di pertengahan puncak Genting Highlands yang nyaman teramat. Telah dua hari berlalu tanpa aku melarikan jemari ini di papan kekunci 'laptop'ku. Maka apa yang akan kucoretkan di sini akan menjadi lusuh dengan sendirinya kerana ianya telah berlalu...

Sedari kecil, emak telah memberikan aku dan adik beradikku sebuah diari pada setiap tahun baru (baharu)..err..maaf, tak biasa dengan ejaan baharu ini ;)..

Mak kata,
Tulis apa saja yang terasa di hati dan luahkan segala yang terbuku di dalamnya setiap hari...
Ya..aku telah melakukannya pada setiap hari... Rupanya itu adalah cara bagi emak untuk mengajar kami pelbagai rahsia kehidupan secara tersusun. Walau masih di bawah usia 10 tahun, kami telah membiasakan diri menulis sesuatu pada setiap hari di dalam diari yang dibelikan emak..

Itu dulu..Sejak dewasa, sejak berkomputer, sejak menulis atau lebih tepat menaip skrip, aku menjadi malas untuk menulis ke dalam diari pada setiap hari.. Namun tetap aku berusaha untuk menyimpan ingatan apa saja peristiwa untuk aku catatkan kemudian..

Maka lusuhlah ia setelah catatan itu terkemudian dari masa jadinya..


Kerana itu, terciptalah DIARI LUSUH ini..

..dan..sejarah dua hari lalu masih belum kuceritakan di sini.. mungkin besok akan aku turunkan dari minda lusuh ini di sini..

Jika lusuh, maka biarlah ianya masak dan padat dahulu sebelum diluahkan.. ;)

2 comments:

KakiAyam said...

Assalamualaikum.Thanks sebab sudi jadikan blog saya sebagai blog yang saudari ikuti.Kira saya amat berbesar hati bila ada orang sepopular saudari sudi nak jenguk blog saya. Saya bukan la insan seni spt saudari. Tapi saya memang minat kepada seni. Tak kira la seni apa.. seni lakonan,seni silat, seni lukis dan seNila Baju. Lama juga saudari dah tak muncul di kaca (err.. rasanya skrg orang panggil skrin )TV. Nampaknya saudari bekerja di balik tabir. Tak kisah la di balik mana saudari berkarya..asalkan saudari bahagia.

Shahriza Mahmud said...

Salam kembali,
You are most welcome..Saya insan biasa macam saudara juga. Sedang dan masih dalam proses untuk mengembalikan kehidupan biasa dan mengimbanginya antara dunia artis dan orang biasa. Saya lebih percaya dan menyukai dunia orang biasa.. ;)

Terima kasih atas doa..