Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Wednesday, June 03, 2009

'Apa Kes'?


ISNIN 1 Jun 2009, jam lebih kurang 11pm, sepulang dari Genting Highland bersama rakan-rakan, Riza ke Uptown Danau Kota untuk menukar seluar jeans yang dibelikan orang tersayang kerana saiznya kecil sikit.. :).

Sewaktu hendak pulang Riza terjumpa dengan 3 orang anak muda yang baru pulang dari membuat promosi Digi Broadband. Saddiq menegur mereka kerana berminat untuk mengetahui tentang promosi Digi. Mudah mengenali mereka kerana mereka memakai baju kuning Digi.. Kami duduk sambil minum-minum di restoran bersebelahan Hospital Danau Kota. Mereka bercerita dengan penuh bersemangat. Terima kasih. Setelah puas mendengar penjelasan dan berbual kosong, kami meminta diri untuk pulang.

Diwaktu ini, lebih kurang jam 1.30 pagi ( 2 Jun ), tiba-tiba sebuah kereta mewah dipandu laju membunyikan hon berpanjangan dan berhenti di depan restoran. Bingit!

Dalam masa sekelip mata kelihatan beberapa orang lelaki berlari di sana sini. Kami menjadi bingung kerana tak pasti apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba seorang lelaki menolak dengan laju kereta sorong yang digunakan untuk menjual 'steamboat'. Api dapur menyala kuat kerana sesekali tercurah dek air rebusan makanan. Terdengar jeritan lelaki-lelaki yang beraksi ketika itu. Semuanya berpakaian biasa.

Diketika ini, kami sudah memahami bahawa seorang lelaki sedang diserbu oleh orang-orang penguatkuasa DBKL kerana berniaga tanpa lesen di tepi jalan. Berlaku tolak menolak dan berbalas kata di antara pegawai DBKL dan lelaki tuanpunya kereta sorong tersebut.

Hati ini menjadi panas dan geram. Riza memang pantang dan sakit hati bila lihat orang dibuli. Apatah lagi ianya berlaku di depan orang ramai yang sedang menjamu selera.

Niat hendak pulang Riza tangguhkan. Riza dan Saddiq bergerak hampir ke kereta dan van DBKL untuk melihat dan mendengar dengan lebih jelas perbalahan mereka. Dalam waktu yang sama, seorang lelaki yang duduk menjauh menghampiri kami. Dari gayanya seperti orang dekat dengan lelaki yang sedang dikerumuni kumpulan penguatkuasa DBKL itu.

Dalam waktu yang sama, kami mendengar dan melihat kejadian, kami juga berbual dengan lelaki ini yang merupakan adik kepada yang sedang ditahan dan diberi 'lecture' di tepi jalan. Jarak antara Riza dan kumpulan yang sedang bertekak itu cuma kurang lebih 1 meter. Sekarang Riza perasan ada seorang atau dua di antara mereka memakai jaket berlogo DBKL dan RELA. Tiada anggota polis.

Rupanya lelaki yang ditahan ini pemegang kad pengenalan merah. Yang tak sedap didengar sewaktu mereka bertekak, pegawai DBKL berkata kepada lelaki yang ditahan,"Mana kau dapat IC ni? Kau bayar siapa untuk dapat IC ni?".

Cukup menghairankan kerana rupanya lelaki ini sudah 3 tahun berniaga tanpa lesen tetapi tidak pernah diberikan surat saman? Tiap kali ditahan, cuma barangannya sahaja diambil satu atau dua. Riza bertanya kepada adik lelaki itu, kenapa tak mohon lesen? Dia jawab IC merah tak boleh dapat. Riza kata, kenapa tak guna nama isteri? Dia diam.

Lelaki tersebut rupanya dah berkahwin dengan orang sini dan mempunyai 3 orang anak. Punya kereta mewah, 4 lokasi perniagaan 'steamboat', ramai pekerja dan mempunyai kedai jamu sendiri di merata tempat! Sekarang Riza faham kenapa pegawai DBKL itu marah sangat bila dia kata,"Mana kau dapat duit banyak ni? Kau ada IC, kau ada kereta mewah, kenapa nak berniaga di sini lagi?".

Kalau dah syak kad pengenalan palsu, kenapa tak ambil tindakan susulan? Kenapa tak buat laporan polis atau imigresen? Bila dah jadi macam ni, kita juga boleh terfikir siapa yang sebenarnya kena bayar setelah 3 tahun bebas berniaga di tepi jalan?

Rupanya kereta mewah yang membunyikan hon berpanjangan dan berhenti macam gangster di depan kami tadi adalah kereta lelaki yang berniaga itu. Dia sengaja membuat kecoh untuk menghalang peguatkuasa DBKL dari mengangkut barangannya. Memang taiko mamat ni! Agaknya kalau mamat ni punya IC biru, kena belasah tak?

Wow!
Apa kes sebenarnya?

10 comments:

D'Rimba said...

Jangan gaduh-gaduh tak baik. Hehehe...Macam skrip pula. Akak jangan lupa ha hadirkanlah diri ke Majlis Baca Puisi di Rumah Pena 5 Jun jam 8 malam Jumaat ini. 6 Jun jam 8 malam pula di Rumah Pena ada persembahan lagu Melayu asli dari kumpulan anak muda bergelar Dewangga Sakti. Jumpa di sana ya sudilah hendaknya boleh bagi dengar lagu yang saya tulis sajaknya itu untuk minta pendapat akak nanti.

D'Rimba said...

Terlalu banyak pendatang mengutip hasil bumi di tanah air sendiri dulu dan kini tidak tahu mengapa masih berterusan begini sedangkan politik berdegar sana sini padahal ekonomi masih terjajah lagi. PELIK tidak seperti negara lain jika politik dikuasai sesuatu bangsa maka ekonomi juga akan dikuasai bangsa itu juga.

Rantong said...

Dalam menangani kegawatan ekonomi, sentiasalah membaca doa ini selepas solat sunat Dhuha. Insyallah, kita akan berjaya.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

View Profile: Rantong™

Shahriza Mahmud said...

D'Rimba..
:( 5,6,7 berada di Tanjung Bidara Melaka,Perkampungan Budaya Jabatan Kebudayaan.. Rakam video ya! Sampaikan salam pada sesiapa yang mengenali! Selamat! ;)

Kecoh pendatang seperti tak akan selesai..

TERIMA KASIH RANTONG!

D'Rimba said...

Ala, tak ajakpun pergi Tanjung Bidara ngan Pasar Larut Malam Danau Kota? Hehehehe......Sampai hati.

Shahriza Mahmud said...

Dah awak ada show.. camner nak ajak.. ;) jabatan kebudayaan yang jemput melalui SENIMAN. Wakilkan SENIMAN .. hehe..

Pasar Larut malam tu.. pi lah sendiri! hehe!

ain fathihah said...

salam..
kak shahriza mahmud..

awak ni artis ke?
mama saya kata awak artis.
saya tak kenal pun..

salam kenal (n_n)

jaga diri ye

Shahriza Mahmud said...

salam ain,
ya, betul.. ;)
kalau rajin tengok citer MASAK LOMAK CILI API , TV2 setiap selasa jam 8.30 malam. Kak Riza dah lama berlakon. Masa drama2 yg popular dulu, ain masih kecil kut.. ;)

Kirim salam mama ain..

ain pun jaga diri selalu ya.. ;)

Ogie said...

Salam Riza...

Hows life...hmm...akak memang goma tengok masak lomak cili api tu.....kelaka boto!!! Toghok boto kalu tak dapek makan lomak cili api yo?...Nasib baik laa...laki akak tak cam tu....kalu tak mampush den...ha ha ha ha...

Riza....u kenal ke dengan Rozana..kadang kadang pakai nama Roza Walis....sbb akak ada nampak gambar dia kat dlm blog u ni....

Apapun Riza....akak masih ingat lakonan Riza dlm Jaguh2...he he he...cool....

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Shahriza,

itu sebahagian "bukti" bahawa undang-undang dan pelaksanaannya begitu "lemah" di bumi kita ini - Malaysia !.