Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Tuesday, September 06, 2011

Mencari Pengacara Pelbagai Bangsa


Salam semua! Masih lagi dalam mood raya? ;) Syawal sebulan, pasti banyak rumah terbuka di Kuala Lumpur. Ok, hari ni Riza sedang mencari PENGACARA yang berbakat yang boleh dibentuk untuk satu program 'Majalah' sebanyak 13 episod yang memerlukan 3 orang pengacara dari pelbagai bangsa. Tidak kira perempuan atau lelaki, yang TERBAIK sahaja akan dipilih.

Umur? Jika anda rasa anda masih berwajah comel dan remaja, boleh saja! ;) Untuk itu proses pemilihan memerlukan:

1. Peringkat pertama: Sila rakam demo anda menggunakan video (boleh saja menggunakan kamera telefon). PERKENALKAN diri dan persembahkan / acarakan dialog di bawah. Sebaik-baiknya hafal dan rakam. Boleh dibuat dengan pelbagai gaya dan cara.

"Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut:- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia. Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan. Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan. Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan."

2. Hantar rakaman anda / EMAIL SATU COPY ke yoriza@yahoo.com , SATU COPY ke shahriza@facebook.com dan UPLOAD SATU COPY ke MASTERSHOT facebook page.

3. Untuk setiap EMAIL yang dihantar WAJIB disertakan:

a. NAMA PENUH
b. NAMA FACEBOOK
c. UMUR
d. NOMBOR TELEFON
e. ALAMAT EMAIL
f. BEBERAPA KEPING GAMBAR TANPA CERMIN MATA!

PLEASE TAKE NOTE:
***VIDEO UPLOAD ke MASTERSHOT tidak perlukan semua maklumat di atas!***

4. Jika terpilih untuk PERINGKAT KEDUA, anda akan dimaklumkan dan akan dipanggil untuk ujibakat di STUDIO.

5. TARIKH TUTUP:
URGENT! ANYTIME FROM NOW!

TIPS:
1. Hafal bahan yang diberikan.
2. Ceriakan wajah anda! ;)
3. Gunakan sedikit solekan.
4. Rakam dalam cahaya yang terang.
5. Rakam di luar, seperti taman dll.

PERHATIAN!
SILA BACA SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DENGAN TELITI SEBELUM BERTANYA SOALAN YANG SUDAH ADA JAWAPANNYA.

TARIKH SEBARAN:
6 SEPTEMBER 2011
MASTERSHOT Event & Talent Management

11 comments:

shalina said...

akak ! saya rasa terpanggil untuk mencuba , nak kena hafalkan script n buat video dulu . INSYAALLAH :)

Shahriza Mahmud said...

Yes dear.... Selamat mencuba ye! Jangan lupa hantar cepat... :) GOOD LUCK!

A.K.U dan K.A.M.I said...

This one sampai bila kak..?
Macam best je.. :)

A.K.U dan K.A.M.I said...

Bila tarikh akhir boleh submit kak?
Cam Best je.. :)

lasiaf dhom said...

closing date bila erk....

Izan Ali said...

teringin nak mencuba nasib...

GadisKechil said...

kak . tak ada tarikh tutup yang fix eh kak ? and kalau muke saya berjerawat . macammane ?

Shahnas2u said...

Assalamualaikum! Saya berminat untuk sertai. Saya soalan, boleh ke ubah sedikit susunan skrip selagi ia tidak lari daripada maksud asal?

faisal said...

sudah hantar..:))

Mun Kit said...

salam akak . saya baru je dapat tahu . masih boleh hantar video tak ?

Shahriza Mahmud said...

Salam semua. Sampai saat ini masih boleh hantar. Harus ikut bahan yang diberi. TQ. :)