Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Friday, January 23, 2009

Antara nyata dan kenyataan..


Apabila kenyataan dibalas dengan soalan, maka ianya bukan lagi menjadi kenyataan. Ianya tidak lagi nyata pada penerima kenyataan itu. Maka jadilah ianya suatu perdebatan yang melencong jauh sehingga tersasar dari landasan asas arah tuju kenyataan itu dibuat.

Kenapa harus ada perdebatan bila sesuatu kenyataan itu tidak menyentuh peribadi tukang soal? Mengapa harus ada hasad yang tersorok untuk membangkitkan persoalan demi persoalan? Sedangkan apa yang dinyatakan cukup jelas bagi yang bijak memahami dan ikhlas merenung apa yang nyata dan apa yang hanya dongengan belaka.

Jangankan kalian, malah aku juga terkadang keliru dengan jenis manusia sebegitu. Namun setelah kupujuk minda yang masih waras bersoal dan menjawab dengan rasional pada nafsu amarah ini, maka ianya terlerai dengan sendirinya..

4 comments:

Ajami Hashim said...

ermm.. apakes?

Shahriza Mahmud said...

tak der..terkadang rasa penat, bila apa saja yang keluar dari mulut kita ataupun melalui tulisan, ada saja yang mencari salah.. Padahal luahan hati sendiri pun nak dijadikan isu..pelikkan manusia ni?.. :) hemm..

KakiAyam said...

Hmm.. tengah pikir apa yang tersirat di dalam jiwa anda. Tapi sebelum tu..err saya sakit perut la pulak. Siapa pulak kat dalam tu.. copat la sikit...

Shahriza Mahmud said...

Cubalah tafsirkannya KakiAyam..
hemm..saya suka kerabu kaki ayam..fuhh!! ;)