Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Wednesday, August 24, 2011

Menanti Yang Tidak Pasti

Gambar ini Riza capture dari video promosi Filem HIDDEN The Movie yang telah menjalani pengambaran pada 4 tahun yang lalu di bawah arahan Sameet Baadkar, seorang pengarah dari India.

Di dalam facebook Riza pun, ada Riza upload gambar-gambar Riza yang disolek sebagai lembaga yang sedang menanti ini, yang menyebabkan ada di antara rakan-rakan yang menyuruh Riza gantikan gambar profile dengan gambar yang lain kerana tak sanggup melihatnya. ;)

Kenapa Riza kata Menanti Yang Tidak Pasti? ;)

Di dalam filem ini Riza menjadi lembaga wanita yang sedang menanti kehadiran anaknya (special appearance). Iye ke? :) Realitinya, Riza dan rakan-rakan yang terlibat di dalam pengambaran ini juga sedang menanti waktu tayangannya.

Apa yang membuatkan Riza menulis sedikit coretan ini adalah kerana, tadi tiba-tiba ada satu sms masuk ketelefon bimbit abi Riza menyatakan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 13 Oktober tahun ini... Wallahualam... Riza belum mendapat jawapan pasti lagi.

Untuk filem HIDDEN ini Riza juga menyediakan bakat-bakat dari Malaysia, samada sebagai bakat tambahan mahupun yang special appearance cast. Apa yang pasti ramai yang terlibat di dalam filem ini telah 'membesar' :) ...samada di dalam kerjaya mereka ataupun usia mereka. Watak anak Erra Fazira sewaktu berusia lingkungan beberapa bulan kini sudah boleh bercakap dan berlari! Hehe!

Sama-sama kita menanti dengan sabar.... :)

LAKONAN:
CHRISTOPHER ATKINS, ERRA FAZIRA, ELLAN DALE dll...

ARAHAN & SKRIP:
SAMEET BAADKAR

4 comments:

eLham Hardy said...

Movie ni yg ade Christopher Atkins & Erra Fazira tu kan Kak riza? Tertunggu- tunggu juga bila masa tayangan movie ni since beberapa tahun lepas. Selalu gak tgk trailer movie ni dalam youtube. Tak Sabar nak tengok.:-)

Shahriza Mahmud said...

Yeap , right. Ada ura2 nak tayang oktober ni... entah lah... kita sama2 tunggu! :)

nurul azmie said...

berakhirnye sebuah penantian..
tgk ni kak.. http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2007.7522.hidden.13809

Shahriza Mahmud said...

thanks dear! :)