Izinkan daku bercerita tentang seorang ibu yang sanggup menulis surat kepadaku dan dihantarnya menggunakan pos berdaftar hampir setiap hari kepada anak manjanya ini yang sedang belajar jauh dari keluarga diketika itu. Jika tiada sepucuk surat untukku pada setiap kali penghantar surat tiba, aku akan merajuk. Apabila emak menelefon di malam harinya, akan kutanya kenapa tiada bingkisan untukku. Emak lantas berkata, surat telah diposkan, mungkin akan tiba besoknya.
Bayangkan, sudahlah seorang ibu sanggup menelefon hampir setiap hari, aku 'demand' surat lagi? Hemm.. Namun itulah ibuku Hajjah Hindun Haji Mohd. Darus yang tanpa disuruh akan melakukan yang terbaik buatku. Sehingga ke hari ini, emak tak pernah melupakan tarikh lahir setiap dari anak-anak, cucu-cucunya malah hampir semua ahli keluarga termasuk makcik pakcik dan sepupu2ku! Emak bagaikan 'alarm clock' buat kami semua. Dia akan menghantar sms mengingatkan tentang tarikh lahir seseorang dan bertanya samada kami telah mengucapkan selamat kepada mereka!
Emak akan mengirim pesanan ringkas dan kemudian menelefon semata-mata untuk mengucapkan selamat kepada kami. Semuanya bukan dekat. Ada yang di Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan merata Malaysia! Kalau dulu, emak sanggup berlama di kedai buku untuk memilih kad-kad ucapan untuk dikirimkan. Itu ibuku. Itu guruku. Emak punyai ramai anak murid yang menyayanginya.
Sebagai anak murid dan anaknya, aku kadang-kadang terasa cemburu bila emak menunjukkan kasih kepada anak muridnya yang lain. Emak sanggup mengeluarkan duit gajinya semata-mata untuk membelikan hadiah buat anak-anak muridnya yang cemerlang. Emak sanggup membeli kad raya dan kad harijadi untuk anak muridnya. Tak hairanlah kalau setiap kali menjelang hari raya, emak cukup glamor dengan timbunan kad raya yang dia terima!
Itu lah sedikit tentang ibuku yang merupakan ibu kepada ramai orang..
Aku bertuah, amat bertuah!
Terima kasih ALLAH.. Terima kasih TUHANku yang Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah memberikan aku seorang ibu yang cukup mengerti dan mulia di sisimu!
ALHAMDULILLAH...
SELAMAT HARI IBU BUAT BONDA TERCINTA, HAJJAH HINDUN HAJI MOHD DARUS.. I LOVE YOU! Happy mothers day to my sisters! & YOU!
3 comments:
Salam petang Shahriza Mahmud,
apabila kamu catatkan cerita yang sebegini, aku dapat rasakan betapa "rapat sekali hubungan dalam keluarga besarmu" itu,
dan sekali lagi, aku mengingati bahawa ibumu seorang guru (sepertimana kamu catatkan dalam blog aku yang lagi satu (dahulu, sebelum blog baru aku kini)).
apa pun SELAMAT HARI IBU buat bondamu, salam juga dari aku buat bondamu.
Semoga menjadi ibu yang mithali..........
Terima kasih...;)
Post a Comment