Saturday, January 31, 2009

Gara-Gara Logo Bencikan Skim Cepat Kaya


Aku baru saja memuji keluargaku di Facebook semalam..Dalam keghairahan aku menyayangi dan menghormati ahli keluarga dan sahabat di sana, tiba-tiba bagai halilintar aku dipakukan ke tempat yang paling menyakitkan. Semuanya gara-gara logo ini yang telah disalahtafsirkan oleh orang yang tidak langsung aku menduga.

Gara-gara membenci Skim Cepat Kaya, aku kini dibenci seorang insan yang menuduh aku mempromosi skim cepat kaya?? :( Allahuakbar..Subhanallah..Demi Allah..itu bukan aku..

Walau apapun dia telah melepaskan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya aku terima. :( . Bukan aku! Bukan aku! Bukan aku!

Hanya kerana nama laman web empunya logo dan namanya seolah laman skim cepat kaya, tanpa usul periksa aku dihukum, walaupun laman yang aku 'link'kan cuma menceritakan tentang perbezaan dan bagaimana untuk mengenali skim cepat kaya di internet. Aku cuma mahu berkongsi agar tidak ada lagi yang tertipu kerana aku juga seringkali di harass oleh orang-orang yang sebegini.

Niat baikku kini menjadikan aku mangsa akhirnya.. :(

6 comments:

KakiAyam said...
This comment has been removed by the author.
KakiAyam said...

Saya pun pernah jadi mangsa...lesap juga la RM simpanan yang ditabung.. hampeh betul. Tapi saya terima itu sebagai ujian Allah. Pengajaran paling berguna di masa hadapan.

Shahriza Mahmud said...

Terima kasih..semua dah settle.. ;)

Anonymous said...

Say no to Skim Cepat Kaya hehe
semua tu pembohongan, even ejen Beutifull tu pun tipu huhuhu

berhati hati di hari muka :)

Shahriza Mahmud said...

beautiful? ye ke? kita tak terlibat pun.. ;) tanamkan dalam hati. tekad betul2. insyaAllah tak makan saman! hehe!

Anonymous said...

itu sebagai contoh sahaja ..
say no to everything yang melibatkan benda² mcm tu hehe

btw, i takde blog, tapi cuma ada flickr je ..

http://flickr.com/azrill


cheers