Saturday, February 21, 2009

Aku Sebenarnya Suka...


Salam Sabtu kembali rupanya! Cepat benar masa berlalu..

Setelah dua hari tidak dapat, tidak sempat dan tidak larat menulis, hari ini aku gagahkan jua untuk menitipkan sesuatu, agar Diari Lusuh ini tidak sunyi dan kerinduan akan daku yang juga merinduinya.

Aku sebenarnya masih tidak menyedari sepenuhnya bahawa meluahkan dan menulis apa saja yang aku terfikir dan mahukan, sebenarnya adalah kegemaranku sejak azali. Aku tidak tahu. Serius. Ini kerana, aku pernah dan selalu berkata kepada diriku dan juga pada rakan-rakan apabila mereka bertanya tentang hasil tulisanku.

Pertanyaan biasa,"Tengah tulis apa sekarang?".

Selalunya jawapanku,"Kumpul cerita dan tunggu masa sesuai untuk menulis."

Kiranya menunggu ilhamlah kononnya. Itu kebiasaan orang-orang penulis berkata begitu. Namun kebenarannya, aku menunggu 'mood', bukannya ilham. Ilham, aku sentiasa ada, ALHAMDULILLAH. Masalahnya aku terlalu mengikut 'mood' untuk menulis kerana jujur aku katakan, aku ini seorang yang pemalas.. ;) hihi.. Agaknya inilah kerenah anak Pak Mahmud dan cicit kepada Allahyarham Haji Mahmood! Semuanya kena ikut 'mood'! Hehehe!

Aku sedar aku ada 'tools' yang jarang diperolehi oleh orang lain. Aku menyedari kerana apabila aku menilai beberapa karya yang diberikan kepadaku, aku akan berkata,"Kenapa banyak sangat yang tak betul?". Bukan aku nak riak. Aku cuma mahu bersyukur dengan kebolehanku yang gagal aku munafaatkan sepenuhnya.

Nak tahu kenapa? Sebab..kecintaan aku pada lakonan dan pengarahan yang membuatkan dunia penulisanku agak terpinggir dan aku akan lakukannya bila terdesak dan bila ada yang benar-benar menyentuh hatiku. Ini kerana, bila aku mula menulis dengan aktif, maka ramai penerbit dan pengurus produksi tidak lagi mahu memanggil aku untuk berlakon.

Kata mereka,"Shahriza dah berhenti berlakon. Dia sibuk menulis!".

..ataupun, "Shahriza dah mengarah sekarang, takkan nak panggil dia berlakon?". :(

Perkara-perkara begini yang membuatkan aku takut untuk membuat perakuan bahawa aku suka menulis. Hakikatnya memang aku suka menulis! Kalian mengerti? Hemm.. Tak mengapalah. Lupakan saja.. ;)

Aku sering membebel yang bukan-bukan. Aku sering bercerita yang tidak disangka. Walaupun pada awalnya aku mahu bercerita tentang kisah yang berlaku dalam jangkawaktu dua hari lalu sejak aku tidak mencoretkan sesuatu di sini, kini lain pula yang aku turunkan! Nampaknya panjang lagilah penceritaan ini..

Nanti akan ku temui kalian lagi. InsyaAllah.. Buat ketika ini, aku perlu bersiap untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan artis yang juga bekas ahli jawtankuasa Persatuan SENIMAN, Syarifah Shahora dan Mukhriz..

Salam..

6 comments:

KakiAyam said...

shariza..sekadar nak kongsi idea..patut you letak la shoutmix message box kat blog you..boleh kita chatting..hee..hee..sekadar idea je la.

KakiAyam said...

alamak..sorry la pulak. Cam na tak perasan..dah ada rupanya kat bawah nie..I'm Sorry ( tiru stail Amir Rajalawak 3)

Lumut Pagi said...

Salam kak...

rindu pula...lama nak menziarah...
Kak, hati saya sarat gundah. menggunung duka...

kerana khilaf yang sama...
saya berduka semula..

Apa ubatnya?

Anonymous said...

love ur writings! mengasyikkan kalau baca..hehe..apepun all the best for u ;)

Shahriza Mahmud said...

Tu la...kakiayam..mula2 nak marah gak! hehe! nasib baik ada second message..

salam Lumut Pagi..
nape plak ni? apa yang boleh dibantu?.. buat permulaan.. apa hobi yang paling disukai? ;)

Shahriza Mahmud said...

thanks lily!
appreciate it very very much! thanks a zillion! ;)