Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Monday, October 05, 2009

Boboiku sayang...


Kali pertama Boboi masuk 'wad' hampir seminggu dia di sana. Badannya kurus kering dan lemah akibat sakit perut. Kali kedua, dia nyaris dimasukkan lagi tapi Riza cepat memberikannya ubat yang diambil dari klinik.

Hari ini merupakan kali ketiga Boboi sakit agak teruk. Riza baru pulang dari klinik dan sudah mula merinduinya. Menurut doktor, dia harus berada di sana sekurang-kurangnya tiga hari. Walaupun keadaan poket tidaklah mengizinkan tapi apa yang ada Riza korbankan untuk Boboi. Doktor kata 'standby' lebih kurang RM250 dan mungkin lebih. Bayaran berlakon telemovie 'DUIT RAYA' yang telah disiarkan pada hari raya ke-2 hari tu, sampai sekarang pun tak dapat lagi! Tak faham sungguh. Katanya akan dibayar sebelum ditayangkan. Ingatkan dapatlah beraya selesa sikit. :( Dah dua minggu raya, tak de khabar berita! Sms pun tak dibalas. Sunyi sepi. Satu baju raya pun Riza tak beli. Duit yang ada sedikit Riza jimat sebaiknya..

Bukan setakad Boboi yang memerlukan rawatan, Riza pun masih belum sembuh lagi. Tadi sewaktu memandu Riza lupa meletakkan 'padding' dan 'insole' dalam kasut, sakitnya bukan main lagi. Disebabkan sudah dalam perjalanan, Riza terpaksa mengambil alas getah yang digunakan untuk meletakkan barang-barang di dalam kereta agar ianya tidak jatuh. Riza lipat dan letak dalam kasut. Bolehlah. Masih sakit tapi Riza paksakan juga untuk menekan 'clutch'. Sebenarnya duit yang ada itu, Riza nak gunakan untuk buat fisio kaki di Hospital Damai tapi nampaknya Riza kena dahulukan Boboi. Tadi Riza parking depan Damai dan di kanannya klinik veterina. Lepas keluar dari klinik, lama juga Riza renung saja Hospital Damai dan berkata dalam hati,"Tak pe lah..lain kali.."..dan Riza terus memandu pulang.

Berbalik kepada Boboi, pundi kencing Boboi bengkak dan dia tidak dapat membuang air kecil, seolah ada sekatan pada pundinya. Sebab itu Riza tengok Boboi asyik ke tandas tapi tidak ada apa-apa yang dibuangnya.

Perubahannya Riza sedari semalam, apabila dia asyik mencuci bahagian sulitnya dan kelihatan menahan sakit. Jalannya juga perlahan. Dia tidak lagi mengejar dan menangkap kaki Riza, dia tidak lagi menghalang perjalanan Riza setiap kali melangkah. Pun begitu, Boboi berusaha untuk mengikuti Riza dari belakang. Walaupun dia tak berdaya bangun namun selepas beberapa ketika Riza tidak pulang kepadanya, dia kan datang perlahan-lahan dan duduk di belakang kerusi, atau di tepi katil asalkan dia dapat melihat muka Riza.

Aduh..sementara hendak menunggu hari ini, kesiannya melihat dia semalam. Riza pujuk dia dan belai agar dia tidur. Pagi tadi Boboi dapat tidur namun dia asyik terjaga dan nafasnya kencang tersekat-sekat. Riza terus masukkan dia di dalam sangkar dan membawanya ke klinik.

Peliknya semasa di klinik sewaktu doktor memeriksa, Boboi macam selesa dan membiarkan saja walaupun dia sedang sakit. Mungkin dia tahu dia sedang dirawat dan mungkin juga dia kenal klinik tersebut kerana dia pernah dimasukkan ke situ.

Doktor kata, kemungkinan ada batu karang di dalam pundi kencingnya sebab sewaktu dia menekan bahagian pundi Boboi, ianya keras. Jika lambat menerima rawatan ianya boleh membawa maut bagi kucing yang telah berusia. Doktor cadang buat pemeriksaan darah kalau mahu, tapi Riza kata kalau lepas tiga hari tiada perubahan baru lah buat pemeriksaan darah.

Selepas Riza tinggalkan Boboi di klinik, dia dibius agar tertidur sebelum dimasukkan tiub yang akan membuka ruang di bahagian sulitnya. Pasti sakit.. :( Kemudian doktor kata, dia akan beri suntikan air di bahagian-bahagian badan Boboi agar dapat membantunya membuang air kecil kerana sejak semalam badannya telah kekurangan air disebabkan asyik muntah air. Dalam sehari dua akan dilihat perkembangannya.

Semoga Boboi akan cepat sembuh dan dapat bermain kejar-mengejar dengan Riza seperti biasa. Sebenarnya sejak Riza sakit kaki, Boboi masih belum dapat bermain kejar kaki.. Sebelum ini Riza suka berlari, dia kejar, Riza berhenti mengejut dan ketawa tengok Boboi terlajak ke depan tak sempat brek! :) Lepas tu dia tangkap kaki Riza. Sekarang ni dia cuma mencelah perjalanan Riza je. Kadang-kadang marah juga sebab dah lah Riza berjalan tercapik-capik. Bukan apa…takut terpijak dia.. Tapi nak buat macam mana, Boboi memang suka permainan begitu..

Hemm… Bila lah Riza boleh berlari semula ni… :(

4 comments:

ugly duck said...

akak ni kalo jaga baby mesti lagi caring la rasanya... :)
hope kaki cepat sembuh...senang2 g berendam kaki kat Hulu Tamu Hot Spring, Ulu Yam.

azzamakhsyari said...

salam,
i'm very impress u love cat like this..how sweet=)

Shahriza Mahmud said...

salam kembali..
thanks azzamakhsyari.. As far as I remember, ever since I was born, I have been living with cats.. and they are my friends forever!

ducky,
terima kasih.. baby? hemm... :) pernah jaga adik masih dia baby.. hehe..

Hlu Tamu Hot Spring belah mana ek? Ulu Yam biasa pergi..

Terima kasih atas doa awak.. :)

Shahriza Mahmud said...
This comment has been removed by the author.