Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Thursday, October 08, 2009

~ Boboi Berdarah.. ~


Setiap hari Riza melawat Boboi. Kelmarin, 6 Oktober dan semalam, 7 Oktober Riza tak update perkembangan Boboi sebab seluruh tubuh ini terasa lemah apabila melihat keadaan Boboi yang tidak mahu makan selepas Riza tinggalkannya di klinik. Lebih melemahkan lagi bila melihatkan darah merah segar menitik-nitik dari tiub yang dimasukkan melalui alat sulit Boboi. Badan dan bulunya kotor dengan kesan darah yang menitik. Pun begitu, Boboi masih berusaha untuk mencuci bahagian yang dirawat walaupun telah dipakaikan kolar bagi menghalangnya berbuat demikian.

Doktor kata pendarahan berlaku di bahagian yang tersumbat dan menghalang pembuangan air kecilnya. Tiub dan ubat membantu memecahkan 'crystal like stone' yang terkumpul. Doktor kata lagi kemungkinan akibat dari makanan yang tidak sesuai tapi Riza rasa ianya disebabkan air dari paip yang tidak bersih walaupun pada pandangan mata ianya nampak jernih. Ini kerana setiap kali air ditapis, akan ada sisa-sisa kuning dan karat di lapisan bawah sekali. Bukan itu saja, tangan juga kering setiap kali mencuci atau mandi. Sekarang Riza terpaksa membeli air mineral untuk minuman, kalau tidak badan Riza juga kering. Nampaknya Boboi juga kena minum air mineral..

Ketika Riza sampai untuk menjenguknya, Boboi terus bangun dan meluru ke pintu sangkar. Dia menyondol muka Riza. Dia memang biasa mencium Riza setiap kali Riza cakap,"Kiss-kiss.." :) terutama apabila setiap kali menyambut Riza pulang ke rumah.

Agak lama Riza duduk berbual dan mengusap Boboi. Akhirnya Riza melangkah pulang dengan lemah. Setibanya di rumah, Riza cuba untuk 'update status' di facebook, twitter dan blog tapi tak berdaya. Sesekali saja Riza jengah fb untuk menjenguk rakan-rakan dengan topik-topik lainnya. Riza minta maaf pada Bit dan rakan lain yang prihatin kerana bertanyakan Boboi tetapi Riza tidak menjawabnya.

Sewaktu pulang dari klinik pada 6hb., lama Riza duduk diam di dalam kereta. Macam-macam yang bermain. Riza tak boleh bohong, setiap ruang rumah terasa kosong tanpa Boboi...sehinggakan Riza bermimpikan dia. Kesian Boboi.. Dia diletakkan di tingkat atas klinik, di bahagian luar yang tidak berhawa dingin. Tak kisahlah ada hawa dingin atau tidak sebab Riza pun tak suka angin dari pendingin hawa tapi ruang luar agak panas. Boboi biasa tidur dengan Riza dengan suasana sejuk dan berkipas. Riza tak fikir yang bukan-bukan kerana Riza sedar Boboi perlu diasingkan takut ada jangkitan yang akan memudaratkan 'orang' lain. Cahaya matahari memang diperlukan olehnya.

Riza mengelamun panjang memikirkan Boboi...
Akhirnya Riza tertidur memeluk 'Rasputin', teddy bear yang dulunya dipeluk Boboi...

***

6 comments:

Myrabella Yeo said...

Aunty Riza, Sedihnya Myra baca kisah Boboi ni... Myra pun tak berapa sihat. Sejak akhir2 ni asyik cirit birit aje. Mama Myra pun susah hati... kesian mama, samalah macam aunty jugak susah hati bila Boboi sakit. Myra doakan moga Boboi cepat sembuh dan boleh balik rumah untuk temankan aunty. Jgn sedih2 ya, aunty... Myra sakit2 pun boleh senyum lagi!

Shahriza Mahmud said...

Terima kasih Myra.. :) Untie masih senyum.. tapi Boboi tak senyum pun... :)

Myra pun makan ubat sampai baik ye! Jangan nakal-nakal dan ikut cakap mama tau.. :)

AbnormalSuam said...

Perlukah seekor kucing tersenyum?

Tidak perlu....

Kenapa tidak?

Sebab ia hanyalah seekor kucing, kalau ditendangkan pun sekadar mengiung, bukannya mengaduh!

Ajami Hashim said...

Salaam sis shahriza,

blog anda di-hilite kat sini: ajamihashim

:-)

Shahriza Mahmud said...

ajami, terima kasih! dah lawat..

AbnormalSuam,
hanya orang yang tiada jiwa yang tidak nampak senyuman dan tidak dapat merasai perasaan makhluk Allah yang lain..

AbnormalSuam said...

Kehkehkeh... gambar BOBOI awak tu telah dicilok dan diperapkan dalam blog saya...

BOBOI awak tu kalau dibuat goreng berlada, sedap wooooo....

Kaki amacam? Dah okay? Dengar tu hari, sampai berkerusi roda...