Tuesday, October 27, 2009

Lagi-lagi email PENIPU!


Salam.. Riza tahu ramai yang mengetahui tentang banyak penipuan melalui email yang menggunakan nama syarikat besar semata-mata persaingan mereka di pasaran global. Pun begitu masih ramai yang tertipu terutama pengguna baru yang ghairah untuk meneroka alam siber. Kita harus menerima bahawa bukan semua orang tahu menggunakan email dan internet dengan berhemah dan sudah tentu ada mangsa-mangsa kepada mereka yang leka. Email di penghujung leteran Riza ini adalah salah satu contoh yang harus diambil berat.

Sudah diberitakan dimerata tempat bahawa penyedia khidmat email mahupun pihak bank tidak akan sesekali meminta anda memberikan password kepada mereka semula dengan pelbagai alasan, di mana ianya sebenarnya dilakukan oleh 'hackers'. Setelah mereka mendapat butiran yang mereka mahukan, maka mereka akan memporak perandakan akaun anda!

Berhati-hatilah. Sebagaimana anda tidak mempercayai orang yang tidak dikenali di alam nyata, begitulah juga di alam siber. Anggaplah setiap email yang anda terima adalah palsu. Untuk memastikan kesahihannya, berfikirlah secara logik. Jika tidak mampu untuk berfikir secara logik, cari melalui pencaraian internet ( search engine ) tentang email yang anda terima. Kalau tak jumpa juga logiknya, delete saja email yang diterima.

Mereka sekarang sudah pandai berubah-ubah kulit. Contohnya, mereka sanggup berkomunikasi melalui email untuk beberapa jangkawaktu demi untuk meyakinkan kita dan secara halus menjalankan penipuan yang dirancang. Riza pernah mendapat email seorang lelaki dari Eropah yang membuat tempahan chalet dan pakej menyelam. Bayangkan, dia telah membuat kajian tentang siapa Riza terlebih dahulu, kalau tidak dia tak mungkin tahu apa yang Riza lakukan.

Riza menjawab semua soalan dengan hormat. Kononnya ada 4 orang yang nak datang dan duduk selama sebulan. Tiap-tiap hari nak pergi menyelam kononya. Ianya berlangsung untuk beberapa ketika. Banyaklah perkara yang Riza teliti. Akhirnya apabila tiba bab pembayaran, dia menyatakan akan membayar menggunakan kad kredit yang akan dimasukkan ke akaun resort. Memang tiada masalah, tetapi bila dia kata yang dia akan membayar lebih banyak dari jumlah penuh yang sebenarnya sebanyak lebih kurang RM15,000..SATU PERSOALAN SUDAH TIMBUL kerana bayaran sebenar jauh lebih rendah. Kemudian dia kata, bila duit tu dah masuk, dia meminta Riza untuk mengambil jumlah harga pakej dari wang tersebut dan selebihnya dia minta dimasukkan semula ke akaun personal dia!

Apa maksudnya itu? Sah-sah penipuan kad kredit! Sudah tentu dia hendak menggunakan kita sebagai transit!

Riza bengang, marah, kecewa dan sakit hati sangat-sangat bilamana orang-orang kita sanggup 'forward' semua alamat-alamat email kawan-kawan di dalam address book semata-mata percaya dengan email-email penipu seperti, kononnya ada syarikat yang meminta mereka berbuat demikian dan apabila mereka forward kembali email kepada penghantar ( syarikat tipu tu ), mereka akan diberikan sebuah komputer!! Ada juga kamera, handphone dan bermacam-macam lagi. Bayangkanlah secara logik, tolong lahhhhhh...

Tak dapat bayangkan? Ok, dalm email list setiap seorang sudah tentu ada beratus dan mungkin beribu alamat email. Bila seorang rakan telah 'forward' email penipu kepada semua rakannya, setidaknya ada beberapa kerat yang terpedaya, makanya mereka akan forward lagi...lagi dan lagi.. Sudah tentu akhirnya akan jadi berjuta.. Sanggupkah orang yang kononnya 'syarikat' yang memulakan email itu memberikan sejuta komputer percuma? Bill Gates pun tak akan sanggup!

Sebut pasal Bill Gates, ada juga email yang masih terus berantai sampai sekarang kononnya Bill Gates akan memberikan wang tunai jika mengedarkan email 'bodoh tu! Adussss..!! Kenapalah mudah sangat orang kita ni percaya benda-benda yang tak masuk akal? Sampaikan Riza pun jadi mangsa kawan-kawan yang menggunakan email address Riza untuk di forwardkan kepada orang-orang yang tidak dikenali semata-mata ghairah nak peluk gunung! Menjual alamat email rakan, samalah juga dengan mengedarkan nombor telefon ahli keluarga sendiri kepada orang jahat!

Asalnya nak paste email di bawah ni saja tapi sebenarnya banyak yang nak diperkatakan hingga jadi sakit hati. Cukuplah, kalau tidak Riza akan membebel terus. Lihatlah email di bawah yang diterima pagi ni:

"Due to the congestion in all Yahoo users and removal of all unused Yahoo Accounts,Yahoo would be shutting down all unused Accounts,You will have to confirm your E-mail by filling out your Login Info below after clicking the reply botton, or your account will be suspended within 24 hours for security reasons.

UserName: ....................
Password: .........................
Date of Birth: .......................
Country Or Territory : ...................

After following the instructions in the sheet, your account will not be interrupted and will continue as normal. Thanks for your attention to this request. We apologize for any inconvenience.

Warning!!! Account owner that refuses to update his or her account before two weeks of receiving this warning will lose his or her account permanently."


GILA!

GAMBAR 1

GAMBAR 2

No comments: