Wednesday, March 04, 2009

Ada Antara Kamu



Salam Rabu yang terbaik antara yang termanis di celahan hari yang paling terindah buat kamu dan diriku.. ;)

Terkadang, ada di antara hari-hari yang kita lalui seperti tidak menyebelahi apa sahaja yang kita lakukan. Semuanya serba tak kena, semua serba berkecamuk! Alangkan bagusnya kalau boleh menjadi seperti Mr.Bean yang lurus dan riang menghadapi apa saja yang tidak sempurna dan mengarut pada pandangan orang lain.

Sebagai insan biasa, aku juga tidak pernah lepas dari hari yang serba tak kena yang tak tahu di mana punca dan penyebab yang menyebabkan sesuatu. Apalagi jika tiba-tiba orang lain yang melakukan sesuatu yang langsung tidak dapat diterima akal yang waras yang telah membuatkan aku juga terjebak! Aku pula yang berjangkit! Aku pula yang menjadi serba tak kena tanpa punca. Apabila ianya bermain dengan perasaan, maka ianya akan lekat di otak yang pendendam ini dan dilipat kemas untuk kubuka bila tiba waktunya.

Itu aku tidak mahu.

Itu kata di bibirku. Kata hatiku tetap keras dengan dendam yang tetap dibawa setiap hari. Ianya kerana aku dilayan dengan tidak adil. Aku berhak untuk berkasih dan dikasih. Aku harus ditatang sebagai seorang wanita yang berhati lembut dan dimanjakan. Biarpun pada mata kasar, fizikal dan pergerakan setiap mana-mana wanita berbeza, namun ianya tidak menunjukkan hati mereka yang sebenarnya. Aku tidak faham dengan lelaki yang mahu dilayan seperti seorang raja tetapi tindakannya tidak seperti seorang raja yang berdaulat!

Aku tidak boleh menerima seorang lelaki yang kuat merajuk mengalahkan wanita sedangkan lelaki yang harus menjalankan peranan dengan berdiplomasi dalam membentuk sebuah perhubungan. Aku tidak faham dengan lelaki yang tiada perancangan dan tiada persempadanan. Aku tidak faham banyak perkara. Aku tidak faham!

Wanita tetap wanita. Apabila bermain dengan rasa, jangan dimainkan hati wanita dengan alasan wanita kini tidak perlu lagi dibelai hanya kerana mereka sudah pandai hidup berdikari, pandai mencari makan sendiri, pandai membawa diri, pandai itu dan pandai ini. Pendek kata, itu semua alasan untuk lelaki melarikan diri dari tanggungjawab sebenar sebagai seorang lelaki yang telah diamanahkan untuk menjaga wanita..

Lelaki bandar banyak menggunakan alasan tersebut untuk kononnya, saling memahami. Kononnya isteri tidak kisah dia tidak dapat mencari nafkah sebab isteri faham kedudukan suami yang tiada punca pendapatan.

Tertakluk kepada situasi.

Kebanyakan lelaki mula merasa selesa dan semakin hari semakin enak dibuai mimpi bertilamkan wang ringgit dan kudrat isteri..

Itu hanya sebutir dari punca hilangnya kasih sayang yang menyebabkan terlerai ikatan.. Tak kira ikatan perkahwinan, pertunangan, kekasih 'sementara' mahupun hanya kekasih sementara yang tiada penghujung! ( dalam ertikata lain yang selalu digunakan teman tapi mesra yang tidak kugemari sebenarnya! )

**

image from:
www.littlebrown.co.uk

3 comments:

Qarl said...

akak,,

sy msih ingat drama Hanis kot..

lagu theme 'Ku Pendam Sevuah Duka'

kisah artis lupa diri rasanya kan pastu suara dh ilangsomething like dat..

dat time sybru 6 tahun rsnye..

bila lah tv nk ulang kan..

Shahriza Mahmud said...
This comment has been removed by the author.
Shahriza Mahmud said...

thanks karl,
bukan kisah artis lupa diri.. ;)
tapi kisah artis yang terjerat bila cinta tak kesampaian, lepas tu hilang suara pula dan orang yang dicintai mencintai adiknya yang kini mengambil tempat sebagai penyanyi yang digemari.. maka bermulalah episod kesedihannya.. ;)

ulang tayang? hemm.. kena tanya rtm lah.. entah kat mana diaorang simpan tape tu agaknya.. ;)