...Awal Bicara Bismillah, Kuatur Semula Langkah... **Dulunya 'Diari Lusuh Shahriza Mahmud'** ..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara..
Sunday, February 08, 2009
Kenangan Lusuh Hari Minggu
Salam Ahad para sahabatku yang disayangi! Semoga hari yang bakal kita lalui bersama ini akan memberikan sejuta keceriaan dan kejayaan yang tidak ternilai harganya. Walaupun aku masih memerlukan 10% peratus lagi kesihatan tapi Alhamdulillah ianya semakin menuju kepulihan. Syukur tidak sebaliknya..
Apa yang aku perhatikan setiap menjelang awal tahun, diriku akan mendapat penyakit yang agak misteri dan agak lama jangkawaktunya. Telah aku sedari ianya sejak kecil lagi sehinggakan tiada doktor yang boleh memberikan jawapan tepat kepada apa yang aku alami.
Bila sebut misteri tentu ramai yang berfikir tentang buatan orang yang tak elok dan sebagainya tapi aku tidak pula merasakan demikian..cuma ianya sesuatu yang sukar dijelaskan.
Kenapa aku katakan sukar? Ianya kerana biar baik bagaimana sekalipun aku menjaga tubuhku ini dan sebanyak mana rehat yang aku berikan, jika ianya hendak terjadi maka ianya terjadi, ( sudah tentu segalanya datang dariNya jua ).
Baik, misteri..Kenapa ianya misteri?
Aku imbau kembali satu contoh saja dulu.. Sekitar usiakan 10 tahun, suatu pagi aku bangun kebilik air untuk menggosok gigi..Sebaik air dipancuran terbuka dan aliran jernih itu menyapa tanganku, ada kelainan yang berlaku. Lapisan atas kulitku sedikit demi sedikit menjadi seperti 'bersalin' kulit. Ianya tidak menyakitkan tetapi setiap kali terkena air ia akan mengelembong kecil di sana sini di depan dan dibelakang tapak tangan sahaja. Tidak ada rasa kesakitan yang berlaku.
Mulanya aku diam sahaja tapi bila waktu hendak makan, aku menggunakan sudu, emak bertanya kenapa. Bila emak tahu, dia menyapu losen ke tanganku dan sebagainya namun ianya tidak berkesan. Yang menjadi masalahnya bila hendak mandi. Aku terpaksa menggunakan sarung tangan untuk mengelakkan tanganku terus bersalin kulit. Oleh kerana ianya berlaku pada hari minggu seperti hari ini, besoknya emak membawa aku ke hospital di Perlis tempat aruah datukku bekerja untuk membuat pemeriksaan tapi memandangkan datuk ( tok wan ) bertugas di Kuala Lumpur di ketika itu, aku di rawati oleh doktor lain yang aku tak ingat namanya. Doktor tersenyum bila merawat cucu 'Mat Darus' ( Haji Mohd Darus Hj Mahmood- AlFatihah ), yang selalu mendapat rawatan di situ walaupun kami tinggal di Kedah.
Berbalik kepada penyakit misteriku ini, doktor pening kepala sebab tiada langsung tanda jangkitan kuman atau apa saja yang sewaktu dengannya. Semuanya normal. Doktor tak tahu nak memberikan ubat apa kepadaku. Akhirnya dia cuma memberikan losen putih untuk disapu setiap kali kulitku mengelupas. Aku tegaskan di sini, bahawa kulit tanganku hanya akan mengelupas setiap kali terkena air bersih. Bila ianya kering, tanganku akan normal dan kesan mengelupas akan kutanggalkan dengan mudah kerana ianya hanyalah lapisan kulit yang cukup halus umpama 'masker' yang digunakan di muka. Bila ianya kering, mudah untuk ditanggalkan dan lapisannya pun senipis itu.. ;)
Seminggu berlalu tiada apa-apa yang memberi kesan kepada tanganku yang setiap hari bersalin kulit baru macam ular ( kebetulan lahirku pun ditahun ular ) sampaikan aku boleh membuat lawak pada bila-bila masa yang aku mahu dengan merendam tangan dalam air dan menunjukkan magik kepada rakan-rakanku.. hihi..
Akhirnya secara perlahan ianya hilang begitu sahaja tanpa sesiapapun termasuklah aku sendiri mengetahui dari mana punca dan penyebabnya...sampai sekarang..
Itu cuma salah satunya sahaja..kalau aku rajin..akan kuceritakan kemudian cerita misteri yang lain lagi mengenai diriku... ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
waa..suspen la cerita nie. Kalau Misteri Nusantara tau..masuk tv la you...
usah biarkan hidup anda diselubungi..misteri. fuhh..
ermm memang misteri ni ...
i selalu bersalin baju je hehehe
btw .. u join A.P.A ke ?
hehe.. banyak misteri dalam hidup.. byk yg tak terjawab...
A.P.A, memulakan langkah di sana.. :) 3 tahun aktif bersama..lepas tu sebagai undangan je..sebab dah full time dalam industri..
ohh ok ...
i baru je join apa as photographer haha ...
last show diorang Daun² Berguguran versi latest tu u ada ke tak ek ?
Post a Comment