Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Wednesday, February 11, 2009

Aku, kau, hang,...


Salam,
Hari ini Riza semakin bersemangat.

Sebelum berceloteh lebih lanjut, Riza pada mulanya membuat keputusan untuk membahasakan diri sebagai 'aku' di dalam tulisan Diari Lusuh ini kerana ianya lahir dari dalam diriku dan untuk diariku..tapi bila mengenangkan diari ini secara terus akan terpapar di dalam FACEBOOK Riza, dimana di sana Riza membahasakan diri sebagai 'Riza', jadi apa salahnya kalau ianya diselarikan.

Sebut tentang penggunaan nama di dalam membahasakan diri sendiri, sebenarnya Riza tidak pernah dan amat kekok untuk membahasakan diri sendiri dengan menggunakan nama dan juga 'aku'. Kedua-duanya tidak Riza gunakan dalam perbualan seharian. Pelik. Di dalam lakunan dan bahasa penulisan, Riza tidak kekok langsung, malah rasa cukup selesa.

Mungkin ini kerana, Riza telah diasuh sedari kecil untuk menggunakan 'saya','awak' dan 'kamu' di dalam setiap perbualan samada di rumah mahupun di sekolah. Namun itupun setelah sering digelakkan oleh rakan-rakan sebaya apabila anak manja ini payah untuk melepaskan gantidiri 'chek' ( bagi anak manja di utara tanahair ) apabila telah memasuki alam persekolahan.

Riza masih ingat, macam satu kejutan budaya apabila ke sekolah, ramai yang menggunakan gantidiri 'aku' terutama apabila masing-masing sedang bergaduh. Riza tak tahu menggunakannya dan takut menggunakannya. Ini kerana, ada undang-undang di dalam keluarga yang digunapakai emak dan ayah. Emak lah yang menjadi pemantaunya. Apabila sesiapa ( adik beradikku ) menggunakan 'aku' dan 'hang', mak akan mencubit mulut kami. Aku tak salahkan mak, sebab anak-anak nakal emak ni akan mencuri-curi untuk menggunakannya bila kami berebut sesuatu atau bergaduh. Alah.. bergaduh budak-budak. Waktu ni umur masih di bawah dua belas tahun.

Riza dan adik beradik bergaduhpun bukan macam yang Riza tengok di TV ataupun yang Riza lakunkan di TV.. ;).. Kami bergaduh tak tinggi suara, tak bercakar, tak guna perkataan kesat.. Pada kami perkataan 'aku' dan 'hang' adalah tahap perkataan 'gaduh' yang paling kasar! ;)

Oleh kerana itu...sehingga sekarang aku tidak pernah secara serius menggunakannya di dalam kehidupan harian kecuali di dalam lakunan semata. Jika terdengar Riza menggunakannya, itu bermakna Riza cuma bergurau. Kelakarnya, tidak ada sesiapa yang sedar dan paling tidak selesa bila ada rakan-rakan artis mahupun bukan yang selamba menggunakan 'aku' dan 'kau' bila berbual dengan Riza, sedangkan Riza membalasnya dengan tidak langsung menggunakan 'aku' dan 'kau'. Sehingga sekarang rakan-rakan itu masih terus begitu dengan Riza.

Oh ya, ada dua lagi gantidiri yang Riza pernah terjebak menggunakannya, 'kami', 'orang' dan 'kita'... Semuanya membawa maksud yang sama pada diri Riza iaitu, 'saya'. Riza dah tak gunakan 'kami' tapi anehnya Riza masih menggunakan 'orang' dan 'kita'. Agaknya mungkin juga pergaulan dan perkembangan minda yang melalui pelbagai tahap dan peristiwa yang menjadikannya begitu dan selesa begitu.

Yang paling biasa sekarang ini...sudah tentu..mahu ataupun tidak, suka ataupun tidak, penggunaan 'I' dan 'you' memang cukup meluas dan Riza juga menggunakannya entah sejak bila. Yang pasti ianya mudah dilafazkan. Pun begitu...Riza akan tengok kesesuaian untuk menggunakannya. Takkan nak cakap dengan parents guna 'I' dan 'you'? Namun kalau menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris dimaafkan kerana ianya kebiasaan tetapi kalau contohnya begini tak bolehlah,"I sibuklah. Boleh tak you jangan membebel!"..dan Riza pernah mendengar dengan telinga sendiri seorang anak berkata begitu kepada ibunya dengan nada kasar..

As for me, itu kurang ajar. Riza kesiankan ibunya yang mendiamkan diri. Mungkin malu di depan ramai rakan-rakan anaknya..

Berbalik kepada rakan Riza yang masih 'berAku' dan 'berEngkau' dengan Riza, cuba lihat contoh ni:

==
RAKAN: Kau dapat job senyap je. Pass la kat aku sikit.
RIZA: Mana ada. Kite nganggur la sekarang. Awak tu yang banyak job, hilang je.
RAKAN: Alah tu bulan lepas. Sekarang aku lepak. Engkau panggil lah aku.
RIZA: InsyaAllah, kalau ada, 'orang' panggil lah.
==

Kalau baca betul-betul macam ada yang tak betul kan? ;)..
Rasanya mungkin sebab nak mengelakkan dari menggunakan 'aku' dan 'kau', maka Riza mencari alternatif lain untuk tidak menampakkan kejanggalan bila berbual dengan rakan yang sebegitu..dan sudah tentu ditambah dengan tonasi yang ramah dan bersahaja menjadikannya kebiasaan..

Cukuplah tu..Nanti ada pula yang kata Riza membebel entah apa-apa pulak hari ni! ;)

See you later-later kay!

3 comments:

puding said...

Bila SAYA baca blog AWAK, KITE rasa mcm nk gelak je.

nanti ORANG baca lagi ekk kalau KAMU dah upload blog baru KAMU

hohoho

Shahriza Mahmud said...

hahaha!!!

Apa-apa je lah awak!

Tima kacih kamu boleh gelak. Orang rasa suka sangat kalau awak suka. Jangan lupa baca petua mak kite yang baru ye! ;)

hihihi!

Shahriza Mahmud said...

Lupa lak nak ckp..kita dah lawat flickr awak.. cantik2 gambar.. ;) kita pun ada flickr gak tapi dah lama tak upload gambar..