...Awal Bicara Bismillah, Kuatur Semula Langkah... **Dulunya 'Diari Lusuh Shahriza Mahmud'** ..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara..
Thursday, February 12, 2009
Petua Emak...
Gambar ini di'photoshop'kan oleh Nurafyza rakan siberku di Facebook, tagged dan di merata tempat dia berada..Terima kasih sahabat! ;)
Salam pagi Khamis duniaku yang indah..
Pagi ini aku bangun dengan lebih segar dan sihat. Aku merasakan seperti sudah cukup kuat untuk meneruskan tugasanku yang banyak terbengkalai. Walaupun memerlukan sehari atau dua lagi untuk bengkak di gusiku terus surut, aku sudah cukup berpuashati kerana aku sudah bebas untuk menikmati makanan dan minuman dengan selesa. Alhamdulillah, segala puji hanya untukkmu Ya Allah..
Pagi ini, setelah berkumur dengan rebusan serai yang dipetuakan oleh emak, aku mencuci pinggan mangkuk di dapur dan membancuh secawan 'chocolate' panas ( bukan Milo ). Rasanya aku telah berhenti meminum Milo seusia dengan perang di Gaza meletus, walaupun ianya merupakan minuman wajib setiap bangun pagi untuk memulakan hariku. Adakah kerana itu aku jatuh sakit? Hemm..
Segarnya.. Diwaktu aku menaip, aku berselang dengan meminum air yang enak ini..
Sebenarnya di pagi yang mulia ini, Riza ingin berkongsi petua yang diberikan emak setelah seminggu lebih Riza tidak sihat. Emak pun tak tahu yang Riza demam sebelumnya sebab setiap kali kami ber'sms', Riza tak beritahupun. Selalunya begitu..sehinggalah Riza dah hampir nak sihat atau betul-betul sihat atau liat nak sembuh, barulah Riza beritahu emak dan sudah tentu emak sampaikan pada ayah! ;)
Maka inilah petuanya yang mak sms untuk Riza menangani bengkak gusi yang muncul setelah panas badan naik ke kepala yang membuatkan Riza setiap waktu membasahkan kepala dengan air dan air yang disiram itu akan kering dengan cepat seolah diserap oleh rambut dan masuk ke liang roma kulit kepala yang panas membara..
Mak sms:
"Boleh jugk buat cmni.,.! AMBIL SBTNG SRAI. KTUK N MSUKN KDLM PRIOK, MSUKN STU O DUA CWN AIR SRTA SDKIT GRAM, MSAK HINGGA MNDDIH, BILA AGK SUAM, BCA BISMILLAH, FATIHAH N 3QUL, IAITU, QULHUWALLAH, A-FALAQ N ANNAS, KUMUR 3 O 4 KLI SHRI, INSYAALLAH...! STIAP KLI NK GUNA AIR SRAI TU, PNSKAN TRLBEH DLU. K,..! SLMT MENCUBA,..!"
Riza sengaja menaip mengikut tulisan ringkas yang emak taip sebab nak bagi menarik sikit dan ada benda nak dibualkan ;). Terkial-kial jugak nak taip tadi. Emak lebih advance dari Riza sampaikan kadang-kadang payah nak terjemah ayat emak! hehe! Tak sangka emak boleh terpengaruh dengan 'didikan' adikku Roshaniza yang mengajar dia tulisan ringkas sms ni. Dulu dia yang pening dan mengadu kepada Riza tentang 'adik cik' ( Roshaniza ) yang suka menghantar sms yang dia susah baca, sekarang Riza pula yang pening! Itu baru sikit je..
Ok lah.. cukuplah dulu buat petua kali ini.. Nanti Riza sambung lagi apa yang patut.. ;)
Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment