Friday, January 30, 2009

Diari Lusuh Di Facebook

Khai dan isteri, Rosma di antara rakan Facebook. Sewaktu pengambaran SEMANIS JANJI di Cameron Highlands, kurang lebih dua minggu lepas.

Terlalu banyak lokasi yang aku singgah sebelum bertapak kekal di Facebook.

Diaryland, Globe, Angelfire, Fortunecity, Blogspot dan banyak lagi yang malas nak aku ingati di saat ini. Apa yang ingin aku perkata hari ini ialah, aku telah bersama Blogspot ( Blogger ) terlalu lama, sebelum Google mengambil alih, sejak ianya mula-mula diperkenalkan. Satu ketika akaunku hilang begitu saja. Aku mula menjauhkan diri dari Blogspot bilamana servisnya teramat lembab dan menyakitkan hati. Untuk memuatnaik sekeping gambarpun kadang-kadang sampai hilang begitu saja. Itu kisah dulu.

Bila timbul macam-macam laman social networking yang lain, aku mula beralih arah dan mengembara dari satu ke satu lokasi sehinggalah kepada mendaftar untuk domain berbayar. Beberapa kali bertukar domain.

Akhirnya aku lekat dengan Facebook yang pada mulanya cumalah kudaftar atas dasar jemputan dari Antares. Setelah sebulan dua kutinggalkan, aku kembali dan mencuba untuk mengembara kedalam Facebook. Ternyata ianya tidak lagi boleh kutinggalkan! Payah nak kuceritakan secara terpeinci. Harus mencuba baru tahu keanehannya. ;)

Paling menarik apabila menulis di dalam blognya yang dipanggil 'notes' di sana. Aku tidak pernah kecewa dengan respon dari rakan-rakan yang cukup supportive! Ada saja yang nak dikomen dan dikongsi. Apatah lagi jikalau aku menukar status update yang dapat dilihat dengan pantas oleh semua rakan yang berjumlah lebih 3,000 orang itu!

Semuanya sudah menjadi sebahagian dari ahli keluargaku. Bagaimana mungkin aku tinggalkan Facebook yang banyak memberikan keceriaan dan ketenangan kepadaku?

Ada beberapa perkara yang membuatkan aku kembali menulis di Blogspot ini. Ianya kerana, semua catatan tersusun dengan mudah dan tumpuan hanya pada catatan yang jelas. Aku mahu menulis dari hati yang lebih dalam. Dari jiwa yang tenang, kusut, gembira, marah, sedih dan penuh dengan rasa yang tersendiri.

Jika di Facebook, ianya lebih kepada seolah gurauan adik beradik. Umpama, itu keluargaku di mana kami bergaul mesra setiap hari sebelum tiba waktu untuk masing-masing beradu dan diketika semua nyenyak tidur, aku membuka diari untuk mencatatkan apa yang telah aku lalui seharian bersama keluarga dan rakan.

Lagipun..sudah lama mata ini terlalu terang dengan hanya warna biru putih di dalam Facebook, membuatkan aku mencari warna dan cahaya yang sedikit ceria di sini..

Aku berharap, keluarga di Facebook memahami dan sesekali singgahlah dan mengembaralah ke dalam DIARI LUSUH saudaramu ini..

Temui daku di FACEBOOK melalui link ini.

Terokailah NOTAKU di sini.

Terima kasih kepada semua rakan dan pengunjung!

5 comments:

KakiAyam said...

Ke mana saja kita pegi.. kita masih lagi insan yang sama. Di sini... ramai juga kengkawan yang ada. macam saya... dapt ramai jugak member baru. tak kenal pun rupa.. tapi boleh bersahabat dan satu kepala... cewah berfalsafah pulak dah. Tapi the most important thing... don't kill the animals because the animals can kill you too. Kill ? Killing me softly ok la. ( Nie semua ayat si saiful Apek )
Saya cuma promotekan aje.. hee.hee

Shahriza Mahmud said...

Sebenarnya 90% rakan2 di sini adalah rakan di fb. Ramai rakan fb yang kurang aktif di sini tapi ada yang dah aktif di fb tiba-tiba berbalik ke Blogspot dan meninggalkan terus fb. Ini membuatkan ramai yang terputus hubungan. Fb tak boleh ditinggalkan buat masa ini.. ;) sebab ramai yang tidak ikuti perkembangan di sini..

Shahriza Mahmud said...

Satu lagi yahoogroups. Di sana juga ramai rakan tapi nampaknya fb lebih praktikal sekarang ini.

KakiAyam said...

Kat yahoo groups pun saya join jugak. member member satu sekolah dulu dah berkampung di sana. Saya juga penduduk biasa. Ketua kampungnya... orang yang luarbiasa...

Shahriza Mahmud said...

Saya ada beberapa group termasuk group aktor yang aktif sejak tahun 2000. Sebelum tu ikuti je yang lain sebab tak yakin ada pengikut..tapi lepas tu aktif juga dengan bantuan rakan2 siber yang kreatif. Ada yang bersahabat sejak zaman awal internet di Malaysia tapi sehingga kini tak pernah bersua muka..tapi fb merubah semuanya. ;)