Thursday, June 16, 2011

Ceritera Kepala

Orang kita suka mengikut, hebat bila membontoti pendita katanya
bila ramai-ramai dengar ceritera, semangat meresap naik kekepala
kenapa tak terus meresap kejiwa?,kerana kelonsong kosong adanya
sekalipun turun kehati, tak teliti buat-buat bodoh jeling selamba je

inilah yang dikatakan orang tua-tua
antara mata dan telinga yang menerima
pilihlah kemana isyarat hendak dicerna

keatas atau kebawah?,atau campak saja di mana-mana
bila naik keatas tidak lepas, ia turun dengan sendirinya
lalu ke jiwa tak lekat juga,kembara lagi harus kemana?

kemana lagi jika tidak terus kebawah..bawah?
kepala juga katanya..ops, jangan fikir kotor
kita kena bersih, otak harus sentiasa bersih

jika pilihannya tepat, tahulah engkau tafsirannya
hanya yang bersih tahu kekepala mana perginya ia
menyusahkan mak bapak, menyusahkan manusia
menghancurkan tanahair sendiri yang payah dibina

kalau masih tak tahu dimana mahu diletakkan otak....

campakkan saja ia kedalam tasik najis
biarkan berenang di tujuh kolam hancing

lepas mandi bersih,orang kata kau kotor
pantas berlari cari air, cebok mandi lagi
'orang-orang' kata busuk tak boleh bersih
kau cari dan terjun dalam pembentung tahi
sekeliling tebing berteriak menyalak ngeri
seratus ribu nganga serigala sudah menanti
lepas rendam, bapa serigala kata dah wangi
hakikat badan dipenuhi najis sampai kemati

Bila kepala catur menjadi penunjuk jalan,
tunjuk perasaan ikut telunjuk jin jelmaan
apapun tidak mungkin akan singgah kehati
kerana pilihannya kepala yang lain, pasti!

Shahriza Mahmud
Khamis 16 Jun 2011
10:14am, KLBA.


p.s: BERSIH ke?
***

No comments: