Tuesday, June 21, 2011

Jom Camping!


Riza adalah spesis yang suka sangat-sangat dengan air :).. air di kolam yang cantik, di sungai dan jeram yang tenang, di laut yang menghijau dan membiru... Fuhh! memang tak boleh duduk senang kalau jumpa atau nampak dalam gambar. Kalau dah ada di depan mata, kut mana cara sekalipun mesti terjun!!! :) hehe...

Maka dengan itu, janganlah sesekali menidakkan panggilan alam yang ajaib ini.. :) Riza rajin meneroka tempat baru dan mengajak rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta selepas pulang ke kota. Pergi ke satu-satu lokasi hebat jika tidak disertakan dengan aktiviti yang menyihatkan badan dan minda, sudah pasti tidak lengkaplah pengembaraan kita.


Riza baru saja pulang dari perkhemahan Kempori Selangor 2011 bersempena dengan sambutan yang ke-50 Pengakap Daerah Hulu Selangor yang dihadiri oleh 333 orang peserta remaja dari seluruh Selangor bermula 17 hingga 20 Jun yang diadakan di Restu Ibu Resort, Kampung Kalong, Ulu Yam Bharu, Selangor. Program perkhemahan ini telah dirasmikan penutupannya oleh Yb Mohd Isa, Adun Batangkali. Daerah Batangkali dan sekitarnya mempunyai pelbagai tarikan alam yang cukup hebat. Masih banyak perkara dan keindahan yang kita tidak jangka berada di situ. Dari Kuala Lumpur cuma memerlukan perjalanan sekitar 45 minit hingga sejam sahaja. Apalah sangat jika dibandingkan dengan tersangkut dengan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur yang seringkali melebihi sejam jika sesak teruk! :)

Riza telah mengatur pelbagai aktiviti yang akan diadakan di Daerah Batangkali dengan kerjasama Smart Discovery Tours & Travel yang merupakan pelopor kepada penemuan 'Seven Wonders of Batangkali' yang diterajui oleh 'Encik Rahman Pelancongan Pintar'. Kejaiban yang ke-8 adalah kehadiran Riza bersama-sama anda yang bakal ke sana! :) hehe!


Jom! InsyaAllah 23 & 24 Julai, Sabtu dan Ahad Riza akan ke sana lagi dengan pelbagai acara yang telah disusun untuk kita semua! Kalau nak turut serta sila tempah tempat anda, sila mesej Riza di shahriza@facebook.com. Anggaran bajet untuk perkhemahan seorang termasuk makan minum lebih kurang RM100 je untuk dua hari satu malam...Harga tepat akan dimaklumkan kemudian bergantung kepada aktiviti yang bakal dijalankan.


Antara acara yang bakal diadakan:
1. Mandi sungai sudah pasti! :)
2. Tarik Tali atau lawan bola dalam air
3. Melawat ke '7 Wonders of Batangkali', antaranya Kolam air panas.
4. Sesi Santai Seni
5. Telematch
6. Berakit
7. Tangkap Itek

Macam-macam dan banyak lagi yang boleh dilakukan dan diterokai di sini seperti 'jungle trekking' dan meredah sungai!

Toksah pikir lama2, jom, jom, jom! :P Kalau nak tengok gambar-gambar lainnya, sila ke facebook.com/shahrizamahmud ye! :) atau link ALBUM.

2 comments:

Anonymous said...

bukan pelancogan bijak tapi "Rahman Pelancongan Pintar"hehehe...datang jgn tk datang...

Shahriza Mahmud said...

Dah tukar sudaaa... apsal tak letak nama darr... :P