Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Thursday, June 02, 2011

Lakonan Memenatkan & Membazir?


Lakonan adalah satu pekerjaan. Pelakon adalah pekerja yang melakonkan 'kerja' yang diamanahkan. Melakonkan watak adalah melaksanakan 'kerja' yang diterima. Berlakon=Bekerja. Ianya satu pekerjaan. Tidak ada kerja yang tidak memenatkan kecuali mereka yang melakukannya secara suka-suka untuk populariti, menghabiskan waktu dan ada agenda lain.

Lakonan penuh penghayatan bagi watak yg berat memang memenatkan. Kepenatan itu satu kepuasan dan penanda aras bahawa lakonan yang dilakonkan 'kemungkinan' berjaya. Ia bergantung kepada kepuasan pengarah. 'Kemungkinan' yang dimaksudkan adalah, apabila kita benar-benar menghayati watak yang diberikan, penjiwaan datang terus dari hati dan minda. Apabila jiwa bersatu dengan geraktubuh yang diduplikasi dari kehidupan nyata yang 'diada-adakan' kembali, ianya memang memenatkan. Namun kepenatan itu kemungkinan bukan disebabkan penyampaian yang baik kerana tanpa pengawasan ianya akan menjadi penjiwaan yang tidak terbendung, maka akan timbul 'over acting' yang tidak sepatutnya berlaku.

Yang memenatkan dari segi lain tidak diambil kira. Penat yang lain hanya mengurangkankan kreativiti dan jiwa lakonan.... Yang dimaksudkan ialah, apabila terpaksa menunggu berjam-jam di lokasi tanpa sebarang 'clue' tentang apa yang sedang berlaku..Paling memenatkan bagi org baru yang nak cuba2 berlakon dan merasai apa itu dunia lakonan di depan kamera..Ya. Ianya memenatkan bukan sahaja kepada yang baru, malah pelakon veteran juga mengalami masalah yang seringkali berulang.

Kebanyakan produksi di Malaysia yang tidak sistematik dalam penjadualan kerja menyebabkan waktu menunggu 90% lebih lama dari waktu 'bekerja' yang sebenar. Itu yang menyebabkan org salahkan kerja 'lakonan', kononnya 'berlakon' memenatkan dan membuang masa. Kepada rakan-rakan sealiran, anda tentu memahami apa yang Riza perkatakan di sini. Pengalaman mengajar segalanya.

Oleh itu kepada bakal pelakon, anda harus bersedia dalam segala bentuk ilmu, sebelum melangkah lebih jauh.

2 comments:

raihanrahmanbar said...

mmm betul la tu kak riza...saya percaya cara kerja yang sistematik dan penjadualan yang baik serta mutu lakonan para pelakon yang memberi penghayatan ditambah dengan pengalaman yang bertumpu pada watak yang difahami dengan baik akan memberi kesejahteraan pada pekerjaan ini...

Shahriza Mahmud said...

tapi tak semua yang boleh berfikir untuk kearah itu...semua berlumba-lumba untuk menjadi TERKENAL, bukan untuk jadi TERBAIK! :/