...Awal Bicara Bismillah, Kuatur Semula Langkah... **Dulunya 'Diari Lusuh Shahriza Mahmud'** ..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara..
Sunday, February 15, 2009
Pabila Kekeringan Idea
Pabila Kekeringan Idea, sebenarnya kita mempunyai idea yang terlalu banyak sehingga tak tahu di mana hendak dimulakan, maka kita menyangkakan idea telah lari buat seketika. Riza telah biasa menjadi buntu seketika tapi tidak pernah kekeringan idea cuma ideanya kadangkala pelik dari kebiasaan ataupun ideanya agak kosong, kerana idea yang datang dilontarkan secara rambang dan bersahaja demi untuk mengujudkan kehadiran idea yang telah tersekat dek kerana terlalu banyak idea yang berpusu-pusu untuk keluar itu.
Oleh kerana itu, janganlah kita, terutama diriku sendiri, janganlah cuba-cuba untuk mengeringkan idea dengan alasan kekeringan idea. Idea tidak bersalah. Ilham itu diturunkan pada bila-bila masa yang kita mahukan sebenarnya. Cuma diriku yang terkadang malas untuk mewarnakan ilham yang telah hadir itu. Kenapa aku menjadi malas? Kerana aku merasakan ianya akan datang kembali menjengah pabila aku telah bersedia untuk menurunkannya dari minda ke jari yang akan kugerakkan untuk menulis atau menaipnya ke dalam komputer ribaku ini DAN disaat itu, ilham semalam telahpun merajuk dan melarikan diri entah kemana.. Maka teraba-rabalah aku untuk mengejar sesuatu yang telah hilang. Untuk menutup malu kepada diri sendiri, aku pun membuat kenyataan bahawa telah kering ilham yang terbaik yang aku mahukan.
Aku sebenarnya silap. Pabila aku berkata aku kekeringan ilham, di ketika itulah ianya menghambur keluar secara tiba-tiba. Kemalasan yang menjerat diriku. Kemalasan yang sebenarnya berkata bagi pihakku. Kemalasan yang mengambil tempat dengan menyatakan kepada mindaku. Kemalasan yang menggoda aku untuk berkata,"Tak ada idealah!".
Sebenarnya aku sendiri yang malas untuk menggerakkan anggota tubuhku, yakni cuma kedua belah tangan kanan dan kiriku untuk membantu ilhamku turun dari minda dan disalurkan keluar melalui jemari yang mengetuk papan kekunci komputer dengan huruf-huruf yang membentuk perkataan seperti yang aku lakukan sekarang ini sehingga tersusun ayat yang seperti yang berlaku sekarang ini yang membuatkan ianya boleh dibaca kembali dan memberikan makna yang tersendiri.
Terpulang kepada diriku dan sesiapa sahaja yang mahu menterjemahkannya dalam ayat yang lebih mudah bagi minda-minda yang berlainan untuk mendapatkan maksud yang tepat tentang apa yang sebenarnya aku sampaikan.
Pabila kekeringan idea,
di situlah timbulnya ilham yang lain,
yang membasahi jiwamu...
Jadi..jangan bazirkan apa yang telah dianugerahkan khusus buatmu menerokai alam permainan minda yang magis ini..
Ya. aku berpesan kepada diriku agar mengingati itu. Kata-kata itu yang memberi kenyataan bahawa Ilham atau Idea tidak mungkin akan kering, kerana kita tercipta lengkap dengan peralatan yang sedia digunapakai. Maka gunakanlah ia dengan sebaiknya. Maka keluarkan dari kongkongan kepercayaan yang digembar-gemburkan oleh orang lain termasuk diriku sendiri bahawa adakalanya ia kering kontang dan perlu waktu yang berdekad untuk disirami, dibasahi dan disuburi semula!
Apakah aku telah kekeringan ilham bila aku menulis sebegini?
T.I.D.A.K!
Wahai 'aku', ajarilah dirimu untuk menghargai kelebihan yang ada padamu!
Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam ziarah kak riza..
Idea selalunya mencerminkan diri kita waktu itu...semoga yang terlontar mampu dimanfaati oleh seluruh yang menghadamnya..InsyaAllah..amin..:)
Salam kembali Lumut Pagi..
Terima kasih atas kefahaman anda.. ;)
Salam Sdr Shahriza,
apa kabar?
terima kasih singgah di "rumah" saya dan jadi "tetamu setia". senang sekali dapat "bertemu" lagi setelah beberapa tahun dulu sdr lakonkan "Zel" saya bersama Jas di Rumah Gapena. selamat maju jaya dalam lapangan yang diceburi dan sehingga kita bertemu lagi.
Salam kembali!
Baik alhamdulillah...
Alhamdulillah dapat bertemu di alam yang sunyi ini namun meriah dengan kata-kata!
Terima kasih atas doa yang diberikan..
InsyaAllah kita akan bertemu lagi.. ;)
Post a Comment