Khai dan isteri, Rosma di antara rakan Facebook. Sewaktu pengambaran SEMANIS JANJI di Cameron Highlands, kurang lebih dua minggu lepas.Terlalu banyak lokasi yang aku singgah sebelum bertapak kekal di Facebook.
Diaryland, Globe, Angelfire, Fortunecity, Blogspot dan banyak lagi yang malas nak aku ingati di saat ini. Apa yang ingin aku perkata hari ini ialah, aku telah bersama
Blogspot ( Blogger ) terlalu lama, sebelum Google mengambil alih, sejak ianya mula-mula diperkenalkan. Satu ketika akaunku hilang begitu saja. Aku mula menjauhkan diri dari
Blogspot bilamana servisnya teramat lembab dan menyakitkan hati. Untuk memuatnaik sekeping gambarpun kadang-kadang sampai hilang begitu saja. Itu kisah dulu.
Bila timbul macam-macam laman
social networking yang lain, aku mula beralih arah dan mengembara dari satu ke satu lokasi sehinggalah kepada mendaftar untuk
domain berbayar. Beberapa kali bertukar domain.
Akhirnya aku lekat dengan Facebook yang pada mulanya cumalah kudaftar atas dasar jemputan dari Antares. Setelah sebulan dua kutinggalkan, aku kembali dan mencuba untuk mengembara kedalam Facebook. Ternyata ianya tidak lagi boleh kutinggalkan! Payah nak kuceritakan secara terpeinci. Harus mencuba baru tahu keanehannya. ;)
Paling menarik apabila menulis di dalam blognya yang dipanggil
'notes' di sana. Aku tidak pernah kecewa dengan respon dari rakan-rakan yang cukup
supportive! Ada saja yang nak dikomen dan dikongsi. Apatah lagi jikalau aku menukar
status update yang dapat dilihat dengan pantas oleh semua rakan yang berjumlah lebih 3,000 orang itu!
Semuanya sudah menjadi sebahagian dari ahli keluargaku. Bagaimana mungkin aku tinggalkan Facebook yang banyak memberikan keceriaan dan ketenangan kepadaku?
Ada beberapa perkara yang membuatkan aku kembali menulis di Blogspot ini. Ianya kerana, semua catatan tersusun dengan mudah dan tumpuan hanya pada catatan yang jelas. Aku mahu menulis dari hati yang lebih dalam. Dari jiwa yang tenang, kusut, gembira, marah, sedih dan penuh dengan rasa yang tersendiri.
Jika di
Facebook, ianya lebih kepada seolah gurauan adik beradik. Umpama, itu keluargaku di mana kami bergaul mesra setiap hari sebelum tiba waktu untuk masing-masing beradu dan diketika semua nyenyak tidur, aku membuka diari untuk mencatatkan apa yang telah aku lalui seharian bersama keluarga dan rakan.
Lagipun..sudah lama mata ini terlalu terang dengan hanya warna biru putih di dalam
Facebook, membuatkan aku mencari warna dan cahaya yang sedikit ceria di sini..
Aku berharap, keluarga di
Facebook memahami dan sesekali singgahlah dan mengembaralah ke dalam
DIARI LUSUH saudaramu ini..
Temui daku di
FACEBOOK melalui link ini.
Terokailah
NOTAKU di sini.
Terima kasih kepada semua rakan dan pengunjung!