Wednesday, June 29, 2011

Doaku Dengan Penuh Kasih Sayang


Ya Allah...
aku bermohon buat ibubapaku
aku bermohon bagi saudaraku
aku bermohon untuk sahabatku
Aku bermohon demi NEGARAku SATU

Lindungilah kami dari anasir laknatullah
kasihanilah kami dari mereka yang gila kuasa
yang suka membuat onar dan hadap nilai murahan!

Amin, ya Rabbal..A'lamin...

Shahriza Mahmud
KL 9:31am
29 Jun 2011

Tuesday, June 28, 2011

Cha Ba Alif Ya ;) ~with BIG L.O.V.E~

Bila mak cakap jangan main api
ada yang patuh ada yang butuh
bila api marak, ada yang lari
ada yang kelahi, ada yang mati

dendam kesumat dibontoti, semua agenda disereti
biar api besar lagi, supaya tersebar serata negeri

mana air? mana air? pergi cari!
berlori-lori tangki datang lagi

sakit ke kena air?
ishh..sedap tak terperi
mak, tolong minta lagi!

terlekat kesat di kerongkong kami
dalam air ada pasir ada karat besi
curah air, curah pasir, mereka main lagi
dulu minta air, sekarang curah minyak banyak2
kasi bakar sampai rentung, abu simpan dalam karung
apa peduli anak-anak bingung, tok nenek pun disigung

bawa keluar semua risalah, jelmakan lah bintang tiga
cangkuk tulang tengkuk, bak sini hak yang tak berhak
campak diri dalam api, hangus rentung sampai terberak

aku berkawan dengan gay
tapi gay yang baik hati
bukan gay yang tukar ID

aku tak kisah kawan pondan
tapi bukan pondan khianat kawan
aku sayang Cina India Dayak Iban
tapi bukan yang 'Cha Ya Ba Alif Ya'an!

Shahriza Mahmud
Kuala Lumpur
15:37pm
28 Jun 2011

Universiti Malaya Keluar ARAHAN

KLIK GAMBAR UNTUK BACAAN YANG JELAS...

Malaysiaku Gemilang ~ Karen : Video ~


LOVE you Karen..with BIG L.O.V.E!

To ALL With Love..BIG L.O.V.E..luv hurts..


Whenever they say they have the right to assemble, they quote Article 10 (1) (a) of the Federal Constitution of Malaysia. What they never quote is Article 10 (2) (a) of the Constitution that says:

"Parliament may by law impose such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or part thereof, friendly relations with other countries, PUBLIC ORDER or morality, and restrictions designed to protect the Privileges of Parliament, or of any Legislative Assembly, or to provide against contempt of court, defamation, OR INCITEMENT TO ANY OFFENCE."

By virtue of public order, the authorities have the right provided by the Constitution to prevent them from assembling, or to direct them to assemble at somewhere safer for every party - such as in a stadium.

Since AMBIGA has asked people to continue to rally citing Article 10 (1) (a), she has committed an offence described in Article 10 (2) (a) ... INCITEMENT TO ANY OFFENCE by asking people to assemble illegally.

FROM THE GROUP:
NO RALLIES: Our Rights to A Peaceful Weekend & Uninterrupted Use of Roads

Sunday, June 26, 2011

Siapa Ambiga?

Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuainya.
Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak,” katanya.

Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin, termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ’bersih’.

“Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

“Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik), terutama orang awam mengenai kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.

Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi ‘kekotoran'’ yang sedang berlaku dalam parti pembangkang.

“Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau-bilau, huru-hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya.

Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya. – BERNAMA

Police: PSM activists trying to rekindle communist ideology

KEPALA BATAS: The group of Parti Sosialis Malaysia (PSM) activists detained at Sungai Dua toll plaza here Saturday are using the July 9 illegal rally to rekindle the communist ideology, said Penang deputy police chief Datuk Abdul Rahim Jaafar.

He said that the 30 activists led by Sungai Siput Member of Parliament Dr Michael Jeyakumar Devaraj had distributed flyers deemed to be a threat to national security.

"They were carrrying items inciting the people to hate the government. This is serious and can threaten national security," he told reporters here on Sunday.

Police also seized various items associated with the Malayan Communist Party (MCP) ideology from the activists travelling from Sungai Petani, Kedah to Penang.

"They include flyers and t-shirts with Chin Peng, Rashid Maidin and Suriani Abdullah - all connected to MCP - written on them."

Rahim said the 31 people, aged 18 to 64 years, were remanded to facilitate investigation into the case.

The remand order was issued pursuant to Section 122 of Penal Code for waging war on Yang diPertuan Agong.

Meanwhile, in Kuala Lumpur, police detained on Sunday eight men, who were wearing yellow t-shirts with 'Bersih 2.0' written in Jawi at Taman Kosas, Ampang.

Ampang Jaya Police Chief ACP Amiruddin Jamaluddin said all eight were detained for wearing yellow t-shirts with 'Bersih 2.0' written on it, reflecting their support for the July 9, illegal rally.

"They were also found to have disrupted public order while riding on their motorcycles in the area. It was the reason for their arrest," he told Bernama on Sunday.

They were detained at 11am in front of the Taman Kosas mosque and taken to the Ampang police station.

They would be released after their statements were recorded, he said. - Bernama

More in The Star on Monday

Are you an artist?


Yes YOU are! When people worry too much about their look, their appearance, their beauty, their talk..they will just scare away the talent and trapping the artistic soul in them..

Talent and skills can be polished. Once it out, that's the real beauty.

GO actors, writers, directors, painters, singers, poets, dancers, dubbers, emcees, etc.....and YOU!

~ Shahriza Mahmud ~

Wednesday, June 22, 2011

Saya Cuma Menumpang

saya nak hidup
hidup dalam aman
hidup dengan tenang

saya nak makan
makanan yang sedap
makan yang kenyang

saya nak pakai
baju yang selesa
pakaian yang cantik

saya nak minum
minuman yang bersih
panas sejuk semua boleh

saya nak berehat
rehat di bawah pokok
tidur lena asal empuk

saya nak duit
duit cukup belanja
bukan nak beli dunia

saya nak hasil
hasil titik peluh
bukan suka-suka

saya nak bayaran
hasil kerja seharian
tong kosong lupakan

saya nak beramal
tak berduit tak apa
itu bahagian mereka

bila saya diguna
bila cukup masa
tetap macam semua

saya cari jalan
saya cari makan
macam tuan puan

saya perlu hidup
saya tak bergaji
tidak macam tuan

Shahriza Mahmud
Rabu 22 Jun 2011
19:53 KLBA

Tuesday, June 21, 2011

Jom Camping!


Riza adalah spesis yang suka sangat-sangat dengan air :).. air di kolam yang cantik, di sungai dan jeram yang tenang, di laut yang menghijau dan membiru... Fuhh! memang tak boleh duduk senang kalau jumpa atau nampak dalam gambar. Kalau dah ada di depan mata, kut mana cara sekalipun mesti terjun!!! :) hehe...

Maka dengan itu, janganlah sesekali menidakkan panggilan alam yang ajaib ini.. :) Riza rajin meneroka tempat baru dan mengajak rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta selepas pulang ke kota. Pergi ke satu-satu lokasi hebat jika tidak disertakan dengan aktiviti yang menyihatkan badan dan minda, sudah pasti tidak lengkaplah pengembaraan kita.


Riza baru saja pulang dari perkhemahan Kempori Selangor 2011 bersempena dengan sambutan yang ke-50 Pengakap Daerah Hulu Selangor yang dihadiri oleh 333 orang peserta remaja dari seluruh Selangor bermula 17 hingga 20 Jun yang diadakan di Restu Ibu Resort, Kampung Kalong, Ulu Yam Bharu, Selangor. Program perkhemahan ini telah dirasmikan penutupannya oleh Yb Mohd Isa, Adun Batangkali. Daerah Batangkali dan sekitarnya mempunyai pelbagai tarikan alam yang cukup hebat. Masih banyak perkara dan keindahan yang kita tidak jangka berada di situ. Dari Kuala Lumpur cuma memerlukan perjalanan sekitar 45 minit hingga sejam sahaja. Apalah sangat jika dibandingkan dengan tersangkut dengan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur yang seringkali melebihi sejam jika sesak teruk! :)

Riza telah mengatur pelbagai aktiviti yang akan diadakan di Daerah Batangkali dengan kerjasama Smart Discovery Tours & Travel yang merupakan pelopor kepada penemuan 'Seven Wonders of Batangkali' yang diterajui oleh 'Encik Rahman Pelancongan Pintar'. Kejaiban yang ke-8 adalah kehadiran Riza bersama-sama anda yang bakal ke sana! :) hehe!


Jom! InsyaAllah 23 & 24 Julai, Sabtu dan Ahad Riza akan ke sana lagi dengan pelbagai acara yang telah disusun untuk kita semua! Kalau nak turut serta sila tempah tempat anda, sila mesej Riza di shahriza@facebook.com. Anggaran bajet untuk perkhemahan seorang termasuk makan minum lebih kurang RM100 je untuk dua hari satu malam...Harga tepat akan dimaklumkan kemudian bergantung kepada aktiviti yang bakal dijalankan.


Antara acara yang bakal diadakan:
1. Mandi sungai sudah pasti! :)
2. Tarik Tali atau lawan bola dalam air
3. Melawat ke '7 Wonders of Batangkali', antaranya Kolam air panas.
4. Sesi Santai Seni
5. Telematch
6. Berakit
7. Tangkap Itek

Macam-macam dan banyak lagi yang boleh dilakukan dan diterokai di sini seperti 'jungle trekking' dan meredah sungai!

Toksah pikir lama2, jom, jom, jom! :P Kalau nak tengok gambar-gambar lainnya, sila ke facebook.com/shahrizamahmud ye! :) atau link ALBUM.

Friday, June 17, 2011

Mimpi Peluk Anak Buaya


Riza jarang-jarang bermimpi tapi kalau mimpi, samada mimpinya selalu melambangkan sesuatu yang bakal terjadi atau cuma mainan tidur kerana terlalu banyak berfikir. Ada yang Riza tafsirkan sendiri. Jika terasa ada sesuatu yang negatif akan berlaku, maka Riza positifkannya. Ada mimpi yang amat sukar untuk ditafsirkan terutama mimpi-mimpi yang selalu berulang-ulang seperti mimpi berada di satu perkampungan yang dipenuhi ramai orang. Suasana selalunya meriah, macam majlis bertemu adik beradik dan Riza berasa cukup selesa berada di sana. Tempatnya memang Riza kenal namun tidak ada di dalam dunia nyata Riza. Walau seramai mana orang-orang di dalam mimpi Riza, seakrab mana Riza dengan mereka, Riza tetap tidak dapat mengingati wajah mereka apabila terjaga. Apa yang Riza ingat cuma keseluruhan acara dan perjalanannya.

Di Pagi Jumaat yang mulia ini, Riza tiba-tiba bermimpi yang aneh. Tidak di lokasi selalu. Ianya bermula dengan pelbagai perkara, suasana sibuk dan ramai orang hinggalah ke saat waktu masing-masing masuk tidur...tiba-tiba Riza ternampak kelibat seorang lelaki yang Riza kenal amat walau dia bersembunyi di sebalik cermin kaca dinding. Dari bahagian paras kakinya Riza sudah kenal siapa orangnya walau muka tidak jelas. Sudah banyak kali Riza bermimpikan lelaki ini yang sebelum ini berkali-kali datang di dalam mainan tidur Riza memohon maaf.


Riza berpura-pura tidur, malas nak ambil tahu. Tiba-tiba ada rasa kurang enak. Riza lihat di bawah pintu yang cuma lebih kurang dua kaki jaraknya dari kepala Riza (kami semua tidur di atas lantai)hadir berpuluh-puluh ekor ulat besar yang berwarna putih dan belang hitam atau kuning, tidak pasti. Mula-mula Riza tidak pedulikan, kemudian muncul pula sesuatu seakan lintah hitam tapi ianya menggeletik seolah melompat-lompat. Jumlahnya pun banyak juga. Riza terus kejutkan rakan-rakan dan semua panik. Lintah itu menjadi semakin banyak dan melompat-lompat dimerata-rata. Kami berlari. Dalam perlarian itu, Riza sambar seekor kucing yang seakan aruah kucing Riza, Boboi yang telah pergi tetapi bulunya tidak selebat Boboi dan tidak ada warna tompok putih di tubuhnya. Riza sayang sangat kucing yang Riza ambil itu. Kami berlari tak tentu arah. Lelaki yang bersembunyi tadi rasanya masih di situ.


Dalam perjalanan Riza berjumpa dengan seekor anak buaya yang seperti kehilangan arah. Riza ambil dan bawa berlari sama. Tiba-tiba terjadi seakan kucing dan anak buaya tadi menjadi satu. Anak buaya tadi tetap anak buaya tetapi dia tidak mempunyai kulit yang keras macam seekor buaya. Badannya halus lembut macam kulit kucing jika tanpa bulu. Dalam mimpi ini dipenuhi dengan kasih sayang yang amat mendalam. Riza peluk anak buaya yang tidak lagi berkulit kasar itu dengan seerat-eratnya. Riza sayang sangat kepadanya. Tak tahulah dari mana datangnya perasaan itu. Hingga terjaga, Riza masih terasa amat sayangkannya.

Namun tiba-tiba macam ada satu kuasa yang telah membuatkan anak buaya yang Riza peluk erat tadi melompat jatuh dan dia bertukar menjadi sesuatu yang lain. Ianya jauh lebih kecil dan ada banyak kaki seolah berbentuk berus kain yang kita selalu gunakan tu... berus plastik... Riza menjadi bingung... 'Berus' itu melompat-lompat seolah meminta tolong... Riza rasa macam menjerit tapi tiada suara...Kemudian Riza terjaga! :)

Hehe... Pelik, namun tetap hanya mimpi. Ada sesiapa yang nak menafsirkannya? Ada yang kata, kalau jumpa buaya, ada bahaya dan ada yang kata rezeki tapi ini anak buaya tanpa duri di badan. Ada buaya, ada kucing, ada lintah, ada ulat dan ada lelaki yang mencurigakan serta ada kawan-kawan yang tanpa wajah. Wallahualam.

Thursday, June 16, 2011

Rampas!


Hanya itu laluan karat yang engkau ada?

"TIDAK! Memang itu jalan yang aku suka!"

Hanya itu cara terakhir penyusurannya?

"TIDAK! Ghairah nafsu nak jolok bisa!"

Tiada ekor koyak bercabang agenda?

"TIDAK! TIDAK! TIDAK!"

Sabar,aku tak menuduh atau menduga
jelas dimata anak kecil dan dewasa
cukuplah kalau kiranya aku berkata

bela ular tutup cerita
bersila di atas tikar
dibawah penuh cela

Shahriza Mahmud
16 Jun 2011
4 petang
KLBA

Ceritera Kepala

Orang kita suka mengikut, hebat bila membontoti pendita katanya
bila ramai-ramai dengar ceritera, semangat meresap naik kekepala
kenapa tak terus meresap kejiwa?,kerana kelonsong kosong adanya
sekalipun turun kehati, tak teliti buat-buat bodoh jeling selamba je

inilah yang dikatakan orang tua-tua
antara mata dan telinga yang menerima
pilihlah kemana isyarat hendak dicerna

keatas atau kebawah?,atau campak saja di mana-mana
bila naik keatas tidak lepas, ia turun dengan sendirinya
lalu ke jiwa tak lekat juga,kembara lagi harus kemana?

kemana lagi jika tidak terus kebawah..bawah?
kepala juga katanya..ops, jangan fikir kotor
kita kena bersih, otak harus sentiasa bersih

jika pilihannya tepat, tahulah engkau tafsirannya
hanya yang bersih tahu kekepala mana perginya ia
menyusahkan mak bapak, menyusahkan manusia
menghancurkan tanahair sendiri yang payah dibina

kalau masih tak tahu dimana mahu diletakkan otak....

campakkan saja ia kedalam tasik najis
biarkan berenang di tujuh kolam hancing

lepas mandi bersih,orang kata kau kotor
pantas berlari cari air, cebok mandi lagi
'orang-orang' kata busuk tak boleh bersih
kau cari dan terjun dalam pembentung tahi
sekeliling tebing berteriak menyalak ngeri
seratus ribu nganga serigala sudah menanti
lepas rendam, bapa serigala kata dah wangi
hakikat badan dipenuhi najis sampai kemati

Bila kepala catur menjadi penunjuk jalan,
tunjuk perasaan ikut telunjuk jin jelmaan
apapun tidak mungkin akan singgah kehati
kerana pilihannya kepala yang lain, pasti!

Shahriza Mahmud
Khamis 16 Jun 2011
10:14am, KLBA.


p.s: BERSIH ke?
***

Monday, June 13, 2011

Cover 'tutt'

agak-agak lah bila berkata
tabur fitnah cover 'tutt'-bon..
konon orang kata, konon orang menyampah
konon dengar cerita, konon orang yang hebah
konon dialah cekap, tunjuk lagak dia yang gah

kampung betul lah engkau ni
kampung bukan bermaksud asal
tapi otak yang dari Ulu Bebal
al-kisahnya suka khabar berita
tapi hati dan minda tetap sengal
membrane otaknya bagaikan kertas
lepas baca selamba je lap 'tutt'-bon...
lepas lap mengata orang tak ingat dunia..
konon bau busuk 'tutt'-bon orang lain derr..

Shahriza Mahmud
13 Jun 2011
19:51pm KL

Sunday, June 12, 2011

Tentera Alam


Ia datang lagi tanpa rebana dan gendang, hadir dan pergi meninggalkan kesengsaraan. Kenapa harus kami dimangsakan berterusan?, ratap tulang belulang yang hilang tuan, juga tepekan daging mentah tanpa denyutan dan urat berselirat masuk angin bergayutan.

Tidak diundang, bertandang jua ia, menjamah apa saja tanpa rasa apa-apa, membaham tanpa kira darjat dan usia.

Semboyan sememangnya telah ada, tapi bukan dari hembusan nafas kita, serangannya telah termaktub waktu dimeterai, hanya kita yang tidak pernah mengerti.

Benar bukan kita penentu, tapi tidak boleh tidak ambil tahu, Tentera Alam bukan tandingan sesiapa, Tentera Alam hadir walau dengan apa cara, dilaut digunung di rimba di sungai di udara, di depan mata, di belakang sedar, digetar kelip mata yang tidak sempat berkata, pada nafas yang tidak ada helaan akhirnya, bagaimana mungkin melafaz syahadah jika tiba-tiba?


Tentera Alam tidak berkira bila datangnya
Tentera Alam tidak peduli kesediaan kita
Tentera Alam akur, perintahNYA tersedia

datang ia sudah diduga
walau hanya sesekali cuma
kita yang perlu meneka
petanda ada di mana-mana
tawanlah kami dengan rela
bawalah kami tanpa paksa
ambillah kami dalam lena..

Tentera Alam,
cuba jangan kau rentap tali perut diam
cuba jangan kau letupkan dapur terpendam
cuba jangan kau terbangkan atap tersergam

jangan datangmu tanpa semboyan
jangan kau hanyutkan darah Adam
jangan kau robohkan kubah hitam

Izinkan kami terus memuji pemerintahmu
sehingga zat teguh keras melekap di dada
maka pulangnya kami nanti indah tersedia
syahadah yang terpancar di setiap rongga

Aminnnn...Ya Rabbal A'lamin...

Shahriza Mahmud
Ahad 12 Jun 2011
11.30am

Saturday, June 11, 2011

Jom Jom Jom! 3,2,1 ACTION! ;)


Salam semua rakan budiman. Bengkel Lakonan bersama Shahriza Mahmud & Saddiq Raffali akan berlangsung lagi di Kuala Lumpur. InsyaAllah kami tak serik. Doakan semangat ini tak akan putus walau dengan apa jua halangan yang mendatang...amin...

Akan diadakan pada hari AHAD,19 Jun 2011 di Studio Latihan Setapak, Kuala Lumpur. Waktu sesi pertama 11 pagi hingga 1 tengahari. Sesi kedua mulai 2pm hingga 4pm. Yuran RM100. Bagi yang hendak hadir satu sesi pagi sahaja bagi pengenalan & latihtubi , RM50. Sesi pagi dan petang dengan module yang berlainan. Utk hadir sesi petang wajib hadir sesi pagi.

Hubungi 012 3133224 / 012 6161418 untuk tempahan. Bagi pelajar di bawah umur 17 tahun sesi pagi RM50 dan cuma RM70 untuk sesi penuh pagi dan petang. Jika mahukan jawapan melalui facebook sila ke page saya di SHAHRIZA MAHMUD.

Tolong sebarkan ye!
TERIMA KASIH!

Thursday, June 09, 2011

TIGA Perkara...


Pejam celik, pejam celik, rupanya dah empat hari Riza tidak menulis apa-apa di sini.. Lusuh lagi diari ini.. :) Begitulah adanya kalau sengaja menyibukkan diri tatkala tidak ada apa-apa yang menarik yang hadir di dalam hidupku..

Sebut tentang menarik, ada tiga perkara yang hendak Riza luahkan pada hari ini..

PERTAMA; Sebelum 5 Februari 2011, Riza sentiasa mengelak untuk berkunjung ke rumah orang kahwin / kenduri / majlis persandingan.. Bukan fobia tetapi tidak selesa.. Walau seringkali menepis dan melawan rasa itu, namun jauh di lubuk hati, Riza sebenarnya menafikan realiti diri yang tidak daya mengelak dari pelbagai rasa..sedih, pilu, cemburu, terkenang kisah lalu dan pelbagai rencah yang berkecamuk. Sebolehnya Riza akan elak dari berkunjung ke majlis sebegitu kecuali ada sebab kukuh yang memaksa. Namun kini, Riza berasa cukup senang... Oh ya, satu lagi, dulu Riza fobia tengok gambar-gambar persandingan teman-teman! :) Di saat itu juga fikiran Riza akan melayang jauh..Namun sekarang, setiap kali ternampak gambar pasangan yang baru diijab di mana-mana blog atau facebook, Riza akan mengambil sedikit masa untuk mengintai-ngintai 'posing2' derang yang romantik amat gitu! :)


Gembira dan bertuah rasanya. Inilah kali pertama Riza merasai nikmat kelainan yang tidak pernah dirasai sebelumnya. Antaranya, buat pertama kalinya dalam seumur hidup, inai penuh di jari jemari, buat pertama kalinya bersanding di Alor Setar. Terima kasih kepada IRAS PRESTIGE yang menjadikannya satu kenyataan walau dalam waktu sesingkat 24 jam menyedia dan menyiapkan pelamin baru buat Riza dan Saddiq. Terima kasih untuk sepasang baju putih 'cream' buat acara akad nikah yang berlangsung di Masjid Rafeah, Taman Uda, di mana itu lah pertama kalinya Riza diijabkan kepada Saddiq di Masjid yang cukup nyaman dengan qariah masjid yang cukup mesra dan 'sporting'.. :)

KEDUA; Boboi pergi sebelum sempat melihat Riza di hari bahagia 5 Feb 2011... :'(.. :(. Boboi pergi sebelum Ramadhan 2010.. Masih baru, belum setahun.. Sejak kecil, Riza tidak boleh hidup tanpa ditemani seekor kucing.. Bila ada yang pergi, Riza akan terus mencari pengganti...namun..setelah Boboi..sehingga kini Riza tidak ada 'siapa2' sebagai penggantinya...Bukan tidak ada dan bukan tidak boleh tetapi kesedihan itu tidak mahu pergi. Kerinduan itu terlalu kuat. :( Hari ini ianya bertambah kembali apabila Riza melawat blog Rosmawati Yusof yang baru saja menjadi 'follower' Riza. Bagi membalas kunjungan, Riza juga 'follow' Rosmawati..Pabila berada di blognya, sudah tentu Riza akan bersiar-siar seketika di lamannya. Ternyata, Riza masih tidak dapat menahan sebak merindukan Boboi. Kini fobia berkunjung ke majlis persandingan telah bertukar kepada fobia untuk melihat dan menghayati wajah-wajah sang kucing comel.. huuhuuu... :( Sebolehnya Riza akan mengelak TAPI siapa yang dapat menidakkan tarikan makhluk manja kesayangan Nabi Muhammad s.a.w itu.. Beberapa tahun yang dipinjamkan Tuhan bersama Boboi, hanya dia tempat Riza mengadu, Boboi tahu kesedihan dan amarah Riza..Boboi pandai memujuk..Bila Riza menangis, Boboi akan tenung muka Riza dan duduk rapat agar tubuhnya yang panas itu menyentuh hati Riza..Dia akan mengiau 'bercakap' dengan Riza sampai Riza tertawa sendiri.. Bila Riza marah, Boboi akan bermanja lebih-lebih sampai Riza kesal dengan kemarahan itu.. :( BOBOI, I LOVE YOU, I MISS YOU..ALWAYS.. :'(


KETIGA; Rezeki dari Allah datang dari pelbagai arah, dengan pelbagai bentuk dan dalam waktu yang tidak menentu. Riza amat memerlukan 'job' lakonan sekarang. Bukan untuk populariti tapi itu sudah menjadi 'periuk nasi' yang semakin berkurangan isi di dalam pinggan. Setelah tiada apa-apa yang berubah, Riza pulang ke Alor Setar dengan harapan untuk mencurah ilmu kepada anak-anak Kedah dan sekaligus menghadiri majlis perkahwinan jiran yang akrab bagaikan keluarga sendiri. Ujian yang Allah berikan berturut-turut buat Riza. Setelah beberapa program dibatalkan di saat akhir dan tidak dibayar oleh pihak yang menjanjikan rezeki setelah titik peluh ini tumpah ke bumi dan masa berlalu dengan bebanan di bahu *semoga Allah memberi balasan setimpal,amin*, Riza berusaha dengan cara yang lain walaupun keadaan sudah kritikal. Nak dijadikan cerita, sewaktu di Alor Setar Riza menerima panggilan yang ditunggu-tunggu dari As, Penolong Pengarah Erma Fatima yang menawarkan watak isteri yang didera. Alhamdulillah! Hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya hati ini bukan kepalang!

Setelah beberapa saat berbual di telefon, hati ini direntap kembali... :( Mereka mahukan Riza berada di KL seawal pagi esoknya. Bila Riza tengok jam, waktu sudah jam 11 malam..Kali ini Riza tidak memandu pulang, sebaliknya menumpang tunangan adik.. Nak naik bas, dah tengah malam..nak naik teksi? $$$.. Setelah dicampur tolak dan keadaan yang tidak sesuai, apatah lagi Riza dah lama tidak pulang menjenguk emak ayah.... TAWARAN itu terpaksa Riza tolak dengan berat hati... :( Bila berada di KL, tak ada yang nak panggil..bila di kejauhan, datang pula ia.. Kuasa Allah..DIA yang lebih tahu kenapa terjadi sedemikian.


Itulah TIGA perkara yang menyentuh hatiku untuk kubicarakan, kumuntahkan ke Diari Lusuhku pada pagi ini..

...

Sunday, June 05, 2011

'Koleksi 7' Puisi Suara Lusuh Shahriza Mahmud


Riza telah merakam dan dalam proses menyunting semua puisi-puisi karya Suara Lusuh diri ini. Rakaman koleksi pertama, Riza namakan 'Koleksi 7' dari Suara Lusuh Shahriza Mahmud. Sekiranya rakan-raka sudi membantu diri ini meluas sebarkan hasil usaha yang tidak seberapa ini, sudilah kiranya kalian membuat tempahan koleksi pertama dengan sumbangan minima RM10 bagi setiap CD.

Riza akan menghantar CD melalui melalui pos. Bayaran pos bergantung pada kawasan dan daerah. Kalau pos biasa beberapa sen saja tambahannya. Kalau poslaju atau ekspres lainlah adanya... :)

Bagi 'Koleksi 7', puisi-puisinya adalah seperti yang dapat anda dengari melalui Kotak Player ReverbNation di sebelah kanan page ini, di bawah bendera Malaysia! :) Cuma ada satu lagi puisi yang tidak dimasukkan iaitu 'Keadilan Kasih'.

Suara Lusuh:
1. Andai
2. Kehadiran Dan Kepulangan
3. Bisakah diduga
4. Tembok Putih ditepi Kolam
5. Kecoh Sang Murai
6. Keadilan Kasih
7. Erin Sharina

Untuk makluman semua, setiap puisi yang tercipta ada sejarahnya tersendiri dan cerita disebaliknya adalah benar belaka...Realiti dari pengalaman diri dan rakan-rakan. Mungkin anda boleh cuba menyelongkar apakah kisah di sebaliknya. :)

Erin Sharina, ianya adalah kisah benar tentang rintahan seorang gadis bersama adik-adiknya yang masih kecil yang terpaksa melalui satu episod sedih sewaktu sesudah pemergian ibu tercinta. Banyak yang masih belum diceritakan.

'Andai' Acah-acah dalam bercinta. :)

'Kehadiran dan Kepulangan', tentang kehilangan orang yang amat-amat dikasihi.. :(

'Bisakah diduga' membicarakan tentang situasi era 'social networking' yang semakin bercambah sehingga sukar menduga antara kawan dan lawan.

'Tembok putih di tepi kolam', pengorbanan yang payah dimengertikan tanpa hati yang meneliti.

'Kecoh Sang Murai', ada cerita di sebalik cerita. :)

'Keadilan Kasih', ketidakpastian tentang kekasih hati.

Semoga kalian mengerti dan sudi bersama saya berpuisi dan terus memberi semangat serta sokongan moral yang tidak berbelah bagi, buat diri ini meneruskan perjuangan seni yang cuma secebis ini...dari koyakan kain buruk yang tidak akan mungkin tertampal dengan kain yang baru...Moga dengan pengertian kalian, diri yang lusuh ini akan tetap berjiwa dan teguh! Amin....

UNTUK TEMPAHAN:
Bank in ke akaun Maybank:
Shahriza Mahmud
514392110162


Email alamat pos ke:
shahriza@facebook.com
cc: yoriza@yahoo.com

Hubungi untuk pengesahan tempahan:
012 3133224 / 012 6161418

FOLLOW & Dengarkan di Reverbnation!

TERIMA KASIH!

Saturday, June 04, 2011

Biarkan Ia Pergi


Semalam tidurku terganggu lagi, dengan mimpi buruk nan kelabu
seringkali terjaga dan keliru, masih dalam tidur atau sedarku?
barangkali bukan mimpi , hanya mainan hati yang tidak menentu
mimpiku benar tentang realiti, kehilangan kehidupan yang pasti
tapi bangun pagiku tidak kutemui apa yang hadir di dalam igau,
tiada genggaman emas di telapakku,tidak ia menurut perintahku

bila ini terjadi sedarlah diriku
bahawa tidak tenteram jiwa dan lemahnya tubuh ini
betapa sebenarnya aku takut dan resah dengan ketenanganku
naluri sebenar sedang menjerit meminta aku berhenti bersabar
aku berperang dengan hati sendiri,aku adalah aku di dalam mimpiku
bila terjaga, bila berbalik kepada logika,aku pujuk kembali resah jiwa
dengan rayuan kau dan aku adalah satu
perjalanan kita tetap seiring

biar kupimpin tanganmu
biar kutunjukkan jalan bersama
kerna kau adalah hati yang mudah terluka
kau sebuah cinta yang rapuh terguris selalu
aku adalah saudaramu yang bergulung dalam satu roh

tanpamu aku mati
dan tanpaku kamu binasa
rosak kamu memusnahkan segala
bukan aku tetapi lebih banyak jiwa
yang mengharap pertemuan satu titik
dimana kau dan aku kembali bersatu
sebagaimana saat ini kita berpadu
dalam tulisan dan luahan mindaku

kau adalah aku
dan aku adalah kau..

Shahriza Mahmud
9:37 am
Sabtu, 4 Jun 2011

Friday, June 03, 2011

Salam Pagi Jumaat


Good morning my dear friends!

Tanpa kusedari,
pabila setiap Jumaat tiba,
dengan sendiri jemari ini
menari di papan kekunci...

kalian kusapa,
kalian kudekati...
doaku moga kita gembira
dilimpahi dengan segala kenikmatan
dijauhi dari segala keburukan
dan kegusaran...amin...

Shahriza Mahmud
Jumaat 8.58am
Kuala Lumpur


Gambar: Laura.King's photostream

Thursday, June 02, 2011

Lakonan Memenatkan & Membazir?


Lakonan adalah satu pekerjaan. Pelakon adalah pekerja yang melakonkan 'kerja' yang diamanahkan. Melakonkan watak adalah melaksanakan 'kerja' yang diterima. Berlakon=Bekerja. Ianya satu pekerjaan. Tidak ada kerja yang tidak memenatkan kecuali mereka yang melakukannya secara suka-suka untuk populariti, menghabiskan waktu dan ada agenda lain.

Lakonan penuh penghayatan bagi watak yg berat memang memenatkan. Kepenatan itu satu kepuasan dan penanda aras bahawa lakonan yang dilakonkan 'kemungkinan' berjaya. Ia bergantung kepada kepuasan pengarah. 'Kemungkinan' yang dimaksudkan adalah, apabila kita benar-benar menghayati watak yang diberikan, penjiwaan datang terus dari hati dan minda. Apabila jiwa bersatu dengan geraktubuh yang diduplikasi dari kehidupan nyata yang 'diada-adakan' kembali, ianya memang memenatkan. Namun kepenatan itu kemungkinan bukan disebabkan penyampaian yang baik kerana tanpa pengawasan ianya akan menjadi penjiwaan yang tidak terbendung, maka akan timbul 'over acting' yang tidak sepatutnya berlaku.

Yang memenatkan dari segi lain tidak diambil kira. Penat yang lain hanya mengurangkankan kreativiti dan jiwa lakonan.... Yang dimaksudkan ialah, apabila terpaksa menunggu berjam-jam di lokasi tanpa sebarang 'clue' tentang apa yang sedang berlaku..Paling memenatkan bagi org baru yang nak cuba2 berlakon dan merasai apa itu dunia lakonan di depan kamera..Ya. Ianya memenatkan bukan sahaja kepada yang baru, malah pelakon veteran juga mengalami masalah yang seringkali berulang.

Kebanyakan produksi di Malaysia yang tidak sistematik dalam penjadualan kerja menyebabkan waktu menunggu 90% lebih lama dari waktu 'bekerja' yang sebenar. Itu yang menyebabkan org salahkan kerja 'lakonan', kononnya 'berlakon' memenatkan dan membuang masa. Kepada rakan-rakan sealiran, anda tentu memahami apa yang Riza perkatakan di sini. Pengalaman mengajar segalanya.

Oleh itu kepada bakal pelakon, anda harus bersedia dalam segala bentuk ilmu, sebelum melangkah lebih jauh.

Bengkel Senilakon & Penulisan Skrip ~ Alor Setar ~

Drama Muzikal 'Aku Yang Terbuang' yang bersaing hebat dengan beberapa buah pusat pengajian tinggi Malaysia, telah memenangi tempat pertama peringkat kebangsaan di bawah tunjuk ajar Riza.

Riza akan mengadakan bengkel seni lakonan dan penulisan skrip di Alor Setar pada 7hb sehingga 9hb Jun ini.

Bengkel yang bakal berlangsung di Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar akan memberikan pendedahan kepada teknik lakonan yang betul dan apa yang tidak dipraktikkan oleh ramai bakat baru sebelum mereka melangkah ke dalam dunia seni.

InsyaAllah Riza boleh membantu anda untuk mengenalpasti kelemahan dan bakat sebenar yang ada di dalam jiwa masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat sila sms 012 3133224 ATAU 012 6161418 ATAU ajukan pertanyaan di FACEBOOK.

TERIMA KASIH....Jumpa di Alor Setar! :)