Monday, August 08, 2011

Press Release JAKIM: ISU BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

Riza tidak menyokong untuk melepak di Starbuck. Riza juga memboikot mereka
berkaitan isu tertentu TETAPI yang tidak benar tetap tidak benar. Kenyataan
fitnah disebarkan walaupun ianya sudah bertahun-tahun berlegar di internet.
Masih ramai yang suka menyebarkan fitnah tanpa usul periksa. Riza malas nak
bertekak dengan mereka-mereka yang tidak memahami antara perjuangan
kebenaran dan perjuangan hasutan demi mencapai matlamat sehinggakan
menimbulkan kemarahan ramai pihak malah memalukan apabila kita dicop
sebagai bangsa yang mudah diperdaya.

Perkara ini jelas terus berantai walaupun pihak JAKIM telah menyediakan
saluran mudah di laman web www.halal.gov.my untuk disemak tetapi ramai
yang malas untuk membuat rujukan, makanya semakin ramai yang
menyebarkan finah tanpa usul periksa dan diakhiri dengan perbalahan sesama
sendiri sehingga terjadi tuduh menuduh dan maki-memaki yang amat
menyedihkan... sesama umat Islam... :(

========================================================

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
memberi penjelasan berkenaan perkara ini.

Jumaat, 05 Ogos 2011 05:55
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan
“JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga
telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah
mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media
massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran
Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan
Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

http://www.halaljakim.gov.my/

No comments: