Monday, October 24, 2011

Kunci Hati

~ Apabila tercetus kegelisahan maka tercoretlah sesuatu. Tatkala diberi keriangan, pasti terucap di jernih mata lantas senyuman kepuasan terjelma tanpa dipaksa. ~ Shahriza Mahmud, 24 Oktober 2011.

Hari ini, kurang lebih 15 jam sebelum memasuki hari baru yang telah melahirkan Riza dari rahim ibu Riza, Hajjah Hindun Haji Mohd Darus pada 25 Oktober, jam kurang lebih 10 malam, menjangkau usia baru kelahiran Riza, Riza menyedari sesuatu.

Setelah sekian lama hidup dengan penuh kejujuran dan keikhlasan memberi apa yang ada dijiwa ini sejujur hati, hanya dengan mengharapkan secubit bahagian rezeki Allah yang telah dijanjikan oleh bibir manis manusia tanpa banyak bersoal, HARI INI Riza belajar satu perkara besar.

Kejujuran sentiasa dipertikai. Keikhlasan tidak dipedulikan. Apabila manusia berselindung disebalik kecelaan, maka mereka akan mengambil kesempatan, mereka akan mempergunakan kita seolah hidup kita ini bertuhankan mereka.

Riza berikan keikhlasan, mereka permainkannya. Riza curahkan tenaga, mereka rakus mempergunakannya. Riza tabur kepercayaan, mereka rosakkannya.

Sedih? Ya. Sebagai insan normal, sudah tentu kecewa dan lara tetapi dari kehibaan itu, timbul satu penemuan. LEBIH BAIK berlaku jujur dan ikhlas selamanya walaupun berjuta kali Riza terkena, kerana itu adalah cara terbaik yang Allah s.w.t berikan agar kita lebih mengenali hati budi jelmaan manusia yang berada di depan mata.

Tak perlu lagi kita menduga, tak payah berteka-teki, kerana Allah telah tunjukkan tanpa perlu kita merenung lama-lama apa yang tersirat di hati mereka. Jika berlama, maka bakal berpanjangan hiba yang akan Riza seret dan junjung mala petaka sampai bila-bila.

TERIMA KASIH ALLAH. Rahsia nikmat itu milikMU jua. Kunci hati pintu yang entah ke berapa kutemui hanya hari ini. Dulu ianya samar, kini jelas kunci itu di telapak tanganku. Akan kugenggam buat membuka pintu seterusnya dengan izinMU jua. TERIMA KASIH.

Alhamdulillah.

Shahriza Mahmud.
24 Oktober 2011.
9.57a.m. BAKL.

3 comments:

ryann said...

selamat ye sis

Shahriza Mahmud said...

Terima kasih rynn... :) Yang terbaik untuk awak juga ye.. :)

sueilahajiismail said...

sentiasa berbuat baik dialam yang sementara ini..kan kak..:)