Tuesday, October 04, 2011

FarraNora Safwan (IK3) Masuk Studio

Buat julung kalinya dalam tersipu-sipu, FarraNora Safwan melangkah menjejaki tangga studio. Semakin membesar dia, semakin pemalu pula anak Pak Safwan ni. Dulu, kurang lebih 5 tahun lepas, FarraNora cukup ranggi dan 'banyak cakap'... ;) Agaknya bila dah semakin kenal dunia seni, FarraNora mula terasa betapa kecilnya dirinya. Baguslah begitu. Perkara utama yang paling Riza takuti ialah, bilamana seseorang artis baru mula lupa diri... Minta simpang lah ye.. InsyaAllah, kalau FarraNora serius untuk terus melangkah menuju impian yang nyata, dia harus banyak belajar dan mengenali dunia sebenar...

Oleh kerana tidak mahu bakat yang sedia ada pada FarraNora hilang begitu sahaja, Riza mengambil inisiatif untuk menggunakan sebahagian rezeki shooting 'Suci Seorang Nur' yang baru saja tamat pengambaran untuk memulakan langkah awal FarraNora. Dengan kerjasama Ayez Shaukat Fonseka, kami berkolaborasi untuk menghasilkan sebuah lagu yang berentak rancak dan penuh dengan semangat. Tajuknya akan Riza umumkan nanti tapi singkatannya ialah P.I. Studio ditempah, maka bermulalah proses rakaman lagu 'single' terbaru dan pertama dari FarraNora Safwan!

Riza senantiasa mengharapkan yang terbaik buat FarraNora. Riza nak tengok FarraNora berjaya, Riza mahu mak dan ayah FarraNora sentiasa tersenyum dan puas dengan segala usaha mereka selama ini yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan bertungkus lumus memastikan kejayaan FarraNora.

Jika segalanya berjalan lancar, InsyaAllah akan Riza adakan majlis doa selamat bersekali dengan pelancaran lagu pertama FarraNora di Kuala Lumpur. Cadangannya secepat mungkin namun selewatnya awal tahun 2012 InsyaAllah.

Kami hanya perlukan sokongan yang berterusan dan tidak berbelah bagi dari para rakan yang dikasihi! Doakan kejayaan TEAM FarraNora! Amin....

PS: FB FAN PAGE FARRA
http://facebook.com/FarraNoraSafwan

No comments: