Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Friday, September 30, 2011

Majlis Amal Raya Bersama Pertubuhan Kanak-kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC)

Agak lama Riza tak dapat update blog (kurang lebih sebulan) :). Bila tak update maknanya cuma ada dua perkara yang selalu menghalang, samada agak sibuk dengan tugasan atau line internet teruk. :) Alhamdulillah kali ini bukan disebabkan line internet tapi disebabkan kesibukan menulis skrip, shooting dan mengendalikan beberapa majlis.

Terima kasih tidak terhingga kepada beberapa orang artis yang sudi hadir dan menghiburkan anak-anak istimewa ini tanpa langsung memikirkan soal imbuhan. Antaranya Liza Abdullah, Am Raja Lawak, Farra IK3, Sofian Pilih Kasih dan Mahmud Ali Basha. Jutaan terima kasih kepada Encik Abd Halim Abd Aziz dan isteri, Pengerusi dan Pengasas Rumah PKIIC yang membuka ruang buat kami bersama meraikan anak-anak di sana.

Majlis anjuran PKIIC mendapat sumbangan makanan dan juadah untuk 2,000 pengunjung dari pembekal mesin air Oksigen O2Plus. Difahamkan makanan habis semuanya! Alhamdulillah... :) Kerjasama diterima dari Selangor FM yang menjadi penyiar rasmi bagi hebahan dan acara pentas. Riza tak nak ngomel banyak sebab ada banyak lagi gambar dan video nak diedit..so.. tataplah gambar-gambar sekitar Majlis bersama anak-anak istimewa di Sungai Buaya pada 24 November 2011 bermula jam 2 hingga 5 petang.

Saddiq Raffali & Am Raja Lawak sedang berbincang dengan serius..hahaha! :) Konon tengah plan nak nyanyi dan buat gimik apa di atas pentas.

Liza Abdullah kalau pasal posing....! hehe! Jangan maraaa... Dia dan Mahmud Ali Basha memang sporting...

Persembahan Nasyid dari anak-anak PKIIC...

Comel dan berbakat sungguh anak-anak ini...


Eh eh? Menari jugak ke?Tak lah... Ini gambar candid, adik ni tengah berjalan tapi nampak macam menari kan? ;)

Akak ni nak menari sama ke? ;)

Alah tomei-tomei adik-adik ni... :)

Bakal YB Rahman Pelancongan Pintar sibuk ke buat-buat sibuk? hahaha! :p

Adik ni nak duit raya ke? :)

Kaunter Pendaftaran Tetamu

Bukan main khusyuk lagi adik-adik ni tengok persembahan pentas... :)

Adik-adik manis yang sama-sama menghulurkan tenaga menjayakan majlis bersama anak-anak PKIIC..

No comments: