Tuesday, June 16, 2009

~ Monolog D ~


Persembahan 'monolog D' akan dipersembahkan oleh saya, Shahriza Mahmud pada 1 OGOS 2009, jam 8.30 malam bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur. Pada sesiapa yang sudi menghadirkan diri untuk memberikan sokongan, silalah hadir. Tempat terhad kerana ianya PERCUMA untuk pusingan pertama ini! ;)

Riza tak boleh bercerita panjang tentang kisahnya kerana perlu merahsiakan buat sementara waktu kerana ianya akan dinilai sempena Festival Teater Malaysia.

Teater penuh D sedang dalam proses pre-produksi dan dijangka akan dipersembahkan mulai awal tahun 2010. Riza memerlukan tajaan dari sesiapa sahaja samada individu mahupun syarikat. D akan dibawa persembahannya ke seluruh negara mengikut kesesuaian bajet yang diterima.

Lagu tema D yang mendayu sedang dalam proses penyusunan muzik. InsyaAllah ianya bakal dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang bagus vokalnya dan InsyaAllah penyanyi tersebut akan berlakon di dalam Teater D!

Secara dasarnya, kisah D menceritakan tentang seorang gadis yang terhimpit dengan keadaan fizikalnya yang tidak menarik dan kehidupannya yang dirasakannya tidak adil sehingga memaksanya untuk membunuh! Sudah tentu ada pelbagai kejadian yang berlaku yang telah melemahkan mentalnya sehingga terhasut untuk tidak berfikiran waras!

Walaupun D seorang gadis periang dan disayangi ramai, namun dia tidak dapat lari lari hukum undang-undang.

Penulis monolog D, Shahriza Mahmud.
Penulis bersama Teater D, Yusrikar Bahar dan Shahriza Mahmud.


Doakan kejayaan D!

******************

9 comments:

~~SaLiNa @ SaL~~ said...

Good Luck. InsyaAllah, mudah2an semuanya akan berjalan lancar seperti yg dirancangkan Kak Riza. Yg lain2 kita berdoa kpd Allah S.W.T.

puding said...

i try datang la that day .. i nk amek gambar u .. amacam ? huhuhu

D'Rimba said...

Hooo. Diam-daimja ya....Saya baru sahaja pergi ke Taman Budaya pagi tadi tengok adik-adik bertanding lagu dan puisi. Juara SMK berhampiran rumah saya itu kak...Ogos akan ke kebangsaan di Sabah. Akak tidak sudikah lihat mereka berlatih nanti?

Shahriza Mahmud said...

Thanks Sal!

Puding, amik gambar no problemo! tapi jangan terkejut kalau datang nanti..... hehe! ada rahsia...

Am, Tahniah pada adik2 tu dan mentornya.. ;) hehe! Bukan tak sudi tapi buat masa ni payah nak slot masa.. InsyaAllah satu hari nanti ye!! ;)

Shahriza Mahmud said...

Puding,
Suka gambar2 yang awak ambik.. cantik..

puding said...

tq riza hehehe ...

btw .. 16 July pun i ada shoot untuk teater team kawan i .. kat taman budaya tu gak .. so . . let me know la kalau ada event, i boleh datang gi shoot kekeke .. email i kat cdma53@gmail.com

Shahriza Mahmud said...

InsyaAllah... tinkiu!!! ;)

puding said...

orait ..
nak lagi senang just add my YM id je la ..

buragas_kl@yahoo.com

layannnn

puding said...

Festival Teater akan bermula hehe .. akan berkampung la kat Taman Budaya lepas ni huhuhu ..

any info boleh email kat i tak riza ? takut terlepas plak nanti ..

email kat cdma53@gmail.com