Cikgu Siti Hajar dengan pelbagai gaya sewaktu memberikan ceramah Motivasi di dalam Bengkel Motivasi dan Pemantapan Budaya sempena Perkampungan Seni Budaya, di Ismah Resort, Melaka pada 5 hingga 7 Jun 2009.
Cikgu kata, ada penyanyi yang pantang jumpa dia. Bila jumpa je nak tanya komen pasal nyanyian mereka. suatu hari tu, dalam satu majlis, seorang penyanyi yang menyanyi dengan sumbang datang ke mejanya dan memintanya untuk memberikan komen. Cikgu Siti keberatan. Cikgu cakap, kalau dia komen, dia akan komen ikhlas yang sejujur-jujurnya. Dia tak mahu penyanyi itu kecil hati. Penyanyi yang merasakan nyanyiannya terbaik dan mahukan pujian untuk menambahkan kredibilitinya itu dengan senyuman lebar menyatakan sanggup menerima apa saja kritikan. Bila Cikgu memberi teguran, wajah penyanyi tersebut terus pucat dan terkedu kerana menyangkakan Cikgu Siti akan memujinya! Dia terus berlalu kerana terasa dimalukan. Hemm... Cakap tak serupa bikin penyanyi tu..
Cikgu Siti banyak memberikan input dari pengalamannya sebagai anak seni bermula sebagai penari dan pemain teater.
Pernafasan yang betul bukan saja diperlukan oleh seorang penyanyi tetapi juga kepada sesiapa sahaja untuk memastikan oksigen sampai secukupnya ke otak kita supaya dapat berfikir dan berkarya dengan kreatif ~ Shahriza Mahmud.. ;)
Lebih banyak gambar DI SINI.
*****
No comments:
Post a Comment