Wednesday, January 09, 2008

Rindu Yang Tiba

hari ini sepi terguris lagi
rinduku semakin menjadi-jadi
tidak kutahu kenapa dan mengapa
datangnya ia bertamu tak henti
bertalu menghasut rawan hati

aku rindu pada kamu
aku rindu pada semua
hati ini bagai disentuh
rasa itu cukup sengsara

aku tak tahu kenapa
kepada siapa dirasa
di mana letaknya ia
untuk apa datangnya

rindu itu mendesak
rindu ini mencabar
dari kotak fikir ini
pintanya mahu keluar

kini ianya mengganas lagi
datang redah mengetuk hati
pinta aku luahkan agar terbebas
muntahkan atas nota tanpa kertas

Maka itu aku turunkan di sini
santapan jiwa bersemi di hati

rindu yang tidak ku tahu
rindu yang tiba tanpa malu
rindu menggamit jiwa sendu

SHAHRIZA MAHMUD
Wed Jan 9, 2008
11:06 am


No comments: