Tuesday, November 17, 2009

Salam Takziah Buat Keluarga Papa Yus..

Salam kembali.. Petang semalam, jam 6.50 petang, Riza menerima sms dari setiausaha kerja Persatuan SENIMAN Malaysia:

"Pelakon / Pengarah Yus Emali @ Papa Yus meninggal dunia di Johor. Jenazah akan dikebumikan di MASJID KG UMBAI, KM 14, KPG UMBAI, 77300 MERLIMAU, MELAKA. Jenazah dijangka tiba jam 9 pagi esok. - Maklumat dari En. Zul ( AJK SENIMAN )."

Terkedu seketika apabila membacanya. Innalillah..

Mungkin ada yang tidak mengenalinya tetapi warga produksi yang sudah lama berkecimpung dalam bidang filem dan drama pasti mengenalinya. Riza mengenalinya sejak zaman 'PENDEKAR'. Papa Yus pernah berlakon di dalam satu drama bersama Riza tetapi Riza dah tak ingat tajuknya. Riza juga pernah berlakon di bawah arahannya tetapi cuma satu drama saja rasanya.

Pun begitu itu bukan ukurannya. Yang pasti, kami kehilangan seorang lagi rakan seperjuangan. Anak seni yang tabah di dalam industri walaupun perit meneruskan perjuangan hingga kenafas terakhirnya.

Seingat Riza, pelbagai dugaan yang diharungi semasa hayatnya.

Apa yang dapat Riza lakukan hanyalah memohon agar Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang disayangi Allah s.w.t..

Amin...

Al-Fatihah.

No comments: