Thursday, June 18, 2009

Doakan Adik Nur Yuslina Yang Sedang Koma

Bersama Nur Yuslina. Gambar yang sempat kami rakamkan. Terima kasih kepada dua INA yang memberikan sokongan moral yang cukup padu kepada Riza, NUR YUSLINA & SALINA MOHD SOBRI

Di pagi Khamis yang hening, Riza menyambung kembali dan mengolah lagi monolog D. Sedang enak menaip dengan idea yang mencurah, tiba-tiba keluar jendela bual Yahoo ( IM ). Sal yang sebelum ini menyatakan kesibukan memanjang tiba-tiba akan datang lagi ke Kuala Lumpur pada besok hari sedangkan dia cukup sukar untuk mendapatkan cuti dari kerjanya di Pulau Pinang.

Walau cuma berbual melalui kata-kata yang ditaip di alam maya ini, Riza pasti setiap patah perkataan yang ditaip dan diluahkan penuh dengan nada pilu dan resah kerana sepupunya yang baru sahaja ditemui empat hari yang lalu, kini tidak semena-mena terlantar di hospital tanpa bicara. Sedangkan Riza yang baru pertama kali bertemu dan bergambar dengannya juga terasa keresahannya, apalagi kakak saudaranya yang begitu mengambil berat tentang adik sepupunya.

Riza dapat melihat keakraban mereka. Riza lihat keceriaan mereka. Walaupun Nur Yuslina cuma menemankan sepupunya ( SAL ) sewaktu kami membincangkan mengenai Teater D, sesekali mereka mencelah juga perbualan kami apabila timbul isu-isu yang menarik terutama ketika kami mengusik Sal yang kuat makan tapi tidak menunjukkan tanda-tanda tubuh badannya akan naik. Riza berseloroh mengatakan cuma satu je ubat untuk Sal berisi,"Dia kena kahwin!". Ina setuju dan ketawa kecil malu-malu.

Ina lebih banyak mendengar pada hari tersebut tapi senyuman tetap menguntum. Riza sempat tanya kepadanya,"Kenapa diam saja." Jawapannya, cuma sekuntum senyuman yang diberi. :)

Berita dari Sal pada pagi ini, empat hari selepas kami bertemu amat mengejutkan!

Ina kini berada di dalam wad ICU. Pagi semalam ( RABU ) diberitakan abang Sal kepadanya, Ina tiba-tiba jatuh pengsan tanpa sebab. Riza kira sudah lebih 24 jam Ina berada di dalam keadaan koma. Menurut Sal, doktor telah mengambil air dari tulang sum-sumnya untuk mengenalpasti penyakit Ina. Ina dikatakan tidak mempunyai apa-apa penyakit sebelum ini.

Nur Yuslina yang baru berusia 20 tahun memerlukan doa kita semua. Anak gadis yang masih muda belia yang baru berjinak-jinak dengan kehidupan sebenar, perlu diberi peluang untuk meneruskan hidup yang sihat walafiat seperti kita. Siapalah kita hendak melawan takdirNYA.

Sama-samalah kita berdoa demi kesihatan Nur Yuslina agar Yang Esa menyembuhkan dia, agar sepupunya yang baik hati, Salina tidak akan gusar mengenangkannya... Amin...

***************************************************************************

10 comments:

~~SaLiNa @ SaL~~ said...

10q Kak Riza krn mendoakan sepupu sal utk sembuh semula. 10q so much.

Shahriza Mahmud said...

You are most welcome dik.. Ucapkan terima kasih itu kepada dirimu sendiri kerana menjadi orang yang prihatin..

puding said...

semoga cepat sembuh .. harap bersabar kepada SaLiNa@SaL ekkk

~~SaLiNa @ SaL~~ said...

Terima kasih Puding.

puding said...

sama² SaL

~~SaLiNa @ SaL~~ said...

Alhamdulillah....Atas doa kalian semua Yus dah sedar semula. Ni msg di FB dr kakak ipar Yuslina :

Hulwani menghantar mesej dalam membalas suatu bebenang.

Per: DIARI LUSUH shahriza mahmud: Doakan Adik Nur Yuslina Yang Sedang Koma

"Alhamdulillah... Ina dah sedar dah pagi nie... siap boleh bergaduh lagi dengan akhiri.. Insyaallah dia beransur pulih... and don't stop pray for her.."

puding said...

Alhamdulillah, ok la tu, semoga sihat sejatera hendaknya ...

Shahriza Mahmud said...

Alhamdulillah...
Apa kata doktor?

~~SaLiNa @ SaL~~ said...

Doktor ckp otak dia ada kuman & hati dia bengkak. Hr minggu next week dia dah blh keluar dr hospital. Terima Kasih semua krn mendoakan ek. Hanya Allah yg mampu membalas segala doa2 kalian. Amin...Amin...Amin... Ya Rabbal Alamin.....

~~SaLiNa @ SaL~~ said...

Aduh silap.... Pembetulan hari Rabu next week dah blh keluar. Hasyuummm.... Sal plak yg demam ni. Huhu.....

Kak Riza, GOOD LUCK 4 workshop di PD ek. Take care. Wasalam.