...Awal Bicara Bismillah, Kuatur Semula Langkah... **Dulunya 'Diari Lusuh Shahriza Mahmud'** ..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara..
Tuesday, April 21, 2009
RONA, Warna Kehidupan Kita..
Salam kerinduan..
Setelah sekian lama tidak menulis dari hati, hanya menitipkan beberapa bahan dan maklumat aktiviti semata, hari ini Riza memaksa jemari, menggenggam penukul dan mengejar pahat yang semakin malas untuk beraksi.
Semuanya hanya kerana kesibukan diri yang terkadang terlebih sedikit, tetapi.. bila difikirkan balik tidaklah sesibuk dulu kala.. Walaupun begitu, kepenatan yang melemahkan minda untuk menghayun pergelangan tangan ini untuk menarikan tarian ayat cinta kasih buat anda yang setia di ruangan sempit DIARI LUSUH ini.
Maafkan daku yang terkadang begitu aktif dan tiba-tiba hampir sepi..
Banyak kisah yang telah lusuh, akan kubiarkan lusuh buat sementara.
Hari ini Riza akan bercerita tentang RONA, sebuah pementasan teater yang bakal kalian tonton ( itu pun jika kalian sudi hadir ) pada 24 & 25hb APRIL, JUMAAT & SABTU ini, bermula jam kurang lebih 8 malam..
RONA mengisahkan imbauan perjalanan hidup 5 orang sahabat karib, Mira ( Shahriza Mahmud ), Shah ( Idham ) , Hafiz ( Eddie ), Salleh ( Raffie ) dan Marina ( Shanaz@Sofea ) yang terpisah dek kerana mengharungi gelombang hidup yang penuh dengan ranjau yang tidak masing-masing sedari akan kepincangannya.
Kulit yang nampak indah, tidak seharum isi yang sudah bernanah dan semakin parah. Mereka cuba berselindung di sebalik kemewahan dan populariti masing-masing di dalam bidang kuasa mereka. Namun sejauh mana mereka berjaya menyimpan rahsia diri dan selama mana mereka akan terus hanyut?
Ada bangga, ada ego, ada kecewa, ada resah, ada penyesalan, ada pelbagai rasa yang mencengkam. Dimana akan diletakkan segala rasa itu? Berbaloikah segala penat lelah dalam mengejar kemewahan dan kebanggaan nama?
Terlalu rumit dan kompleks untuk dihuraikan tragedi yang menimpa mereka. Hanya jika anda menonton RONA, anda akan dapat segala isi yang bakal menikam ke dada dan menusuk jiwa pemerhati..
RONA adalah kisah semua insan yang bersarang di lubuk perjalanan sempit hidup kita. Bantulah RONA bangkit dengan semangat. Bangkit dengan kekuatan baru. Lima sahabat ini memerlukan ANDA!
Mereka menanti kehadiran ANDA di TAMAN BUDAYA, KUALA LUMPUR pada 24 & 25hb April..
TEMPAHAN TIKET, HUBUNGI:
WATY, 013 3405299
TERIMA KASIH!
MORE DETAILS & FACEBOOK INVITE CLICK HERE.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kak, byk kisah menarik walaupun lusuh. Adakala bleh membuatkan kita mengingati sesuatu kan?
Betul... Mengenang sejarah, adalah indah... dan peringatan..
Post a Comment