Wednesday, April 01, 2009

Indahnya Kehidupan Tersusun OlehNYA Jua


Salam, salam, salam!

Entri di bawah garisan putus-putus, Riza mulakan penulisannya pada pagi Riza pulang dari Pulau Redang, namun disebabkan pelbagai kerja yang menyekat untuk Riza terus menulis, ianya terbengkalai.

Daripada virus yang menyerang sistem komputer sehinggalah debaran kemungkinan hilang semua gambar-gambar yang Riza ambil di Pulau Redang cukup menyesakkan dada. Setelah dua hari melayan rasa, akhirnya Alhamdulillah sebahagiannya dapat diselamatkan.

Pun begitu sesuatu yang amat berharga telah hilang tanpa dapat dikesan walaupun dengan menggunakan pelbagai cara tercanggih! Folder segala tulisan yang sedang dalam peringkat penulisan yang bukan hanya sekadar idea kosong tetapi ianya telah disusun dengan kemas untuk lanjutan seterusnya! Mungkin seratus, mungkin lebih fail yang telah ghaib.

Lupakanlah saja tentang itu, kerana Riza mahu bercerita tentang kegembiraan dan keseronokan berada di Pulau Redang. Itu yang lebih penting!

Di bawah adalah entri asal dan juga sambungan yang berjela.. ;)

================================================================

Alhamdulillah!
Riza selamat tiba ke rumah dari Pulau Redang pada jam 12.30 tengah malam tadi ( awal pagi ini 26 Mac 2009 ).

Salam ketemu kembali para sahabatku yang dihormati dan disayangi sekalian..

Empat hari meninggalkan alam siber serasa bagai empat tahun lamanya. Namun demi sebuah kebahagiaan yang nyata dan ketenangan yang perlu dialami sesekali dalam hidup perlu diimbangi. Kali terakhir Riza 'update' status Riza di facebook adalah pada 23 Mac, sewaktu dalam perjalanan ke Pulau Redang ketika baru bertolak dari Jeti Kuala Terengganu.

Sebenarnya setiap kali hendak menulis atau melapor sesuatu yang menarik, Riza akan teruja sangat dan terus kemaskini status tapi masalahnya bila ada teguran dari rakan-rakan yang sedia menanti, maka Riza akan seronok berborak panjang dengan anda! Akhirnya Riza akan mengambil masa untuk menulis di blog ataupun tidak tenang menulis sebab memikirkan rakan-rakanku yang menunggu respon dariku di 'thread' fb!

Kali ini Riza nak kuatkan diri sikit.. hihi ;).. Riza nak siapkan catatan DIARI LUSUH yang penuh dengan pengalaman indah di Pulau Redang ini dahulu..

===================================================================

Itu catatan Riza tanggal 26 Mac..

Nampaknya Riza gagal menguatkan diri untuk meneruskan tulisan pada hari tersebut..tapi bukan kerana terus melayan perbualan dari 'status update' tetapi dek kerana terlalu keletihan dan juga ada kerja-kerja yang harus didulukan, juga masalah virus yang membawa kepada tertangguhnya segala perjalanan.

Begini Al-kisahnya DIARI LUSUH pengembaraan ke Pulau nan indah:

Pada hari Sabtu dan Ahad ( 22 & 23 Mac ) Riza dan rakan-rakan 'dubbers' terpaksa merakam empat episod siri MY MELODY agar tiada kerja yang tertangguh sebelum kami bertolak ke Pulau Redang. Banyak perkara yang Riza lakukan pada hari Sabtu. Di sebelah malamnya Riza meneruskan kerja-kerja penulisan yang perlu sehingga subuh. Cadangnya, sebelum 'dubbing' pada petang Ahad, Riza dapatlah curi-curi tidur untuk menghilangkan letih dan lesu.

Nak dijadikan cerita, rezeki Allah datang tanpa diduga. Pada jam sekitar 12.30 tengahari, Riza menerima panggilan dari Jabatan Kebudayaan Wilayah meminta Riza menjadi pengacara bidan terjun untuk Majlis Kebudayaan di Taman Budaya. Majlis sepatutnya bermula jam 3 petang dengan dihadiri oleh Menteri.


Dalam waktu yang sesuntuk itu, Riza bersiap apa yang patut dengan bahan-bahan yang perlu sebelum berkejar ke Taman Budaya. Setibanya di sana, Amran Nasrudin memberikan aturcara yang bakal Riza acarakan. Semuanya berjalan lancar tetapi kehadiran Menteri tidak nampak pada saat terakhir, mungkin kerana kesibukan pemilihan yang bakal berlangsung di ketika itu. Tak kisah lah..

Acara santai cukup meriah dengan kehadiran ramai artis veteran dan pelancong dari luar negara. Riza berjalan ke sana kemari kerana diberikan 'cordless mic'. Apalagi? Takkan nak duduk diam atas pentas saja kan? Boringlah! ;) Dengan berkasut tumit tinggi, sehingga jam 7pm Riza di Taman Budaya.

Selepas maghrib, Riza meneruskan kerja dengan berlari ke studio untuk rakaman My Melody pula. Hampir tengah malam, pulang dan meneruskan beberapa kerja di rumah.. Penatnya hanya Tuhan yang tahu tapi kepuasannya cukup nikmat sekali! Alhamdulillah..

Esok paginya Riza memang 'flat' habis tapi masih perlu menyiapkan keperluan untuk ke Pulau Redang. Riza dan rakan-rakan 'dubbers' berkumpul di Setiawangsa White Coffee sebelum bertolak kurang lebih jam 11 malam.


Gambar keletihan sewaktu tiba di Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu.

AKAN BERSAMBUNG sebab...kalau tak publish sekarang, entri ini akan terlalu lusuh pula! ;)

No comments: