Saturday, June 13, 2009

Pelancaran Akademi Polis


Pelancaran Akademi Polis musim yang ke-4 yang berlangsung di perkarangan Sri Pentas TV3 baru-baru ini telah berjalan dengan sempurna. Ianya telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 2hb. Jun 2009.

Pengarahnya Yusof Kelana cukup berpuashati dengan para pelakon yang terlibat kerana memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang pengambaran berlangsung. Antaranya Serina Ridzuawan dan Lando Zawawi.


Drama kepolisian ini telah mula ditayangkan pada hari Rabu yang lalu, jam 9 malam. Siri mingguan ini akan menjalani pengambaran musim ke-5 pada bulan Julai yang akan datang dengan membariskan pelakon-pelakon yang baru dan lama dengan penambahan beberapa jabatan khas di dalam siri ini.

Pada musim yang lalu, selain dari pelatih yang baru memasuki akademi, pelatih-pelatih yang telah berjaya melepasi ujian telah diserapkan ke jabatan 'Task Force' dengan tugasan yang cukup mencabar!

FAKTA: Rating Akademi Polis telah meningkat mendadak sehingga 1.8 juta penonton dan telah meletakkannya di tangga yang teratas bagi drama yang ditayangkan di Channel 9!

Tonton AKADEMI POLIS setiap RABU, 9 malam di CHANNEL 9!

P.S:
Lebih banyak gambar klik DI SINI.

4 comments:

D'Rimba said...

Ingat arahan......tadi. Huhuhu.....Kalau tidak siaplah pelakon berlakon macam baca skripja dengarnya. Ayat baik punya penuh macam bahasa buku bila bercakap...Contohnya adakah engkaupun mencintaiku....Hahahaha.....Tergelak besar dibuatnya....

Shahriza Mahmud said...
This comment has been removed by the author.
Shahriza Mahmud said...

mesti awak tgk gerak khas ni! gerak khas lain.. yg ni lain.. rating dah kaw2! ramai pengikut..

Nurina Feeza said...

rndu sgt2 kt drama nie..
hope,,bleh diulangtyg smula di tv9,,please..:) tQ..