Video Lusuh Shahriza Mahmud

Loading...

Thursday, September 03, 2009

Dugaan, Rezeki & Pilihan..


~ This morning got 2 tele to pitch, next week another 3 tele. I have done 3 tele and 1 series. Kalau dapat semua memang rezeki 2010..tapi ada offer lain plak yg datang. Dalam dilema. For a long term nampak mcm ok but sacrifices have to be made..hemm..walaupun aku harus bekerja tanpa gaji sekarang, apapun nampak aura rezeki di depan mata.

Nampak busy sangat tapi belum masyuk. Duit raya belum tentu ada. ;) Sabar je lah..Orang makan gaji dah tentu bergaji bulan, ada bonus lagi. Orang seni, kais pagi makan pagi..tapi itu yang dipilih, itu anugerah Illahi,InsyaAllah takkan kupersiakan!

Semalam seseorang telah menelefon dan bertanya khabar. Aku ditawarkan untuk meneruskan satu siri drama yang terpaksa kukorbankan sepanjang aku berada di hospital dan terlantar hampir sebulan di rumah. Sekarang sudah masuk bulan yang ke tiga setelah aku diserang Landak Laut ( Sea Urchin ). Dari langsung tidak boleh berjalan, aku menggunakan kerusi roda, kemudian tongkat dan semalam aku melepaskan tongkat. Aku paksa untuk berjalan dengan elok tanpa tongkat. Namun aku masih tidak dapat menyembunyikan kesakitan. Selepas beberapa langkah berjalan dengan perlahan, aku akan terjengkit-jengkit kembali. Semua perasan. Hemm...

Apapun banyak perubahan telah berlaku. Walaupun bengkak masih lagi mempermainkan aku..sekejap ada sekejap hilang tapi aku bersyukur kerana sakit yang teramat dan bengkak yang teramat telah meninggalkan satu fasa kesakitan yang amat tidak dapat kuceritakan.

Cuma...semalam apabila aku ditawarkan untuk satu watak yang memerlukan aku lasak di sepanjang perjalanan pengambaran yang dijangka selepas Ramadhan ini, aku jadi resah. Apakah aku dapat memenuhi tuntutan watak tersebut atau aku terpaksa melupakannya buat kali ke dua? :( Ini kerana, walaupun aku sudah boleh berjalan tapi aku terpaksa akui bahawa aku masih belum boleh berjalan tanpa dilihat sumbang, apatah lagi untuk berlari.

Apakah aku berupaya memulihkannya dalam jangkawaktu kurang lebih dua minggu? Bolehkah aku berlari dalam tempoh itu sedangkan sudah masuk bulan ke 3 aku begini? Pemulihan ini memang agak lambat. Mahu atau tidak aku terpaksa terima kerana ianya angkara bukan 'makhluk' biasa yang hidup di darat.

Jika aku berjaya melepasi kesakitan dan memulihkan 100% kecederaan ini, maka watak itu InsyaAllah adalah milikku..

Bagaimana sekalipun ikhtiar yang kulakukan, jika DIA tidak memulihkan, hanya DIA yang tahu dan hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang tersirat. Aku terima. Aku terima seadanya kerana DIA telah banyak membantu sejak sebelum ku dilahirkan.

Tawaran yang kukatakan memerlukan pengorbanan di awal tadi adalah tawaran yang berbeza yang memaksa aku meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya.. Tentu ianya perit untuk lakukan.. :( hemm..

Aku pasrah padaMU. Berikanlah kekuatan dan jalan serta murahkanlah ( permudahkan ) rezekiku, tak kira dari sudut mana datangnya ia...AMIN... ~

No comments: