Monday, July 13, 2009

Aduhai Landak, Aduhai Gatal, Miang!!

Ini tangan ye, bukan kaki! ;)

ISNIN: 13 Julai, 2009.

Seawal jam 5.30am aku dikejutkan lagi oleh misi yang saban pagi datang menyuntik antibiotik ke dalam urat lengan kananku. Setelah semuanya selesai, aku mencapai tongkat yang menjadi pembantu peribadiku sejak kejadian tempohari. Ternyata ada penyakit baru yang timbul, mungkin kesan dari suntikan bisa landak laut ( sea urchin ) yang memangsakan aku pada 1 Julai yang lalu. Sebelum ini kusangkakan 30hb. Jun. Rupanya kiraannku tersilap sehari. Mungkin kerana tidak mahu berfikir panjang lantaran kesakitan yang kualami.

Kulihat kaki yang semakin surut bengkaknya kini membengkak semula! Patut lah sewaktu berdiri terasa berat semacam. Aku tidak faham. Hari ini seharusnya semua bengkak akan surut dan aku akan dibenarkan pulang..

Aku berbaring di atas katil sambil membelek kakiku dan berfikir di mana silapnya. Aku mengambil tisu basah dan mencuci muka dan terlihat di dadaku ada bintik-bintik merah. Lantas kuperiksa ke seluruh tubuh. Adus! Alahan apa pulak ni? Seluruh tubuh ada bintik-bintik merah kecuali tangan dan paras lutut ke bawah kaki kanan.

Semalam, aku mula terasa miang yang amat sangat di dalam kaki kiri yang membengkak dek kerana bisa landak laut itu. Walau kutahan namun akhirnya aku tewas setelah gatal-gatal itu tidak mahu hilang walau misi telah memberikan pil untuk menghilangkan rasa perit itu. Katanya aku sepatutnya mengantuk. Namun itu tidak langsung terjadi. Aku akhirnya terpaksa menggaru dan menggaru sehingga merah seluruh kaki.

Apabila doktor datang, macam2 persoalan timbul. Semua tidak menyangka bengkak itu akan datang lagi. Doktor lantas menukar antibiotik lain dan memberikan ubat alahan.

Menjelang SELASA, 14 Julai:

Ini Landak Laut ( Sea Urchin ) yang tembak duri dan bisa kedalam kakiku! ;)

Malam hari 13 Julai hingga awal pagi 14 Julai, gatal dan miang di bahagian dalam kaki menjadi-jadi. Ubat yang sama diberikan untuk menghilangkan gatal. Again! Mengantuk tidak, gatal masih menyerang! Sehingga jam 3.30 pagi aku cuba untuk melawan nafsu untuk menggaru. Aku tewas lagi! Namun kali ini, aku gunakan selimut untuk menggaru bahagian kaki yang sedia merah dan gatal. Aku selang seli dengan menyapu air penawar yang dibawa ayah dan emak.

Akhirnya aku tertidur. Mungkin baru nak terlelap, jam 4.3o pagi misi datang lagi memeriksa tekanan darah. Jam 5.30 seperti biasa, masuk antibiotik lagi. Hemm.. Tak rehat juga.. Lepas tu, cleaner masuk, lepas tu breakfast sampai, lepas tu doktor datang, lepas tu nurse masuk, lepas tu dan lepas tu dan lepas tu.. hehe..

Baru sekejap tadi dalam jam 1pm masuk antibiotik lagi.. Kaki masih terasa berat dan miang tapi masih menahan. Bila bangun untuk cuba berlatih berjalan menggunakan tongkat, terasa kaki berat semula kerana darah dan bengkak turun semula kekaki. Bila lepak atas katil dengan kaki di atas bantal, ianya akan susut.

Fuh! Kalau macam ni, bila boleh berjalan dengan selesa? Aku terima takdir ini dengan redha, aku harus menunggu walau sampai bila-bila. Aku mendapat kurniaan terbesar kerana bukan semua orang boleh melewati pengalaman sebegini.. Alhamdulillah.. InsyaAllah akan aku lebih berhati-hati di lain kali dan kiranya ada yang tercedera, aku boleh berkongsi pengalaman bersama!

Doktor yang datang pagi tadi kata, bengkak dan gatal akan datang dan pergi dan ianya mungkin akan berterusan sampai... err...sampai... sampai bila?? Tiada kata pasti!

Adus! Gatal lah pulak rashes ni.. Nak garu jap!! ;)

Hemmmmmmmmmmmmmmmm...................................................................................

3 comments:

The Spiral Eyes said...

sakit itu kiffarah dosa,berbahagialah dan semoga cepat sembuh

Shahriza Mahmud said...

faham. terima kasih..

Ogie said...

Semuga Riza cepat sembuh.....Ogie doakan yg terbaik.....Take care