Saturday, April 25, 2009

Harga Yang Perlu Dibayar..



Salam terhebat buat anda yang terhebat!

Bukan meminta simpati dan publisiti. Sekadar mahu berkongsi..

Sejak memulakan latihan RONA secara intensif, Riza melakukan beberapa adegan lasak yang terpaksa dibayar dengan lebam, calar dan luka di badan.. hehe! ;)

Masa berlakon tak ingat dunia.. Kalau disusun mengikut hari.. Hari pertama tulang buku lima tangan 'terketuk' dek gelas yang dipegang HAFIZ, hari ke-2 luka di siku kiri, hari ke-3 calar di pergelangan tangan kanan, hari ke-4 lebam di peha kanan..

Hari persembahan 24 April, semalam, penangan DATIN DESPERATE, bawah mata Riza berdarah dan kini terkesan luka dan lebam! sekarang tengah tuam dengan air suam. InsyaAllah malam ni tak akan nampak kecacatan itu. ;) Di kedua belah lutut, melecet dan lebam.. sengal badan tok sah cakap lah! Fuh! Best! ;)

Ada dua adegan lasak yang tak boleh dielak. Kalau buat ala kadar, tak akan ada kepuasan. Kalau buat betul-betul, inilah harga yang perlu dibayar.

Yang penting kepuasan kepada semua! Alhamdulillah Riza puas dengan MIRA dan semua teman RONA!

Jumpa malam ini di Taman Budaya untuk 'tarian' terakhir, sebelum 5 sahabat RONA menutup tirai persembahan!

Wassalam!

6 comments:

Eta LaZiM said...

uik... sampai lebam2 ke? Takut nye nak berlakon... Riza Jaga Diri elok2 tau.. jgn sampai menjejaskan kesihatan lak nanti!!

Shahriza Mahmud said...

ok mama! tima cih!
lebam baru thrill.. hehe! penat baru puas.. kalau tak penat, tak sampailah maknanya watak tu.. ;)

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam terik mentari Shahriza Mahmud,

hebat juga latihan tersebut,

bukan senang menjadi yang "terbaik dalam kalangan yang terbaik"

moga semuanya berbaloi.

cindir-rela said...

wah kak, demi kepuasan...sanggup nye...

urm tq follow blog saye..selalu tengok ur drama dulu di rtm..

minat juga dengan teater, tapi sangat tak bekesempatan nak menonton bila jadi stdent ni..huhu

teruskan perjuangan selagi mampu.

Shahriza Mahmud said...

terima kasih zul..
sama-sama cindir-rela..:)

cindir-rela said...

"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"