Sunday, August 21, 2011

Ahad Ramadhan Yang Dingin


Semalam hingga kini, cuaca cukup dingin. Bayu segar menerpa kejantung hati hingga tak mampu kutepis kedamaian yang amat bebas menerpa ruang dada minda ini. Kelapangan itu membuat aku terlalu selesa dan tenang. Terlalu tenang juga kukira tidak elok untuk diri ini kerana nakal benar jiwa ini mendesak untuk aku berasa pilu dan resah tiba-tiba. Ia tidak bagus. Ia tidak bagus bagi diriku. Mungkin tidak bagi kamu. Kerna itu, airmataku tiba-tiba gugur tanpa dipaksa.

Sekadar mencatatkan waktu ianya berlaku. Tidak lebih dan tidak kurang perisanya. Tiada apa yang ditokok tambah.

Alhamdulillah telah kuatasi kenakalan itu... :)

Ahad Ramadhan Yang Dingin

Semalam,
dingin amat cuacamu
kini, ia terus begitu

kesegaran terpaan bayu kekalbuku
menusuk hati yang tiba-tiba pilu

keselesaan itu hilang dengan sendu
ketenangan direntap dari dada sayu

nakal benar jiwa kamu mendesak aku
pilu resah itu makin tidak menentu

kejam kamu kepada diriku yang lesu
selapis demi selapis senduku sayu

maka gugur jua akhirnya
untaian itu satu persatu

Shahriza Mahmud
21 Ogos 2011
10am, KLBA

No comments: