Showing posts with label Seniman. Show all posts
Showing posts with label Seniman. Show all posts

Friday, November 13, 2009

Tabung Amirul Fakir

Riza minta maaf kerana tidak dapat bersama menghadiri majlis amal yang cukup mulia ini. Salam kepada semua rakyat seni di IPOH. Riza mendoakan semoga sahabatku Amirul Fakir akan disembuhkan segera oleh yang Maha Esa.. Amin..

**Riza telah berlakon siri drama MENARA KACA terbitan EduwebTV bersama Amirul yang memegang watak sebagai suami Riza ( Mahyun yang sakit jiwanya ). Di kala itu, dia sudah tidak sihat.

Kepada anda yang berada di Ipoh, jengahlah acara-acara yang akan berlangsung esok!

Saturday, June 13, 2009

Pelancaran Akademi Polis


Pelancaran Akademi Polis musim yang ke-4 yang berlangsung di perkarangan Sri Pentas TV3 baru-baru ini telah berjalan dengan sempurna. Ianya telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 2hb. Jun 2009.

Pengarahnya Yusof Kelana cukup berpuashati dengan para pelakon yang terlibat kerana memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang pengambaran berlangsung. Antaranya Serina Ridzuawan dan Lando Zawawi.


Drama kepolisian ini telah mula ditayangkan pada hari Rabu yang lalu, jam 9 malam. Siri mingguan ini akan menjalani pengambaran musim ke-5 pada bulan Julai yang akan datang dengan membariskan pelakon-pelakon yang baru dan lama dengan penambahan beberapa jabatan khas di dalam siri ini.

Pada musim yang lalu, selain dari pelatih yang baru memasuki akademi, pelatih-pelatih yang telah berjaya melepasi ujian telah diserapkan ke jabatan 'Task Force' dengan tugasan yang cukup mencabar!

FAKTA: Rating Akademi Polis telah meningkat mendadak sehingga 1.8 juta penonton dan telah meletakkannya di tangga yang teratas bagi drama yang ditayangkan di Channel 9!

Tonton AKADEMI POLIS setiap RABU, 9 malam di CHANNEL 9!

P.S:
Lebih banyak gambar klik DI SINI.

Friday, June 12, 2009

Takziah. Hanya Doa Mengharapkan Ketenanganmu BersamaNYA..

Sewaktu latihan Teater Ya YB arahan Abdullah Zainol.

Dua hari telah berlalu sejak pemergiannya pada tanggal 10 Jun 2009 sekitar jam 1 petang. Bukan Riza tidak sempat untuk mencoretkan sesuatu tentang pemergian Allahyarham Shukri Hashim tetapi hati ini dan pemikiran ini serta jemari ini tidak tergamak untuk menyebut nama dan mengenangnya dek kerana kepiluan yang cukup ketara. Ini mungkin kerana Riza agak tersentak dengan berita pemergiannya.. :(

Riza pernah beberapa kali berlakon bersama Allahyarham dan telah lama mengenalinya. Sebagai pelakon dan sahabat di dalam bidang lakonan, Riza tidak pernah menyangka bahawa Allahyarham mempunyai hubungan keleluargaan dengan Riza sehinggalah sewaktu kami mempersembahkan teater YB di pentas MATIC. Riza telah menjemput Pak Lang dan Mak Lang Riza untuk menonton. Apabila selesai persembahan, Riza keluar ke depan dan melihat Allahyarham rancak berbual dan bergelak ketawa dengan Pak Lang Riza. Rupanya mereka saling mengenali, malah Pak Lang menyatakan bahawa kami punya hubungan keluarga.

Seingat Riza, sepanjang mengenalinya, tidak pernah ada cerita negatif atau apa saja ketidakpuasan hati dari sesiapa pun terhadap Allahyarham. Dia tidak pernah bercerita perkara yang buruk atau yang tidak baik tentang seseorang kepada Riza. Allahyarham cukup bersemangat apabila bercerita tentang dunia seni dan bagaimana untuk menangani segala permasalahan yang melanda anak seni jika berhadapan dengan sesuatu situasi yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Hanya Allah yang mengetahui rahsia sebenar kenapa Allahyarham dijemput mendahului kita. Riza redha. Takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan disayangiNYA... Amin...

Al-Fatihah..

*

Tuesday, June 02, 2009

~ Mencari Penyelesaian ~





Tidak ada yang tidak boleh diselesaikan dengan berbalas pandangan dan kata-kata dari hati yang tulus.

InsyaAllah semuanya akan terungkai dengan sendiri. Salah pandang, salah sangka dan salah teka, perkara biasa..

Itu semua gurau senda belaka.. ;)

Monday, June 01, 2009

~ Pilih Kasih! Yusof Kelana Terpaksa Campur Tangan! ~


Sah!

Memang sah ada masalah, sampaikan setiausaha SENIMAN, Yusof Kelana turun padang! Serina dah call lawyer ke tu? Err... alah... jangan lah macam ni..

Tak berani dekat. Tak nak masuk campur. Biar dia orang settle sendiri..tapi.. Rosyam Nor mana ek? Bukan ke dia yang patut ambik tahu?

~Serina Tak Puas Hati Kerana Pilih Kasih?~


Alamak! Nampak gaya macam nak gaduh je? Apa kes ni? Takut lah nak cerita! Nanti tersalah cakap, tak pasal-pasal kena saman dengan Serina pulak! Errr... emmmm... Macamana nak mula ek?

Nanti jap, nak fikir dulu.. Boleh ke cerita ni ek?