...Awal Bicara Bismillah, Kuatur Semula Langkah... **Dulunya 'Diari Lusuh Shahriza Mahmud'** ..Bila Terlalu Banyak Perkara, Akhirnya Tiada Perkara..
Tuesday, August 23, 2011
Nak Balik Kampung Ye? ;)
Percaya atau tidak, ada yang sudah mula balik kampung ;). Ya lah.. bagi yang berpeluang balik awal, eloklah balik awal. Dapat lama sikit berpuasa, berbuka dan bersahur bersama ayah bonda dan keluarga tersayang. Yang paling selesa bila tidak perlu mengharungi kesesakan lalulintas yang melampau tatkala masing-masing pulang pada waktu yang serentak.
Memang dah tak boleh nak buat apa lagi dah, bila tinggal beberapa hari sebelum 1 Syawal pasti kesemua lebuhraya di Malaysia ini akan dibanjiri kenderaan kecil dan besar. Bayangkan setiap tahun ada saja kereta baru yang bergerak di atas jalanraya. Ada siswazah yang baru bekerja, ada juga yang baru cukup sumber kewangan untuk membeli kereta dan yang paling utama sudah pasti setiap tahun ada beratus ribu yang cukup umur untuk mengambil lesen kenderaan. Bayangkan 10% dari mereka telah membeli kereta baru. Maka akan bertambahlah jumlah kereta yang bergerak di lebuhraya! :)
Itu kalau cuma 10%, kalau lebih? ;)
Pada Riza kesesakan di jalanraya ini menjadi penanda aras betapa negara kita semakin maju dan maju. Kalau tak maju, masakan sabanhari ada saja kereta baru yang dikeluarkan. Barangkali ada yang akan kata,"Alah...dapat 100% loan, senang la beli kereta.". Itu mungkin..tapi kalau tak mampu untuk bayar bulanan, mesti dia tak akan dapat pinjaman bukan?
Ok, apapun Riza sebenarnya nak cakap pasal balik kampung. Pada Riza, kalau nak balik elakkan dari memilih tarikh antara 1 hingga 3 hari sebelum raya. Kalau dapat seminggu sebelum lagi selesa. Itu bagi yang boleh memohon cuti awal. Bagi yang bekerja sendiri sudah tentu tak ada masalah untuk menyusun jadual barangkali.
Tahun ini Riza berkongsi kereta dengan adik bongsu Riza, Roshaniza Mahmud yang akan bergerak dari Johor, ambil Riza dan kami akan terus ke Alor Setar. Adik Riza bekerja sebagai seorang guru dan mula bercuti pada hari Sabtu 27 Ogos, Sabtu. Mahu atau tidak, nampak gayanya terpaksalah kami harungi kesesakan yang pasti akan berlaku! ;)
Mula-mula Riza rancang nak balik pada 24 Ogos tapi memikirkan lebih jimat kalau berkongsi kereta, makanya Riza membuat keputusan untuk pulang bersama. Kita tengok lah nanti, jalan sesak atau tidak. Walaupun kami merancang untuk bertolak seawal pagi yang mungkin tapi... hemm.... kita tengok bagaimana nanti... hehe...
Satu perkara yang Riza tak gemar sangat, bila setiap tahun balik kampung, pasti ada saja kerja menaik taraf jalan dilakukan ketika kita semua berpusu-pusu pulang. Kenapa mesti jadi begitu? Haishh... Harap-harap tak adalah masalah di jalanraya dan paling Riza doakan semoga semuanya berhati-hati ketika memandu. Elakkan apa saja tindakan yang boleh menyebabkan kemalangan yang membahayakan orang lain dan diri sendiri.
Sekecil manapun kemalangan yang berlaku dilebuhraya, pasti akan mengundang kesesakan lalulintas ketika menjelang musim perayaan. Jangan kata kemalangan, kereta rosak tepi jalan pun boleh merangkak semua kenderaan! Hehe! :)
So, kepada yang dah selamat tiba di kampung, selamat menjalani ibadah Ramadhan bersama keluarga dan kepada yang sedang bersiap untuk pulang, pastikan kesegaran badan dan ceria sentiasa ketika memandu! :)
Oh ya, Riza nak cakap sikit pasal orang kita yang masih ramai tidak mahu atau malas menggunakan signal kereta ketika memotong atau membelok. Sakit hati tau! Macamana boleh dapat lesen tu? Ada yang siap kata,"Tak rugged la guna signal.". What? Bawa kereta yang membahayakan orang lain tu rugged lah? Pelik betul orang kita. Ada yang kereta besar, mewah dan sudah tentu mahal pun tak guna signal. Sayang nak guna kut, takut susutnilai? Hehehe! Peace!
Bercakap tentang kereta mewah ni, Riza cukup-cukup terganggu dengan lampu spot putih yang menyiksa jiwa dan raga ketika Riza memandu! Huuuuhuu... dah la kereta derang tu besar, lampu putih terang benderang macam spotlight stadium, pastu guna lampu tinggi plak! Tension tension tension! Tolonglah berperi kemanusiaan sikit pada kami yang kecil ini. Tak cukup dengan itu, ada jugak kereta-kereta kecik yang perasan nak pakai lampu-lampu besar putih terang benderang satu alam ni! Dari jauh nampak macam lampu kapal je mencucuk dari belakang. Bila bagi dia potong je, mak aih! Rupanya kereta kecikkkkkk je!
Hemmm.... Nak cakap penat, tak cakap sakit hati...so sesekali cakap je lah.... :P
Ok, satu lagi, tolonglah jangan guna plastic cover sport rim yang cikai, konon-konon nampak macam sporty sangat lah... padahal main tampal je kat luar rim asal tu. Bukan apa...Riza bukan perlekeh tapi Riza bercakap dari pengalaman. Riza dah pernah terkena dengan satu kereta yang bukan main di modified sakan! Kereta tu di depan. Tengah hi-way ni, tiba-tiba rim celup dia tu terbang melayang! Riza boleh nampak dia terbang terus ke kereta Riza. Tinggi tu! Nak buat apa agak2? Memang tak boleh buat apa-apa. Tunggu je lah. Di kiri ada kereta, di kanan penghadang jalan. Mula-mula Riza dah agak mesti kena cermin depan. Riza dah bersedia untuk apa saja kemungkinan. Alhamdulillah missed sikit. Sikit je missed, TAMMMMM! TUMMMM! Riza siap tunduk kepala lagi. Rim cikai dia tu betul-betul landing kat atas bumbung kereta Riza! Adusss!!
Riza berhenti di station minyak yang berdekatan. Hemmm... Keluar kereta, pandang atas...apa lagi...berlekuk lah bumbung kereta Riza. Kuat kena hentam tu! Tengah laju pulak!
Riza bayangkan, kalaulah yang terkena tu, penunggang motorsikal... Adusss.... kesiannya... Memang tak de maaf lah jawabnya... :(
SOOOOO...... RIZA MERAYU....TOLONGLAH....
Kalau nak cantikkan kereta sekalipun...tak kiranya nak modified lampu ke, body kereta ke..TOLONGLAH... fikirkan keselamatan orang lain!!! PLEASEEEEE!!!! :(
Fuhh! Sampai bila pun tak habis ni kalau Riza nak cerita semua pengalaman Riza di sini.. Riza berhenti di sini dulu, nak sambung menulis skrip plak! :)
SELAMAT MENANTI KETIBAAN SYAWAL MULIA....
SELAMAT BERPUASA!
SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI DAN DILINDUNGI KETIKA PULANG KEKAMPUNG DAN KEMBALI SEMULA KE BANDAR, InsyaAllah........AMINNNNN.....YA ROBBAL A'LAMIN......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Selamat Hari Raya Aidilfitri Riza and hubby dari kami berdua.
Maaf Zahir dan batin sepanjang kita kenal. Cheh Wah!!!betul kan ,,manalah tau ada ayat2 yg menyinggungkan perasaan.
Terima kasih roserose! :) Selamat hari raya maaf zahir batin dari Riza jua... :) Bila lah dapat mandi laut ni.. hehe... :P
Memang betul tu Kak Riza, Entah kenapa org kita ni payah sgt nak pakai signal. Lagi berhemah rasanya if signal tu digunakan. At least kereta belakang tahu kita nak potong depan. Sangat2 mencabar kesabaran kalau ade driver yg mcm tu.:-)
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432m / 2011.
Mungkin derang rasa tercabar sebab terasa macam dipaksa utk menggunakan signal. Nak tunjuk bagus kononnya tak de faedah guna signal. Satu lagi derang selalu cakap,"aku tak pernah bagi signal, tak de apa yang jadi pun!".. hemmm...
Post a Comment