Sunday, March 22, 2009

Tiada Upaya..


Riza & Boboi

Salam terindah hanya buatmu sahabat!

InsyaAllah Riza akan menjadi sahabatmu yang terbaik jika diizinkan upaya minda ini untuk mengingati setiap dari kamu tapi mungkin sukar bagiku. Setiap hari Riza berharap dan berdoa agar diberikan keupayaan itu untuk tidak melupakan kalian. Dek kerana itulah, Riza rajin membalas setiap teguran kerana tahu kamu juga cuba untuk mengingatiku tapi tolonglah..jangan bersedih dan jangan terlalu berharap Riza akan singgah pada setiap rumah pada setiap hari kerana ianya tidak mungkin berlaku kerana beribu sahabatku yang berada di dalam kampung facebook-ku mahupun di mana jua..

Maafkan ya..Namun jika kamu menegurku, InsyaAllah akanku cuba sedaya mampu untuk singgah juga ke lamanmu..InsyaAllah..

Tidak dinafikan, Riza juga punya perasaan merajuk terkadang terlihat ada di antara rakan yang rancak berbual dan menegur rakan yang lain tetapi tidak menjengah Riza, jarang singgah ataupun ada yang tidak langsung pernah bertandang! :(

Riza tidak pasti samada yang tidak pernah bertegur sapa itu adalah rakan atau cuma teman sekampung yang tinggal jauh di pendalaman..

Malam ini Riza akan bertolak ke Pulau Redang bersama sahabat-sahabat 'dubbers' MY MELODY. Kami akan berada di sana selama 3 hari 2 malam. Jika dicampur perjalanan, 5 hari semuanya..

Semoga sahabatku di sini mengharungi hari-hari esok dengan tabah dan ceria ya! I will be back! Jika berpeluang, akan Riza laporkan apa yang sempat. Maaflah jika membebel di hari Ahad yang indah ini.

Hemm.. Angin sepoi menyapa pipiku. Langsir kuning cair di muka pintu balkoniku berbuai gemalai sekali.. fuh!

Alhamdulillah..
Terima kasih Tuhan..
Segala puji hanya bagiMU..
ALLAH tuhanku yang SATU..
Yang memberikan nikmat terbaik buatku..

Subhanallah ( Maha Suci Allah ) X 33..
Alhamdulillah ( Segala Puji Yang Terbaik Hanya Bagi Allah ) X 33..
Allahuakbar ( Allah Maha Besar! ) X 33..

Mendoakan yang terbaik buat kita semua!

AMIN...

4 comments:

Anonymous said...

luv reading ur blog Shariza.

Abu Amirul said...

nice blog, simple.
cantik, secantik orangnya, sorry
gurau.
sudi2lah ke blog saya pulak, tapi tak la secantik blog riza.
www.askamakalikada.blogspot.com
hope to know u further.
take care.

Hazrey said...

Pulau Redang???? Best best.

Melodramatic sikit entry ni especially part langsir langsir ni. That reminds me, raya tahun ni awal. Enjoy your Pulau Redang. :)

once dah sampai kat pantai, memorize this: bagai melukut di tepi pantai, dipukul ombak badai.. huhu (less the huhu please, nanti orang cakap gila pulak)

Shahriza Mahmud said...

Thanks Nazima.. :)

Abu Amirul , terima kasih atas pujian.. Alhamdulillah..

Hazrey, dah balik KL dah! ;) hehe..