Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, April 16, 2020

GAGAL

Seandainya...
hati ini mengizinkan
indah ada di setiap detik
di segenap ruang bahagia

tanpa rela 
bernafas kencang
lelah takpernah tenang

dipaksa berkali-kali
tiada yang wujud di sini
hanya derita silih berganti

berderet izin diberi
gigih memujuk lara hati
tetap kepalsuan menanti

izin takkan hadir lagi
sogokan tidak menjadi
walau demi bahagia diri
aku takmampu beraksi

Shahriza Mahmud
Khamis 16 April
PKP Fasa 3
05:56



Monday, April 13, 2020

Provokasi Jiwa


Ada rasa yang berat
rindu yang tak terubat 
atau dekat yang melarat

hati hampir mati
bila tidak dipeduli
rindu menjadi benci

aku bukan boneka, tapi
kau hentak tanpa rasa
kau bunuh jiwa raga

darah mengalir deras
terzahir tanpa kertas 
dendam tekad mengeras

kini kau sudah kaku
layu dan membisu
biar aku pergi dulu
kerna kau,

tidak berguna untukku!

#RizaMahmud
12:17 Isnin
13 April

Wednesday, December 28, 2011

'Actor's Camp' Penutup 2011!


ACTOR’S CAMP
@ CONGKAK PARK AND RESORT, SUNGAI CONGKAK,
HULU LANGAT, SELANGOR

JUMAAT 30 DISEMBER 2011

3.00 PM
Pendaftaran & Pembahagian Khemah

4.00 PM
Sesi suaikenal & Minum petang

7.00 PM
Break (solat, makan malam)

8.00 PM
Latihan olah tubuh & latihan persediaan vokal

9.00 PM
Pengenalan kepada dunia lakonan & improvisasi

10.00 PM
Teknik Penghayatan

11.00 PM
Bersurai

SABTU 31 DISEMBER 2011

6.00 AM
Solat Subuh

8.00 AM
Sarapan Pagi

8.30 AM
Latihan Vokal & Fizikal Dalam Sungai

9.30 AM
Latihan Pembacaan Skrip

10.00 AM
Kudapan

10.30 AM
Kajian & Penghayatan Watak.
Bagaimana ia mempengaruhi kehidupan seharian kita.

12 PM
Acara Bebas , Makan Tengahari & Solat

1.30 PM
Latihan lakon & Persembahan berkumpulan

3.30 PM

Minum petang, pemberian sijil & minum petang
& Penutup

Gotong royong membersihkan kawasan & tutup khemah.

Acara bebas & bersurai.

ALTERNATIF Tambahan RM30 Untuk Sehari Lagi...

SANTAI Malam Tahun Baru sehingga Petang 1 Jan 2012!

Confirmation: Bank In Jumlah Penuh (Bawah 15 tahun RM120, Atas 15 tahun RM150)
MAYBANK: Shahriza Mahmud
NO akaun: 514392110162

Sila email payment slip: yoriza@yahoo.com

NOTA:
1. Bayaran termasuk khemah, tapak, makan, minum, sijil , workshop santai...
2. Bawa pakaian santai yang selesa untuk latihan dan mandi sungai! :)
3. Bawa 'sleeping bag' dan 'sleeping mat' kalau ada.. Boleh digantikan dengan comforter saja.. :)
4. Selebihnya bawa barangan peribadi yang perlu seperti sabun mandi, towel dan sebagainya..

Shahriza Mahmud AFM
fdam, ppwm

FACEBOOK:
Shahriza Mahmud

Sunday, December 18, 2011

Lokasi ACTORS CAMP ~Video~


Ianya nyaman, ianya tenang, ianya mengimbau segala sudut yang terkurung di dalam jiwa usang... Segalanya berubah bila meluangkan waktu untuk menghayati alam yang memahami...

Datanglah kepadaku wahai teman...
Kita bersama menjadi tetamu taman itu...

Teman hanya perlu menyapa diri ini dan selebihnya Dia yang mengatur untuk kita... amin...

JUNIOR ACTORS CAMP bagi adik-adik yang berusia dibawah 15 tahun akan berlangsung esok dan lusa, 19 & 20 Disember bertempat di lokasi yang sama.. Congkak Park & Resort, Hulu Langat, Selangor.

Dua hari satu malam. Latihan, sijil, khemah, makan dan minum akan diberikan.

Sila hubungi 0123133224 atau mesej ke http://www.facebook.com/shahriza

TERIMA KASIH!

Saturday, December 03, 2011

Jom Camping! 10 & 11 Disember, ACTORS CAMP @Hulu Langat!

Dua dalam satu perkhemahan yang bakal menjanjikan banyak perkara yang boleh didapati dalam satu pakej bagi anak seni yang bergelar pelakon ataupun yang baru bergelar pelakon mahupun yang sedang berjinak-jinak di dalam dunia seni yang begitu indah ini.

Ok, perkhemahan ACTORS CAMP ini akan menyingkap tabir penghayatan yang harus ada bagi seorang pelakon. Dari asas yang diperlukan oleh semua pelakon sehinggalah kepada kajian watak sehingga kepada santai lakon yang memberi peluang kepada anda mendekati alam. Silaturrahim akan lebih dekat, maka penghayatan lakonan tidak akan kekok. Di sini bermulanya satu titik baru bagi kita semua.

Bawa apa saja karya yang anda ada. Puisi, skrip, lagu dan apa saja yang berkaitan seni. Kita kongsi di alam seni yang tiada sempadan selama 2 hari 1 malam!

Saya Shahriza Mahmud bersama Saddiq Raffali akan memberikan segala ilmu yang mahu kami curahkan setakad termampu dibatasi waktu yang suntuk.

Kita akan masak bersama2 dan saya sendiri bersama suami Saddiq Raffali akan menyediakan masakan istimewa untuk kita santap bersama. :)

Nama Program: ACTORS CAMP
Lokasi : KINGFISHER CAMPSITE, HULU LANGAT
Penganjur: Shahriza Mahmud
Tarikh: 10 & 11 DISEMBER 2011 ( SABTU & AHAD - 2 hari 1 malam)
Harga Pakej: RM180.00 termasuk makan, acting workshop, khemah, santai seni, sijil.

Khusus utk yang pernah mengikuti bengkel Riza, RM150 sahaja! Student SMKSI RM100 sahaja. JOM! JOM! Please confirm by tuesday kalau boleh... ;)

Untuk Tempahan sila hubungi 0123133224 / BBM 221A0549
Confirmation: Bank In Jumlah Penuh
MAYBANK: Shahriza Mahmud
NO akaun: 514392110162

Sila email payment slip: yoriza@yahoo.com

JADUAL 10 DISEMBER:

9AM : PENDAFTARAN
10AM : PEMBAHAGIAN KHEMAH
10.30AM : SUAIKENAL
11.00AM : LATIHAN VOKAL & GERAK TUBUH
12.00PM : PENGHAYATAN 1
1PM : GOTONG ROYONG MEMASAK
2PM : MAKAN TENGAHARI & SOLAT
3PM : MEMBINA PERWATAKAN
5PM : PEMBAHAGIAN KUMPULAN PERSEMBAHAN
6PM : LATIHAN BERKUMPULAN, SANTAI, MASAK, MINUM PETANG :)
7PM : BREAK , SOLAT, MAKAN MALAM
9PM : PERSEMBAHAN BERKUMPULAN
11PM : SUPPER
12PM : SANTAI / REHAT / TIDUR :)

JADUAL 11 DISEMBER

6AM : SOLAT SUBUH
7AM : MASAK, MAKAN PAGI, LATIHAN DALAM SUNGAI
10AM : LATIHAN & PERSEMBAHAN PENUTUP
11AM : POST MORTEM
12PM : PENYAMPAIAN SIJIL & BERSURAI


Wednesday, November 02, 2011

Pujuk Memujuk

Kencang skala nafas tidak menentu,
terhasil rajuk denyut jantung melulu.
Hati sering menguji resah minda,
jiwa mengalah demi nadi terus bernyawa.

Shahriza MAHMUD
Rabu 2 Nov 2011
BAKL

Sunday, August 21, 2011

Ahad Ramadhan Yang Dingin


Semalam hingga kini, cuaca cukup dingin. Bayu segar menerpa kejantung hati hingga tak mampu kutepis kedamaian yang amat bebas menerpa ruang dada minda ini. Kelapangan itu membuat aku terlalu selesa dan tenang. Terlalu tenang juga kukira tidak elok untuk diri ini kerana nakal benar jiwa ini mendesak untuk aku berasa pilu dan resah tiba-tiba. Ia tidak bagus. Ia tidak bagus bagi diriku. Mungkin tidak bagi kamu. Kerna itu, airmataku tiba-tiba gugur tanpa dipaksa.

Sekadar mencatatkan waktu ianya berlaku. Tidak lebih dan tidak kurang perisanya. Tiada apa yang ditokok tambah.

Alhamdulillah telah kuatasi kenakalan itu... :)

Ahad Ramadhan Yang Dingin

Semalam,
dingin amat cuacamu
kini, ia terus begitu

kesegaran terpaan bayu kekalbuku
menusuk hati yang tiba-tiba pilu

keselesaan itu hilang dengan sendu
ketenangan direntap dari dada sayu

nakal benar jiwa kamu mendesak aku
pilu resah itu makin tidak menentu

kejam kamu kepada diriku yang lesu
selapis demi selapis senduku sayu

maka gugur jua akhirnya
untaian itu satu persatu

Shahriza Mahmud
21 Ogos 2011
10am, KLBA

Tuesday, August 02, 2011

Hitam atau Putih ~ Salina Mohd Sobri ~

Hari ini, Riza ketengahkan seorang anak seni yang punya bakat tetapi tidak disebarkan apa yang terpendam. Salina ni boleh juga menulis dan mencipta lagu. Dia sedang mencuba untuk menulis skrip teater yang tak siap-siap lagi. Hehehe... enjoy! :)

Hitam atau Putih?
bukan menjadi persoalannya...
Yang dicorak dalam kehidupan kita,
hitam dikatakan kotor penuh celanya,
putih melambangkan suci dan bersihnya,
namun itu bukan ikhlas sebenarnya,

Hitam atau Putih?
Biar di sini jemari seni mencoretkan,
sebuah kisah hidup penuh cabaran,
hidup penuh dengan seribu perdebatan,
dengan jiwa penuh kegusaran,
namun langkah perlu diteruskan,

Hitam atau Putih?
Perlu diteliti penuh keterperincian,
luar saja nampak suci dan bersih,
pekat kejinya tidak kelihatan,
hidup hipokrit atau sukar memilih,
boneka hanya drama kepura-puraan,

Hitam atau Putih?
Untuk mengharungi ranjau kehidupan,
bukan ketentuan Ilahi sebenarnya,
jika hidup penuh dengan keimanan,
kita berhak mewarna dan mencoraknya,
supaya realiti kehidupan penuh tujuan.

~ SALINA MOHD SOBRI ~

Sunday, July 24, 2011

Kamu Sumber Inspirasiku


Salam pagi Ahad wahai rakan2ku
kamu yang kurindui setiap waktu
langkahku lemah bila rindu kamu
kamulah pembakar jiwa semangatku

jangan kamu lari dariku, kerna
ia hanya akan membunuh rasaku
tatkala melihat kamu berlalu pergi
membawa sepenuh cintaku yang merdu
hanya ngilu sum-sumku saja yang tahu
ada nada luka berlagu kehilangan kamu

Shahriza Mahmud
10.45am, KLBA
Ahad 24 Julai 2011

Sunday, July 17, 2011

Ruang Buat Artis Baru & Lama di Radio 'Bicara Lusuh SM'



Riza buka peluang ini untuk artis baru dan lama samada yang ada single atau yang tak ada apa-apa.. :) Yang perlu cuma bakat, yakin dan rajin.. :) Ok, ada beberapa kategori yang akan Riza pilih untuk dimuatkan ke dalam Radio Bicara Lusuh SM:

1. Penyanyi / Band : Rakam lagu dengan audio yang baik. Kalau tak ada muzik pun tak apa, asalkan suaranya merdu..

2. Pendeklamator : Rakam dengan feel dan latar muzik yang syahdu.

3. Pencerita : Be creative! Ceritakan apa saja, pengalaman, cerita hebat, cerita lucu.

4. Drama? :) Buat lah drama apa saja.. hehe..

5. TERPULANG! :)

Berikan cadangan kreatif anda. Yang penting, semuanya harus dirakam dan hantar dalam format MP3! Attach file melalui FB message.

Good Luck!

p.s:
Siaran tertakluk kepada pilihan BLSM.

Saturday, July 16, 2011

Radio 'Bicara Lusuh SM'



Dua hari lepas, Riza telah mendaftar untuk Internet Radio Broadcasting. Selepas digodek-godek, kini Riza dah ada Radio BICARA LUSUH SM yang Riza setup khusus untuk anda, teman-temanku.

Riza akan gunakan live streaming radio BICARA LUSUH SM di blog Diari Lusuh Shahriza Mahmud sebagai penghubung secara lebih akrab dengan anda. Jika ada yang mahukan pandangan dan ada sebarang pertanyaan, InsyaAllah akan Riza jawab. Buat waktu ini, Riza akan bersiaran tanpa waktu yang tetap tapi Riza akan update jika Riza bersiaran.

Artis baru dan lama yang nak promote lagu-lagu atau deklamasi sajak anda sila hantar ke inbox Riza di SINI. Kalau nak add Riza, add di SINI. Bukan setakad lagu dan muzik malah jika anda ada sesuatu yg nak diperkatakan, sila rekod dalam bentuk mp3 dan hantar ke inbox fb Riza. InsyaAllah kalau lulus ujian, Riza akan siarkan! :)

Untuk mendapat semua ini, Riza telah keluarkan sedikit modal, tenaga dan masa demi kerana minat. Jika ada yang sudi untuk melihat kesinambungan BICARA LUSUH SM tidak terhenti separuh jalan, anda boleh menjadi penaja. Sikit atau banyak, sekurang-kurangnya dapat kita sama-sama membantu. Terima kasih!

Sila lah berkunjung untuk mendengar lagu2 pilihan Riza di SINI!

P.s: Jika internet connection anda slow, harap bersabar tapi rata-rata rakan, tak ada masalah untuk mendengar siaran dengan jelas.

Monday, July 11, 2011

Kamu Pilih Juga


Mata dibutakan
telinga ditulikan
hati dimatikan
tinggallah minda
tidak bertuan...

dia yang tersohor
dia yang terbilang
dia yang aku sayang

andai bertandang mesra ke pondokku
tidak memberi erti dia sayangkan aku
mana mungkin mengikut mahuku
apalagi seiring rasa di kalbu

kunjungannya hanya menumpang teduh
mahunya sedikit ruang melepas keluh

jika aku berteriak nama kamu
ia tidak menimbulkan hebatmu
pekik tempik tiada arah dituju
pembuka jalan tambah berliku

bila kematian menjengahmu
ketika berjalan kerumahku
adakah itu menjadikan aku
penyebab kepulanganmu?

bila tiba soal perjuangan diri kamu
kamu lupa takdir tiba tidak menentu
katamu manusia juga penyebab matimu

saat nadi terhenti tanpa sesiapa di sisi,
ubun-ubun berdenyut direntap dan terhenti
kamu melolong meratap nasib diri celaka lagi!

permainan minda , manupulasi akal bebal
dari mana asal tidak membayangkan pejal

bijak pandai melompat tinggi, ke-dalam ke-luar
tubuh perkasa berasap, ngauman gempita bergegar
yang menurut kata,bertebaran mencari arah suara

itu benar kata kamu
kerana suaranya merdu
kerana sijilnya mahal
kerana pakainya tebal

kamu pilih juga tanpa analisa
aku disini memilih kasihmu jua

Shahriza Mahmud
11.00am
10 Julai 2011
8.11am
11 Julai 2011
KLBA

'Ini Siapa?' ~video~



INILAH DIA

Aku merasai keluhmu ayahanda
aku hiba mendengarnya
usaha juang sebelum merdeka
hingga kini lengkap semua
tidak menyalahkan sesiapa
kerna kau berpijak di bumi nyata

Shahriza Mahmud
KLBA
3.10am
11 Julai 2011

Subhanallah.. Hebatnya Hamba Allah Ini.. Part 1 ~Video~



PEJUANG

Seorang tua di kaki lima,
tidak punya facebook macam kita
tiada blog mencurah rasa
tapi tahu segala
walau diri sudah dipanjat usia
akal fikir yang sihat tetap diguna
hidupkan aku seperti dia
kerana aku sayang
lagi kasih akan dirinya
cuma satu dalam sejuta
apalagi antara 10,000 bersorak cela.

Shahriza Mahmud
2.11am
KLBA
11 Julai 2011

Subhanallah.. Hebatnya Hamba Allah Ini.. Part 2 ~Video~



ATOK CINTA AMAN

Atok, saya tabik atok
atok tahu erti perjuangan
atok kenal makna kehidupan
maruah kedamaian dan keamanan
hanya itu yang atok mahukan
Allahuakbar...
Atok, saya kini pencinta kamu
Atok kini idola bangsa berilmu!

Shahriza Mahmud
2.15am
BAKL
11 Julai 2011

Saturday, July 09, 2011

Aku Pilih Kasihmu

Selamat berjuang wahai para rakanku...
apa saja alasan dan kiblat perjuanganmu,
pastikan landasan benar tidak berdebu...

bersih atau kotor, gunakan akal dan minda
kerana terlalu berleluasa perayu beragenda
aku tidak rela kehilangan walaupun sesiapa

wahai teman, walau kau dipihak selain aku,
tali silaturrahim jangan diputuskan melulu
rintih hati piluku, kau tetap kesayanganku...

Shahriza Mahmud
9 Julai 2011
12.00 tengahari
2 Jam sebelum BERSIH 2.0
KLBA.

==============================================
NOTA HATI:
Percayalah, aku menulis ini dengan sebak didada...
Hanya Allah yang tahu sesak nafasku kerna kamu...
10 hari mindaku terhenti melencong entah kemana...
hanya kerna kamu wahai para sahabat yang kurayu...

==============================================

Wednesday, June 29, 2011

Doaku Dengan Penuh Kasih Sayang


Ya Allah...
aku bermohon buat ibubapaku
aku bermohon bagi saudaraku
aku bermohon untuk sahabatku
Aku bermohon demi NEGARAku SATU

Lindungilah kami dari anasir laknatullah
kasihanilah kami dari mereka yang gila kuasa
yang suka membuat onar dan hadap nilai murahan!

Amin, ya Rabbal..A'lamin...

Shahriza Mahmud
KL 9:31am
29 Jun 2011

Tuesday, June 28, 2011

Cha Ba Alif Ya ;) ~with BIG L.O.V.E~

Bila mak cakap jangan main api
ada yang patuh ada yang butuh
bila api marak, ada yang lari
ada yang kelahi, ada yang mati

dendam kesumat dibontoti, semua agenda disereti
biar api besar lagi, supaya tersebar serata negeri

mana air? mana air? pergi cari!
berlori-lori tangki datang lagi

sakit ke kena air?
ishh..sedap tak terperi
mak, tolong minta lagi!

terlekat kesat di kerongkong kami
dalam air ada pasir ada karat besi
curah air, curah pasir, mereka main lagi
dulu minta air, sekarang curah minyak banyak2
kasi bakar sampai rentung, abu simpan dalam karung
apa peduli anak-anak bingung, tok nenek pun disigung

bawa keluar semua risalah, jelmakan lah bintang tiga
cangkuk tulang tengkuk, bak sini hak yang tak berhak
campak diri dalam api, hangus rentung sampai terberak

aku berkawan dengan gay
tapi gay yang baik hati
bukan gay yang tukar ID

aku tak kisah kawan pondan
tapi bukan pondan khianat kawan
aku sayang Cina India Dayak Iban
tapi bukan yang 'Cha Ya Ba Alif Ya'an!

Shahriza Mahmud
Kuala Lumpur
15:37pm
28 Jun 2011

Wednesday, June 22, 2011

Saya Cuma Menumpang

saya nak hidup
hidup dalam aman
hidup dengan tenang

saya nak makan
makanan yang sedap
makan yang kenyang

saya nak pakai
baju yang selesa
pakaian yang cantik

saya nak minum
minuman yang bersih
panas sejuk semua boleh

saya nak berehat
rehat di bawah pokok
tidur lena asal empuk

saya nak duit
duit cukup belanja
bukan nak beli dunia

saya nak hasil
hasil titik peluh
bukan suka-suka

saya nak bayaran
hasil kerja seharian
tong kosong lupakan

saya nak beramal
tak berduit tak apa
itu bahagian mereka

bila saya diguna
bila cukup masa
tetap macam semua

saya cari jalan
saya cari makan
macam tuan puan

saya perlu hidup
saya tak bergaji
tidak macam tuan

Shahriza Mahmud
Rabu 22 Jun 2011
19:53 KLBA